Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Friday, March 25, 2011

KELEBIHAN MAULUD NABI MUHAMMAD SAW berdasarkan KITAB-KITAB MUKTABAR !!!! (TEAM 01)

ASY-SYAIKH AL-^ALLAMAH HASAN AL-BASRIY yang merupakan Sebaik-baik Pengikut Sahabat (Tabi^in) juga turut menggalakkan di lakukan MAULUD NABI MUHAMMAD SAW !!!

Perhatikanlah NAS dan IBARAH Kitab ini berkaitan KELEBIHAN MEMBESARKAN dan MEMULIAKAN MAULUD NABI MUHAMMAD SAW di dalam BAB WALIMAH !!!

Tersebut di dalam Kitab Hasyiah E^Anatut Tolibin ^Ala Halli Al-Faazi Fathil Mu^in Bi Syarhi Qurratil ‘Aini Bi Muhimmatid Din, bagi As-Sayyid Abi Bakar Al-Masyhur Bis Sayyid Bakri Ibni Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyati Al-Misri, cetakan Drul Fikr, Bairut Lubnan, Cetakan 1993, Juzuk 3, m/s 414, baris 2 dari bawah.


Atau boleh di ambil dari sini.

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Kitab%20Fiqh/Ianatut/IMG.jpg[/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Kitab%20Fiqh/Ianatut/IMG_0001.jpg[/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Kitab%20Fiqh/Ianatut/IMG_0001-1.jpg[/IMG]

[IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Kitab%20Fiqh/Ianatut/IMG_0002-2.jpg[/IMG]

Lebih kurang Melayunya ;

Berkata Asy-Syaikh Hasan Al-Basriy Qaddasallahu Sirrahu ;

(Barang mensucikan oleh Allah Ta^ala akan perkuburannya. Beliau adalah Sebaik-baik Pengikut Sahabat / Tabi^in. – Pent.)

“Aku suka, kalau lah ada bagi aku harta (emas) sebesar Gunung Uhud. Nescaya aku nafakah akan dia atas pembacaan Maulid Ar-Rasul Sallallahu ^Alaihi Wassalam .”

...................

Kata Asy-Syaikh Junaidi Al-Baghdadiy Rahimahumullahu Ta^ala ;

(Barang merahmati akan dia oleh Allah Ta^ala. – Pent.)

“Barangsiapa hadir Maulid Ar-Rasul, dan membesarkan Darjah (Kemuliaan / ketinggian) Nabi Muhammad saw. Maka, dia berjaya dengan Keimanan.”

...................

Kemudian, berkata Asy-Syaikh Makruf Al-Karhiy Qaddasallahu Sirrahu ;

“Barang siapa menyediakan (kerana membaca Maulid Ar-Rasul) akan makanan. Dan, dia menghimpunkan akan saudara-saudara. Dan, dia menyalakan api pelita. Dan, dia memakai baju baru. Dan, dia memakai harum-haruman. Dan, bercantik-cantik kerana membesarkan Maulid An-Nabi Muhammad saw.

Nescaya, menghimpunkan akan dia oleh ALLAH TA^ALA pada hari Kiamat, bersama kumpulan pertama daripada Para Nabi-nabi. Dan, adalah ia pada setinggi-tinggi Syurga ^Illiyyin.

Dan, barang siapa membacakan Maulid Ar-Rasul ke atas wang-wang ringgitnya (Dirham) yang dikumpul di dalam bekas (tabung/beg duit), sama ada Perak atau Emas. Kemudian, dia mencampurkan demikian duit itu, bersama duit-duit yang lain.

Nescaya, jatuh pada duit-duit itu akan Keberkatan. Tidak akan jadi fakir tuan punya duit itu. Dan, tidak akan kosong tangannya dengan Keberkatan Maulid Ar-Rasulullah saw.

(Itu sebablah di Pondok-pondok pembacaan Kitab Turas / Kitab Kuning, ketika membuat Maulid Ar-Rasul, disuruh pelajar-pelajar mengeluarkan duit dan diletakkan di hadapan mereka semasa pembacaan Maulid Ar-Rasul sedang dijalankan. Akan turun dan jatuh Barakah pada duit tersebut. InsyaAllah, ALLAH TA^ALA akan kayakan nanti. – Pent.)

...................

Berkata Asy-Syaikh Imam Yafi^iy Al-Yamaniy ;

“Sesiapa menghimpunkan saudara-saudaranya untuk membuat Maulid Ar-Rasul, kemudian dia sediakan makanan. Dan, dia lapangkan tempat. Dan, dia buat perkara-perkara baik. Dan, dia menjadi sebagai sebab bagi pembacaan Maulid Ar-Rasul.

ALLAH TA^ALA akan bangkitkan dia bersama Para Siddiqin (Orang yang Benar), dan Syuhada’, dan orang Soleh. Dan, dia dimasukkan ke dalam Syurga Jannatin Na^im.

...................

Dan, berkata Asy-Syaikh Al-^Allamah As-Sirriy As-Saqtiy ;

“Sesiapa yang menuju sesuatu tempat, yang mana ada padanya pembacaan Maulid Nabi Muhammad saw. Maka, sesungguhnya dia menuju ke salah satu kebun-kebun Syurga.

Kerana sesungguhnya, tidak ada orang yang menuju ke tempat demikian, melainkan CINTA kepada Rasul (Nabi Muhammad saw).”

...................

Dan, sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda ;


“Barang siapa CINTA ia akan aku. Adalah ia bersama aku di dalam Syurga.”

...................

Dan, berkata Sulthanul ^Arifin (Sultan Para Arif / Ketua orang-orang yang mengenal Zat dan Sifat Allah Ta^ala) Jalaluddin As-Suyutiy pada Kitabnya, Al-Wassa’il Fi Syarhi Syama’il ;

“Tidak ada daripada satu rumah, atau Masjid, atau Penempatan, (apabila) dibacakan padanya Maulud Nabi Muhammad saw, melainkan bertindan-tindan Malaikat dengan penduduk demikian tempat itu.

Dan, Allah Ta^ala mengumumkan atau meratakan ke atas mereka dengan Rahmat. Diselubungi mereka itu dengan cahaya – yakni Jibrail, dan Mikail, dan Israfil, dan Qaraba’il, dan Aina’il, dan Ash-Shofun, dan Al-Hafun, dan Al-Qarubiyyun.

Maka, sesungguhnya, mereka itu berselawat ke atas orang yang menjadi sebab dibacakan Maulid An-Nabi Muhammad saw.

Dan, berkata lagi Asy-Syaikh Jalaluddin As-Suyutiy ;

“Tidak ada daripada satu orang Islam pun, (apabila) dibacakan pada rumahnya Maulid An-Nabi Muhammad saw melainkan Allah Ta^ala mengangkatkan Al-Quhta (Kemarau), dan Waba’ (Penyakit), dan kebakaran, dan kebinasaan, dan balak bencana, dan kesusahan, dan pergaduhan, dan dengki, dan mata yang jahat, dan pencuri, daripada demikian Ahli rumah.

(Mengadakan Maulid An-Nabi Muhammad saw adalah salah satu cara untuk mengelakkan bala bencana. – Pent.)

Dan, apabila dia mati, dipermudahkan Allah Ta^ala di atasnya menjawab (soalan) Munkar dan Nakir. Dan, dia di tempat duduk yang benar di sisi Allah yang Maha Berkuasa.

...................

Maka, inilah KELEBIHAN MAULUD NABI MUHAMMAD SAW BERDASARKAN KITAB-KITAB MUKTABAR !!!!

No comments:

Post a Comment