Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Monday, March 21, 2011

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya  mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.  Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan  sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.."  mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu  membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan  kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja  ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak  menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama  mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang  bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin  dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh  ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak  dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia  telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali  lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti  seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak  buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada [I]secret admire[/I].  Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum  kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu  tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta  dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak  pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya  merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak  memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil  memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak  tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan  tu. [B]Mak takut pada Allah[/B]. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang  lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan  dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu  bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej  agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu  panggil mak dengan gelaran mak Aji.  Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung  betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian  kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua  dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung  sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak  melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara  persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia  suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak.  Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan  pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit  semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin  kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.  Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul  sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak  ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak  membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di  muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap  orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.  Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan  batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran  saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara  biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada  sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita  jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. [B]Kita  tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling  cinta mencintai[/B]. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana  kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak  azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita  yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya  mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak  meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi  hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba  tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan  yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam  Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain  seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,  kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada  batas-batasnya.[B] Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,  tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan  seorang lelaki dan seorang perempuan[/B].

Cuba  renungkan, kita mengenali  seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita  jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula  dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia  terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia  masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.  Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap  lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu  kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di  sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan  berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki  lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada  orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena  perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, [B]jatuh  cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia[/B]. Kita beritahu  pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita  mencintai si dia. [B]Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita[/B], segala  perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana  mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal  kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada  kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk  mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. [B]Sebab tu kita kena  dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati  kita[/B]. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat  lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak  rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan  Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan  manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan,  sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,  hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang  pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun  jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang  redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu  sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran  kelemahan yang ada pada dia,[B] ingatlah bahawa dalam diri setiap insan  telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing[/B]. Dan mungkin kamu  ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia  bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang  ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang  kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..  Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan  belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun.  Terasa lemah lutut hendak berdiri.

[B]Emak menarik tubuh saya dan  memeluk erat[/B]. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "[B]Emak dah didik anak emak  dari belum lahir untuk mencintai Allah[/B]. Sekarang emak serahkan anak  emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak  mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke  bahu saya.

- [LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK]

No comments:

Post a Comment