Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Pemberitahuan

Bajet
Seluar Dalam : patut lah pergi kedai harga barang harian makin naik
...rupanya x masuk bajet 2011....esok nak p pasaraya besar nak servey
harga seluar dalam...makin murah ke mahal....heheheheh
www.youtube.com
http://milosuam.blogspot.com/ Camera man RTM sempat fokus pada Rosmah mansor di saat Najib diperli kerana membentangkan bajet 2011 kerana Rosmah.

Wednesday, March 2, 2011

Sambutan Jubli Emas madrasah jangka 23 April nanti

Sambutan Jubli Emas pondok Pasir Tumboh dijangka akan diadakan pada 23 April nanti. Sultan Muhammad V telah berkenan setakat ini untuk merasmikannya. Semua alumni dan orang ramai dijemput hadir. Insya Allah maklumat terkini dan lebih lanjut berkenaan program bersejarah ini akan diwar-warkan dari masa ke semasa

Wednesday, October 20, 2010

Pemberitahuan

Assalamualaikum...
kepada pengujung blog ana yang dikasihi sekalian...buat sementara ni ana hentikan penulisan blog kerana perlu pulang ke pondok untuk meneruskan pengajian...insyallah cuti 2 mggu raye haji nti ana akan menulis kembali kalau diizinkan allah...doakan ana smoga berjaya dalam menuntut ilmu dan juga berjaya didunia dan akhirat....

Sunday, October 10, 2010

Pemberitahuan

Jadual Pogram Ulama turun Kedah : Allamah Imam Al-Muhaddis Sayyid Muhamad Ibrahim Al-Kattani

الامام العلامة المحدث الشيخ محمد ابراهيم عبد الباعث الحسينى الكتانى


 

Majlis Sama' Ahadis Kutub Sittah sempena pembukaan MAAHAD DARUL HADIS

مجلس سماع احاديث الكتب الستة

8 Oktober 2010 (Jumaat)
2.00 ptg : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di KLIA
8.45 mlm : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di Alor Setar Airport


9 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Ramah mesra Ahbab Al-Kattani & Lembaga Tadbir Darul Hadis
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 1 di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman.

10 Oktober 2010 (Ahad)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 2 di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani.

11 Oktober 2010 (Isnin)
9.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 3 di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 4 di MPI Kodiang (Pondok Syeikh Badarudin).


12 Oktober 2010 (Selasa)
2.30 ptg : Muhadhoroh di Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.
Ziarah Maqam Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj. Ahmad (Pengasas Darul Hadis)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 5 di Masjid Jamiul Makmur, Kulim.

13 Oktober 2010 (Rabu)
10.00 pg : Muhadhoroh di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 6 di Maahad Imam Nawawi, Tmn. Jali, Kangar, Perlis.

14 Oktober 2010 (Khamis)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 7 di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.
Ziarah Maqam Us. Fadhil Mohd Nor (Pengasas Darul Ulum)
4.00 ptg : Pengijazahan Aurad Al-Kattani di Masjid Sg. Daun Tengah, Smpg 3 Sg. Limau.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 8 di Kompleks Al-Bukhari, Alor Malai.

15 Oktober 2010 (Jumaat)
8.30 pg : Kuliah Hadis PAKSI di Dewan Sri Mentaloon (Kediaman MB Kedah)
& Pelancaran Pengajian Maahad DARUL HADIS Bersama :
- Allamah Imam Al-Muhaddis Sayyid Muhamad Ibrahim Al-Kattani &
- Syeikh Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 9 di Masjid Bertam, Kepala Batas, P.Pinang.

16 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 10 di Maktab Perguruan Tunku Bainun, B.Mertajam.
4.30 ptg : Majlis Sama' Ahadis 11 di Pusat Islam USM.
8.00 mlm : Ceramah di Pusat Islam USM P.Pinang
Tajuk : Manhaj Aqidah Ahlus sunnah wal Jamaah & Soal Jawab

17 Oktober 2010 (Ahad)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 12 di Kompleks Tabung Haji P.Pinang (PAKSI).
4.30 ptg : Wida' di Airport Bayan Lepas, P.Pinang

MAJLIS MEMPERINGATI IMAM ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD

ATURCARA MAJLIS MEMPERINGATI IMAM ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD

Tarikh   :   12hb. Okteber 2010 / 4hb. Zulqaedah 1431

Hari       :  Selasa

Masa     :  5.30 ptg -  11.00 mlm

Tempat  :  Masjid Bandar Pasir Mas



Aturcara :-


5.30 ptg     :        Ucapan Pengerusi & Bacaan Quran

6.00 ptg     :       Bacaan Wirdul Latiif

6.20 ptg     :         Qasidah

6.30 ptg     :         Ceramah 1
                             Habib Quraish Baharun (Jawa Barat)

7.00 mlm   :        Solat Maghrib

7.30 mlm   :        Pengenalan Tokoh Imam Abdullah AlHaddad

                   :        Qasidah

:        Ceramah 2
                             Habib Munzir Al-Musawwa (Jakarta)

                   :         Qasidah

                   :        Ceramah 3
                             Habib Zein Bin Ibrahim Bensmith (Madinah)

                   :        Doa Penutup

10.30 mlm :        Solat Isyak

                             Jamuan Makan Malam

Thursday, September 9, 2010

takbir raya masjidil haram




Takbir Raya Masjidil Haram






SeLaMaT HaRi RaYa AidilFiTrI BuAt PenGunJung TinTa QaLbI.....MaAf ZaHiR DaN BaTiN..(^_^)

Saturday, September 4, 2010

PONDOK DALA ,FATANI THAILAND , PERLU BANTUAN , TAMBAH BILANGAN PONDOK


Tn Guru Hj Abdul Karin bin Hasbullah
Mudir Pondok Dala , Fathani Thailand memohon sumbangan dari umat Malaysia
bagi membina pondok penempatan pelajar pondok beliau yang sekarang makin bertambah bilangan pelajar .
Tn Guru saya , Tn Guru Hj Abdul Karim Dala terpaksa datang ke Malaysia walupun dibulan puasa ini bagi memastikan kerja2 pembinaan pondok berjalan lancar INSYALLAH .
Keadaan Fatani sekarang masih bergolak maka Tn Guru Hj Abd Karim Dala terpaksa datang ke Malaysia bagi membuka peluang kepada kita untuk melakukan amal jariah .
Dijadualkan Tn Guru Hj Abd Karim akan berada di Kedah hingga 28 Ramadan ini , dan Insyallah beliau akan pulan raya di Dala Fatani dan beliau akan masuk semula ke Kedah selepas hari raya ini .
Sesiapa yang hendak memberi sumbangan atau wakaf dan sebagainya kepada Pondok Dala , Fatani sila hubungi :
Ustaz Aziz :019 5203480
Ustaz Daud:019 4585441
Helmi (saya):013 4044259
Seandainya berhajat bertemu Tn Guru Hj Abd Karim sendiri ,hubungi kami .
Sesiapa yang inging menghulur bantuan melalui Bank
maka masukan kedalam akaun wakil Tn Guru Hj Abdul Karim iatu muridnya yang dilantik oleh AJK pemegang amanah kutipan zon utara iaitu
MAT DAUD BIN DAIE
Akaun Bank Muamalat
02060000485728
Tn Guru Hj Abdul Karim merupakan Mudir Pondok Dala Fatani sekarang , selain itu beliau sebagai bendahari Persatuan Ulama Fatani Darussalam .
Pondok Dala merupakan pondok tertua yang masih aktif mengekalkan sistem pendidikan Pondok
Pelajarnya lebih kurang 700 orang lebih sekaran termasuk Hafiz Quran .
Dana yang diperlukan adalah untuk membina pondok sebanyak 15 buah, membina jalan ukut tujuan memberi keselesaan kepada pelajar terutama waktu musim banjir .

Monday, August 30, 2010

Pemberitahuan

Tetap wajib solat Jumaat walau pada hari raya

Soalan
Sejauh mana kekal hukum pengguguran solat Jumaat apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat. Sebabnya masih ada yang keliru dan mengambil langkah memilih untuk hadir salah satu daripada solat tersebut?
Jawapan
Dalam persoalan ini para ulama berselisih pendapat dalam menentukan kefarduan Jumaat.
Jumhur ulama bersetuju untuk tidak menggugurkan kefarduan Jumaat walaupun hari raya jatuh pada hari Jumaat yang telah dituntut oleh Allah SWT.
Imam Ahmad bin Hambal r.a berpendapat bahawa solat Jumaat gugur sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, ini kerana sudah ada solat yang menghimpun manusia seumpama dengan solat Jumaat dan falsafahnya juga sama. Ditambah lagi, hari raya kebiasaannya orang sibuk dengan aktiviti khusus hari raya.
Imam Ahmad juga berhujah bahawa Saidina Uthman bin Affan mengizinkan penduduk kawasan tinggi di Madinah supaya tidak datang bersolat Jumaat.
Akan tetapi ulama menolak bahawa amalan seorang sahaja dari kalangan sahabat tidak boleh dijadikan hujah dalam persoalan pengguguran solat Jumaat. Hal ini juga tidak disepakati oleh jumhur ulama.
Penolakan ini dikukuhkan lagi dengan penghujahan daripada ayat al-Quran itu sendiri, dalam perintah solat Jumaat Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Jumu'ah: 9)
Di dalam ayat kefarduan Jumaat ini Allah SWT menyuruh dan meminta menuju ke masjid dengan kadar segera kepada menunaikan solat Jumaat seperti mana pada Jumaat-Jumaat yang lain termasuklah Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha.
Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A'immah karya Imam Al-Dimasyqi, telah dinyatakan bahawa: "Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam asy-Shafie yang sahih, dinyatakan bahawa tuntutan solat Jumaat tidak gugur daripada penduduk kampung (pemastautin) yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi mereka yang datang dari kampung lain, tuntutan tersebut digugurkan.
Demikianlah menurut pendapat Imam Shafie yang sahih. Sekiranya mereka telah menunaikan solat hari raya, dibenarkan bagi mereka untuk terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, bagi penduduk kampung mereka wajib menunaikan solat Jumaat. Menurut Imam Ahmad pula tidak wajib solat Jumaat sama ada penduduk tetap ataupun tidak. Kewajipan solat Jumaat gugur setelah mengerjakan solat hari raya. Tetapi mereka wajib solat Zuhur.
Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan bahawa pendapat Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Dinukilkan bahawa, "Imam Malik dan Abu Hanifah bersependapat, 'Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukalaf dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya'.
Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan, ternyata bahawa dalam hal ini terdapat empat pendapat:
Solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk kota ( ahlul madinah) yang di tempat mereka ada dilaksanakan solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari kampung atau gurun, atau dari kampung yang yang terletak di kawasan yang tinggi, yang di kawasan mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, kewajipannya digugurkan.
Maka sekiranya mereka iaitu mereka yang datang dari kampung telah menunaikan solat hari raya, mereka boleh terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam Shafie. Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.
Solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, sama ada penduduk kota di kawasan yang dilaksanakan solat Jumaat mahupun bagi penduduk luar. Pendapat inilah yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Maka, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur biarpun sesudah menunaikan solat hari raya.
Tidak wajib solat Jumaat, tetapi mereka wajib solat Zuhur. Demikianlah pendapat Imam Ahmad.
Secara dasarnya, Imam Shafie tetap mewajibkan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota. Bagi penduduk desa atau padang pasir (badwi) yang berkunjung ke kota untuk solat raya (dan solat Jumaat), dan di tempat mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat Jumaat.
Bagi kita rakyat Malaysia yang berpegang dengan mazhab al-Syafie adalah tidak gugur kefarduan Jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Kebenaran yang diberi oleh Imam al-Syafie kepada penduduk yang berjauhan dari masjid adalah dengan tujuan tidak membebankan mereka, sedangkan mereka terpaksa keluar dua kali untuk ke masjid. Di negara kita keadaannya sangat berlainan, kita tidak menghadapi kesukaran untuk ke masjid, manakala masjid pun tidak sejauh mana dari rumah.