Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Wujudkan kumpulan pemikir Muslim

Wujudkan kumpulan pemikir Muslim
JOHOR BAHRU 8 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa kerajaan negeri mewujudkan kumpulan pemikir Islam bagi membendung masalah yang berpunca daripada penyalahgunaan teknologi maklumat (IT).
Titah baginda, kumpulan pemikir Islam itu harus dianggotai para pakar termasuk ulama, perundangan, cendekiawan, pakar sejarah, sasterawan, pendidik dan penyelidik.
Sultan Ibrahim bertitah, kumpulan pemikir itu wajar membincang dan menganalisis apa juga masalah masyarakat Islam serta mencari jalan penyelesaian secara bijaksana dan berhemah.
“Saya mencadangkan perkara ini kerana bimbang dengan perkembangan IT yang sedikit sebanyak menimbulkan kesan sampingan dalam masyarakat khasnya dari segi akidah, ibadah, fahaman mengenai Islam dan perpaduan ummah,” titah baginda.
Baginda bertitah merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Selain itu, tegas Sultan Johor, kerajaan negeri juga wajar menubuhkan pusat pemurnian akidah dan pusat kajian, penyelidikan, pengembangan dan penyebaran mazhab Shafie.
Menurut baginda, pusat itu akan bertanggungjawab untuk membuat kajian dan penyelidikan serta mengadakan kursus dan bengkel agama, bimbingan akidah dan sebagainya kepada umat Islam.
Sultan Ibrahim turut menggesa supaya penyebaran ilmu menerusi penulisan sama ada dalam bentuk artikel atau penulisan buku sebagai yang diamalkan ulama silam seperti Imam Al Ghazali, Imam As-Syafie dan ramai lagi hendaklah dilakukan dengan lebih giat.
“Semoga dengan cara demikian masyarakat Islam dapat memahami dan mendalami Islam secara menyeluruh dan mampu membuat pertimbangan serta tidak menjadi ‘pak turut’ atau ikut-ikutan sahaja,” titah baginda.
Baginda menyeru seluruh umat Islam di negeri ini mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipegang hingga ke hari ini dan terus mengamalkan ajaran Islam berdasarkan mazhab Shafie.
Sumbr : Utusan.

Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh



GAMBAR menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas.

BAITULMUQADDIS – Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt News pada Jumaat lalu.
Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.
Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.
Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.
Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.
Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.
Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.
Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. – Agensi

Tuesday, October 19, 2010

Majlis Haul Imam Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad

Pada 16 Oktober 2010, hari sabtu yang lalu telah diadakan majlis haul Imam Habib Abdullah al-Haddad bertempat di Masjid Shah Alam. Majlis yang dihadiri oleh ribuan ahli tarekat dan peminat tasawuf itu telah menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh tarekat sufi dari dalam dan luar negara. Antara tokoh besar yang hadir pada majlis tersebut ialah Habib Umar dari Yaman, Syeikh Syed Ahmad Semait, mufti Singapura dan beberapa tokoh dari Indonesia. Majlis yang dimulai selepas asar itu dimulai dengan qasidah-qasidah dan diselang seli dengan tazkirah. Selepas maghrib bacaan ratib al-Haddad dikumandangkan dan diakhiri dengan ucapan perdana oleh Habib Umar. Sepanjang majlis diadakan, masjid Syah Alam bagaikan berpesta. Suasana nyaring jamaah berzikir dan beratib menjadikan pusat bandar Syah Alam bergema. Bagi yang hadir, malam itu sangat indah ditambah dengan tausiah dan doa Habib Umar di penghujung majlis yang sungguh sangat mengesankan.
Di bawah saya catatkan sedikit kisah hidup Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad yang saya nukilkan daripada buku cenderamata yang diedarkan pada malam itu. Semoga pembaca mendapat menfaat daripadanya:


SEKELUMIT RIWAYAT HIDUP HABIB ABDULLAH AL-HADDAD









Al-Allamah Al-Imam As-Sayyid Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Al-Alawi Al-Husaini (atau yang lebih akrab dan lebih popular dikenali sebagai Habib Abdullah Al-Haddad) adalah seorang ahli dakwah, pengarang, sufi, mursyid dan imam zamannya yang selalu berjuang memberikan bimbingan keagamaan dengan lidah dan penanya, sehingga menjadi pemimpin dan tempat rujukan (marja') bagi masyarakat Muslim dalam menuntut ilmu pengetahuan keagamaan.

Beliau dilahirkan di Subair, sebuah desa kecil di negeri Hadramaut (bahagian selatan Yaman) pada malam Khamis 5 Safar 1044 H dan dibesarkan di kota Tarim, yang dikenal pada masa itu hingga sekarang sebagai salah satu pusat intelektual "kaum Ba Alawi"; sebutan bagi keturunan Al-Husain bin Ali r.a., cucu Rasullalah s.a.w. - (dari pasangan suami isteri Ali Bin Abi Thalib dan Fatimah Az-Azhra’ Binti Muhammad s.a.w.). Leluhur kaum Ba Alawi yang pertama kali berhijrah pada tahun 317 H. dari Iraq ke Hadramaut adalah al-Imam Ahmad al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali al-Uraidhi bin Jaafar as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib (radhiallahu anhum).

Habib Abdullah Al-Haddad dibesarkan dibawah pengawasan ketat ayahandanya, Sayyid Alwi Bin Muhammad Al-Haddad, lebih-lebih lagi setelah berusia empat tahun, kedua matanya menjadi buta akibat penyakit cacar yang menimpanya. Berkat perhatian khusus dan kasih sayang yang dicurahkan ayahandanya, disamping bakat dan kecerdasan serta kecemerlangan otaknya yang melampaui rata-rata anak-anak yang sebaya dengannya, ia tumbuh menjadi seorang pemuda yang dikagumi oleh setiap orang yang mengenalnya. Allah s.w.t. telah menggantikan penglihatan zahiriahnya dengan penglihatan batiniah disamping kemampuan menghafal yang sangat kuat. Pada usianya yang sangat muda, ia berhasil menghafal seluruh Al-Quran Al-Karim. Juga mempelajari dan menguasai buku karangan Imam Al-Ghazali r.a. yang memang sangat digemari di kalangan masyarakat di sana. Pengaruh dari buku-buku inilah yang membawanya ke lingkungan hidup yang didominasi prinsip-prinsip tasawwuf yang kuat.

Kecenderungan seperti ini pada mulanya tidak berkenan dihati ayahnya, yang segera mengarahkannya agar mempelajari 'ilmu-ilmu syariat' sebelum apa yang digelar kalangan sufi sebagai 'ilmu-ilmu hakikat'. Maka mulailah ia mempelajari ilmu-ilmu tafsir, hadis, fiqih, sejarah dan sebagainya dibawah bimbingan sejumlah guru-guru alimin di zamannya; yang menurut pengakuannya sendiri berjumlah tidak kurang dari seratus ulama'.

Pada masa mudanya itu, seperti diceritakan orang-orang yang mengenalnya, ia lebih cenderung menjauhkan diri dari cara hidup para remaja seusianya. Pada waktu-waktu tertentu, ia sering menyendiri di tempat-tempat sunyi, di lembah-lembah dan bukit-bukit sekitar kota Tarim, untuk bertafakur dan beribadat. Walaupun kebiasaanya itu tidak mengurangi ketekunannya dalam menuntut ilmu, dari satu masjid ke masjid lainnya, dari satu kota ke kota lainnya. Mendengarkan dengan saksama dan menimba ilmu dari sejumlah guru yang masing-masing memiliki kepakaran di bidangnya. Di sela-sela itu, tak kurang pula ketekunannya dalam beribadat. Setiap hari, selepas mengikuti pelajaran, ia bersolat sunnah di masjid tak kurang dari seratus rakaat seharinya.

Adalah pemandangan yang biasa bagi orang-orang yang melakukan perjalanan antara Tarim dan Seiwun menyaksikan seorang pemuda buta berjalan sendirian di malam-malam yang sepi, antara lain untuk berziarah ke makam al-Imam Ahmad Al-Muhajir di desa Husaisah. Selesai berziarah, ia menimba air untuk mengisi kolam-kolam di sebuah masjid dekat dengan makam itu. Setelah itu, ia pulang ke Tarim dengan hati yang puas dan jiwa yang telah dipenuhi bekal ruhani.

Dalam pada itu, ia tak pernah beristirehat dalam bersuluk demi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Suluk itu sendiri adalah, seperti ditulisnya kemudian sebagai jawapan atas pertanyaan yang diajukan kepadanya, "...perjalanan hati menuju pelurusan dan pengamalan akhlak keimanan, serta pentahkikan peringkat-peringkat keyakinan. Perjalanan hati itu haruslah dengan mendaki dari satu maqam (peringkat) yang telah dicapai ke maqam yang lebih tinggi, terus-menerus tanpa henti dari awal sampai akhir. Itulah perjalanan batin di atas lintasan batin pula”

Akhirnya perjuangan tak kenal lelah yang dilakukannya selama puluhan tahun dalam menuntut ilmu dan mensucikan jiwa dari segala perilaku tercela seraya mengisinya dengan akhlak nabawiyyah telah menghantarkannya k eke puncak kesempurnaan insani. Sehingga dikatakan oleh para ulama di zamannya bahawa ia berhak disebut sebagai mujtahid mutlak dalam ilmu syariat dan al-Qutb al-Ghaus dalam ilmu hakikat.

Murid-muridnya berdatangan dari segenap pelosok, banyak pula dari luar negeri Hadramaut. Dan ketika pada tahun 1080H (yakni ketika mencapai 36 tahun) ia berangkat menuju al-Haramain untuk menunaikan ibadah haji, tidak sedikit di antara tokoh-tokoh ulama di sana yang meminta ijazah darinya (yakni pengukuhan dan izin untuk mengajarkan ilmu yang telah dikuasai seseorang) sebagai pengakuan atas kedudukan Habib Abdullah Al-Haddad yang tinggi, walaupun pada mulanya ia sendiri bermaksud memintanya dari mereka.


Demikianlah, dalam kesibukannya yang terus-menerus, Habib Abdullah Al-Haddad melewati tahun demi tahun dalam usianya yang penuh berkat dan kebaikan, jihad dan mujahadah, sampai saatnya ia memenuhi panggilan Tuhannya. Maka wafatlah beliau dengan tenang pada malam Selasa 7 Zulkaedah 1132H pada usia 88 tahun; dan dimakamkan di Zanbal, tempat pemakaman keluarga dan para leluhurnya, di pinggiran kota Tarim.

Semoga Allah s.w.t. melipatgandakan pahala baginya, demikian pula atas kita semua bersama-sama. Amin, ya Rabbal-'Alamin!

Monday, October 4, 2010

Desak siasat klip video paderi hina Islam di Sarawak

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Seorang penulis blog menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
Zainol Abideen yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) berkata, paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.
“Apakah yang ditunggu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri sehingga paderi berkenaan masih lagi tidak dikenakan tindakan?
“Adakah pihak berkuasa perlu menunggu umat Islam hilang kesabaran dan bertindak sendiri sebelum mengambil tindakan?” katanya dalam blog http://mahaguru58.blogspot.com di sini.
Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia terhadap salah satu klip video selama 10 minit itu, mendapati Benjamin menyampaikan ceramah dalam bahasa Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai ajaran pelik dan bodoh oleh Nabi Muhammad.
Antaranya, dia mendakwa, Rasulullah sebagai orang tua yang bernafsu terhadap kanak-kanak apabila salah seorang daripada 23 isteri baginda berusia enam tahun.
Dia yang mendakwa dilahirkan sebagai orang Melayu berkata, kaum itu dilarang membela anjing kerana menurut Islam malaikat amat takut dan tidak akan melawat rumah yang penghuninya membela haiwan berkenaan.
Dakwaan lain, adalah dosa umat Islam akan diampunkan jika mereka dapat mengucup batu Hajarul Aswad yang berbentuk seperti alat kelamin wanita.

Friday, October 1, 2010

Berita baik buat para muhibbin habaib



Arif Billah al-Faqih al-Muhaqqiq al-Habib Zain Bin Ibrahim Bin Sumait


Arif Billah al-Musnid al-Habib Umar bin Muhammad Bin Salim bin Hafidz Bin Syeikh Abi Bakar

Pemberitahuan Majlis-majlis Haul al-Qutb Imam al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam



.




Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)
09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis
12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu
14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
Zon Sentral
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)
18 Oktober 2010
Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka
20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan
Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)
22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

Sila pantau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net atau website alhawihttp://www.alhawi.net/

Amanat Pak Teh , 2 hari sebelum wafat ...



TN GURU HJ SALLEH semasa menziarahi jenazah PAK TEH pagi tadi
ada seorang murid yang rapat dengan Pak Teh memberitahu Tn Guru Hj Salleh
tentang pesanan Pak Teh dalam kuliah 2 hari lepas .
Pak Teh berpesan pada murid beliu "Sekarang kita (pelajar agama) kena pakai (ikut) fatwa yang dihukum Tok Guru Hj Salleh Sik"
Pak Teh berkata seperti itu kerana sudah tiada ahli yang tahqid (mantap) dalam menguasai ibarat kitab seperti ulama silam dahulu . Di sebelah utara semenanjung tokoh ulama yang tahqid, sangat2 kurang dan boleh dikatakan sudah tiada.
Oleh kerana itu beliau meminta Tn Guru Hj Salleh memimpin solat jenazah Pak Teh tadi .
Tn Guru Hj Salleh menceritakan pengelaman beliau dengan Pak Teh .
Kata Tn Guru
"Pak Teh masa hidup kalau jumpa (bertemu ) aku (Tn Guru Hj Salleh) ,dia kera ( Pak Teh suka) peluk aku ja la dia "

Tn Guru Hj Salleh Sik pimpin solat jenazah Pak Teh Keruh (r.a)



Alhamdulillah jenazah sempuran dikafankan lebih kurang jam 11.45pagi .
Solat jenazah kali pertama di surau pondok Allahyarham , solat jenazah kali kedua di masjid yang dipimpin oleh Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah .
Tn Guru Hj Salleh berasa anak beliau Syeikh Muslim dan pengiring termasuk saya tiba seawal jam 10.40 pagi tadi , seamasa itu jenazah baru nak dimandikan .
Orang kenamaan dan orang ramai menziarahi jenazah Allahyarham kali terakhir .
Ramai tuan-tuan guru sekitar Kedah , Kelantan dan termasuk perak turun bagi memberi penghormatan kali terakhir kepada tokoh ulama yang sangat dikenali . Kira-kira 5000 orang yang menghadiri solat jenazah Pak Teh .
Jenazah diarak oleh orang ramai yang beratur panjang, kira-kira satu kilo miter bagi merebut pelunag mengusung jasad ulama yang dikasihi .Antara tokoh yang hadir Dato Seri Harussani Mufti Perak dan tokoh -tokoh politik dan kerajaan .

PAK TEH dalam kenangan .....Jasamu dikenag ...tidak dapat dibalas kecuali dengan kebajikan dari Ilahi ...
                                                                    AL FATIHAH
                  
GRIK, 30 Sept: Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.
Pondoknya pernah menjadi kontroversi. Setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah seluas 45 hektar untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelum itu tetapi tidak diluluskan.

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.
Beliau dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.
Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959.
Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.

Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967.
Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.
Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam.

Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.
Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang.
Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.
Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.
Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.
Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para rasul dan nabi, syuhada dan solihin di atas kegigihannya memperjuangkan agama Allah

al-fatihah buat Tuan Guru Hj Abd Latif @ Pak Teh Keruh

Thursday, September 30, 2010



Salam takziah...
Kita semua milik Allah. Dan pasti akan kembali kepada Nya jua. Malam ini menjadi saksi atas kematian seorang lagi ulama yang sangat ikhlas dan zuhud iaitu Tuan guru Hj Abd Latif atau lebih dikenali dengan gelaran Pak teh Keruh.


al-Fatihah buat al-Marhum Tuan guru Hj Latif.. Semoga ruh beliau bersama dengan para kekasih Allah..amiin...

p/s : patut la malam ni, ambo x leh nak lena dan pejamkan mata, rupa2nya seorang lagi "kekasih"ku di jemput Allah malam nie..Ya Allah, kematian benar-benar terlalu hampir dengan aku..Ya Allah, ampunilah daku untuk segala kemaksiatan yang zahir dan batin.Aku masih memerlukan irsyad dan nusrah Mu untuk terus tabah dalam kehidupan ini ..Allahumma amiin..

Tuesday, September 28, 2010

Facebook Celaka yang akan mengundang bala Allah !!!


 

http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001449258881&ref=nf
YA ALLAH... LAKNATLAH TUAN FACEBOOK INI !
Mudahan tuan facebook ini mendapat hidayah Allah ...
Tergamak dia menghina ulama kita .
Habib Munzir merupakan ulama muda yang aktif menyebarkan dakwah dan mempertahankan Ahli Sunnah .
Beliau merupakan murid kepada ARIF BILLAH HABIB UMAR AL HAFIZ YAMAN ,ulama junjungan ahli sunnah . Habib Umar ulama keturunan Rasulullah SAW mengiktiraf keilmuan Habib Munzir .
Tergamak ada golongan munafiq dan fasiq menuduh beliau sebagai Abu Lahab ...
Celaka sungguh siapa yang merencana dan menyokong facebook celaka ini http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001449258881&ref=nf
Siapa yang merencana facebook ini boleh jatuh kufur kerana menyamakan orang Islam dengan Kafir pada pihak agamanya .
Siapa yang menyokong haram dan juga  membawa jatuh agama .
Saya tak nak tuduh siapa , biaralah merka . Tetapi dengan bersaksi Allah dan para malaikat saya pohon dan menyeru kepada tuan facebook ini supaya tarik balik dengan segera dan bertaubat pada Allah dan meminta maaf secara terbuka kepada habib Munzir !
Jangan  tunggu bala dan laknat Allah .
Celaka kamu andai tak bertaubat , Habib Munzir meupakan Ulama yang sangat kuat rohaninya dengan Allah .
Kami Ahli Sunnah mengenalinya , jangan main dengan Ulama , mereka kekasih Allah !!!
Lihat ini !!!
Lihat ini !!!
                                                         http://www.majelisrasulullah.org/

JANGAN TUNGGU AZAB DAN BALA ALLAH !!! SEGERA BERTAUBAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 27, 2010

CADANGAN KHAIRY KURANG BIJAK!

2 Syawal 1431 H | 11 September 2010


“Semua pihak perlu faham gerakan Ganyang Malaysia secara besar-besaran yang dirancang Bendera, termasuk mengadakan tunjuk perasaan di luar pejabat
Kedutaan Besar Malaysia, bukan pandangan keseluruhan penduduk dan pemimpin Republik Indonesia yang turut malu dengan tindakan kumpulan terbabit,” katanya pada sidang media di Wisma Putra, di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan kenyataan Khairy meminta Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia jika rundingan kedua-dua negara berhubung jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta, gagal.

PUTRAJAYA: “Tindakan memanggil pulang duta kita dari sana
(Jakarta), bermakna kita hanya selangkah saja lagi daripada memutuskan hubungan dua hala. Saya tidak pasti sama ada Khairy Jamaluddin (Ketua Pergerakan Pemuda Umno) tahu mengenai perkara ini, dia mungkin seorang yang pandai dan graduan Universiti Oxford, tetapi tidak bermakna dia seorang yang bijak.

“Saya berharap Pemuda Umno tidak akan menjadi seperti Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia). Kita perlu melihat dan menangani isu ini secara bijak kerana ia membabitkan dua negara,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (gambar), semalam.

Beliau berkata, gesaan Khairy supaya Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia boleh disifatkan kurang bijak kerana ia bakal memburukkan lagi keadaan selain
menjejaskan hubungan dua hala yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

AS DALANG 11 SEPTEMBER - AHMADENIJAD


 


TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan insiden 11 September sebagai alasan untuk menakluki Afghanistan dan Iraq.
Mahmoud berkata demikian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York yang menekankan jumlah angka kematian tentera dan orang awam yang kian meningkat akibat perang anti-keganasan dilancarkan AS di Afghanistan serta Iraq.

“Dilaporkan kira-kira tiga ribu orang menjadi mangsa serangan 11 September, namun ratusan ribu orang terbunuh di Afghanistan dan Iraq, jutaan lagi cedera serta hilang tempat tinggal dan konflik itu masih berterusan,” kata Mahmoud.

Beliau turut sangsi dakwaan kerajaan Amerika terhadap serangan 11 September yang dilakukan “kumpulan pengganas yang sangat berkuasa hingga mampu mengatasi semua tahap kawalan keselamatan dan perisikan AS itu. Menurutnya, walaupun AS mengemukakan pelbagai alasan tetapi banyak pihak percaya serangan itu didalangi kerajaan AS bagi memulihkan ekonomi yang semakin merudum dan cengkamannya di Timur Tengah dalam usaha untuk menyelamatkan regim Zionis. Presiden Iran itu berkata, langkah AS mengerah angkatan tentera ke Afghanistan dan Iraq untuk berperang hingga mengakibatkan ratusan ribu orang terkorban semata-mata sebagai perang terhadap kumpulan pengganas nyata tidak rasional.

Mahmoud turut mengecam isu penaklukan Israel ke atas beberapa wilayah Palestin melalui tindakan ganas rejim Zionis terhadap penduduk Gaza dan Lubnan yang disokong dunia Barat. “Kehidupan rakyat Palestin yang hilang hak kebebasan dan keselamatan selama 60 tahun di bawah undang-undang rejim Zionis tidak dihiraukan sementara penakluk yang angkuh diberi pengiktirafan,” ujar Mahmoud. - Agensi

Saturday, September 25, 2010

Pemberitahuan


Jadual Majlis Habib Umar turun Malaysia kali ini !

                AL ARIF BILLAH HABIB UMAR AL HAFIZ AKAN TURUN MALAYSIA!


    Jadual lengkap dan sah seperti berikut :






                                     15/10/10 MASJID AL BUKHARY 6.30 PETANG

                                    16/10/10 MASJID NEGERI SHAH ALAM 5 PETANG

                                      17/10/10 MASJID AL FALAH USJ 6.30 PETANG
  

Beliau merupakan ulama keturunan RASULULLAH SAW . Beliau merupakan ulama yang sangat pengaruh diabad ini . Beliau digelar Arifbillah dan banyak karamat yang  telah berlaku pada beliau 

6 Lelaki Ditangkap Bakar al-Quran di Pub Britain

bakar-quran-di-britain
GAMBAR klip video YouTube menunjukkan kumpulan lelaki yang membakar kitab al-Quran di bandar Gateshead, utara Britain.
LONDON – Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.
Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.
Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.
Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.
Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.
Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.
Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.
Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.
Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.
Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.
Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. – Agensi