Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Monday, March 7, 2011

ISLAM DIJULANG UMAT GEMILANG

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 144 surah Ali  ‘Imran :
وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل , أفإن مات أو قتل انقلبتم على  أعقبكم  , ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا , وسيجزي الله الشكرين .
Maksudnya : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur
Kita baru sahaja meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang telah banyak mencatatkan peristiwa besar kepada sejarah Islam terutama yang berlaku ke atas diri Rasulullah s.a.w sendiri antaranya peristiwa Maulidurrasul , Hijraturrasul ke Madinah dan kewafatan nabi s.a.w. Ketiga-tiga peristiwa ini telah membawa kesan yang besar kepada umat manusia sebagai umat akhir zaman di mana kelahiran nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada umat manusia yang ketika itu tenggelam dalam kelam jahiliah dan kekufuran setelah begitu lama terhenti penurunan wahyu dengan tiadanya pengutusan nabi atau rasul. Selaku makhluk yang ditugaskan dalam memimpin urusan dunia sebagai khalifah maka manusia begitu memerlukan petunjuk daripada Allah agar tidak terus hanyut dengan kesesatan maka Allah telah mengutuskan nabi Muhammad s.a.w bersama wahyu al-Quran. Manakala peristiwa Hijraturrasul s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan untuk lari daripada penyiksaan yang diterima sepanjang berada di Mekah dalam mengembangkan dakwah Islam tetapi sebagai meluaskan lagi peranan Islam yang bukan sahaja berkait tentang aqidah,akhlak dan ibadat khusus sahaja  sebaliknya meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk pemerintahan, ekonomi dan sosial. Peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w pula sebagai memberi isyarat bahawa telah lengkapnya ajaran Islam yang diturunkan kepada nabi serta telah selesainya tugas nabi dalam memberi tunjuk ajar agar umat manusia dapat membezakan antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah. Walau bagaimana tinggi menggunungnya rasa kasih dan sayang umat Islam terhadap nabi tetapi Allah Maha Berkuasa di atas segala-galanya di mana setelah selesainya segala tugas kenabian dan kerasulannya maka nabi Muhammad s.a.w mesti dikembalikan kepada Allah tetapi dakwah dan tugas dalam mengembangkan Islam mesti diteruskan oleh umat Islam berdasarkan 2 panduan yang berterusan iaitu al-Quran dan Sunnah nabi.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya peristiwa kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah menguji keimanan umat manusia terutama golongan ahli Kitab di kalangan Kristian dan yahudi di mana ada di antara mereka yang cuba membunuh nabi walau pun mengenalinya melalui kita Taurat dan Injil tetapi disebabkan nabi berbangsa arab bukannya sebangsa dengan mereka lalu ia dijadikan sebab utama untuk membunuh dan menolak kenabiannya. Begitu juga peristiwa Hijraturrasul yang disebabkan usaha dalam melaksanakan Islam secara menyeluruh di Mekah bagaikan tiada peluang akibat penentangan begitu kuat bermula daripada keluarga nabi yang terdekat. Lanjutan kepada ujian keimanan terutama kepada umat Islam sendiri terus berlangsung dengan kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga ada yang kembali murtad kerana tidak dapat menerima berita yang begitu menyedihkan hati itu. Malah para sahabat yang terdekat turut menafikan berita ini termasuk Sayyidina Umar al-Khottab yang memberi amaran akan membunuh sesiapa yang mengatakan nabi Muhammad s.a.w telah wafat kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
أَيُّهَا النَّاسُ ! مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مَحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ  ,  وَ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللهَ  فَإِنَّ اللهَ حَيٌّ لا يَمُوْتُ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati
Kemudian Sayyidina Abu Bakar membaca ayat 144 surah Ali  ‘Imran yang mengingatkan para sahabat agar dapat menerima tentang kewafatan nabi walau pun perasaan kasih sayang terhadap nabi begitu mendalam. Bahkan dakwah dan perjuangan Islam mesti diteruskan dalam mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia memandangkan kewafatan nabi hanya sebagai isyarat bahawa ajaran Islam telah sempurna dan tugas nabi telah selesai bukannya dijadikan isyarat bahawa dakwah Islam sudah terhenti. Para sahabat dan generasi akan datang termasuk kita pada hari ini mestilah meneruskan tugas suci dan mulia ini walau pun nabi sudah tiada di sisi dan wahyu dari langit sudah terhenti dengan kewafatan nabi.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Kasih dan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w mestilah tinggi dan mendalam bersesuaian dengan ingatan dan betapa kasihnya nabi kepada generasi yang terus beriman dan memperjuangkan Islam walau pun tidak pernah hidup bersama nabi dan tidak pernah melihat wajahnya yang mulia sebagaimana yang pernah dirasai oleh generasi awal terutama para sahabatnya. Kita beriman dan sayang kepada nabi Muhammad s.a.w bukanlah disebabkan mempunyai tali persaudaraan dengan nabi atau sebangsa dengannya sebaliknya kerana atas dasar iman yang mendalam dan perakuan yang tidak berbelah bahagi bahawa baginda adalah nabi lagi rasul akhir zaman. Jika para sahabat nabi dan generasi awal mempunyai kelebihan kerana dapat hidup bersama nabi dan beriman kepadanya serta dapat menyaksikan penurunan wahyu terbaru kepada nabi namun umat Islam yang terus beriman dan memperjuangkan Islam serta kasih kepada nabi walau pun tidak pernah menatap wajahnya tetap mempunyai kelebihannya sendiri. Ini dapat kita fahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Jum’ah al-Ansori :
قَالَ قُلْتُ يَا رَسُوْلَ الله ِهَلْ مِنْ قَوْمٍ أَعْظَمَ أَجْرًا مِنَّا آمَنَّابِكَ وَاتَّبَعْنَاكَ؟ . مَا يَمْنَعُكُمْ مِنْ ذلِكَ وَرَسُوْلُ اللهِ بَيْنَ أَظْهَرَكُمْ  يَأْتِيْكُمْ بِالوَحْيِ مِنَ السَّمَاءِ بَلْ قَوْمٌ يَأْتُوْنَ مِنْ بَعْدِكُمْ يَأْتِيْهِمْ كِتَابُ اللهِ بَيْنَ لَوْحَيْنِ فَيُؤْمِنُوْنَ بِيْ وَيَعْمَلُوْنَ بِمَا فِيْهَ أُولئِكَ أَعْظَمُ مِنْكُمْ أَجْرًا
( رواه أحمد والدارمي والباقوردي وابن قانع فى مجمع الصحابة والبخاري فى تاريخه والطبراني والحاكم عن أبي جمعة الأنصاري )
Maksudnya : Telah berkata Abu Jum’ah al-Ansori bahawa aku telah bertanya : Wahai Rasulullah! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami sedangkan kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti engkau?. Lalu nabi bersabda yang bermaksud : Apakah yang menghalang kamu untuk beriman kepadaku sedangkan diri Rasulullah s.a.w ada di sisi kamu dan wahyu datang kepadamu langsung dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang kepada mereka Kitab Allah (al-Quran) yang ditulis di antara dua Luh maka mereka lantas beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itulah merupakan golongan yang mendapat pahala yang besar daripada kamu.
Begitu juga dengan sebuah lagi hadis daripada Abu Said al-Khudri di mana dia berkata :
أَنَّ رَجُلا قَالَ : يَارَسُوْلَ اللهِ طُوْبَى لِمَنْ رَآكَ وَآمَنَ بِكَ  قَالَ : طُوْبَى لِمَنْ رَآنِي وَآمَنَ بِي وَ طُوْبَى  ثُمَّ طُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ آمَنَ بِيْ وَلَمْ يَرَنِيْ ( أخرجه أحمد وابن حبان عن أبي سعيد الخدري )
Maksudnya : Bahawasanya seorang lelaki  berkata kepada Rasulullah s.a.w : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Lalu baginda bersabda yang bermaksud :  Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepadaku. Dan berbahagialah kemudian berbahagialah kemudian berbahagialah bagi sesiapa yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak pernah melihatku.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Kedatangan Rabiul Akhir kali ini bersama dengan berterusannya  jenayah terbaru yahudi di bumi Palestin pada hari ini terutama dalam memastikan seluruh bumi umat Islam di Asia Barat terus tunduk dan mengiktiraf negara haram Israel selepas penjajahan baru di Iraq telah mengingatkan kita bahawa betapa lemahnya umat Islam hari ini akibat perpecah dan menjauhi ajaran Islam yang menyeluruh berbanding umat Islam dahulu yang begitu kuat dalam membebaskan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Kita ingat bagaimana Peperangan Hittin yang berlaku pada bulan Rabiul Akhir tahun 583 Hijrah bersamaan bulan Julai tahun 1187 Masihi di mana tentera Islam telah berkumpul dalam melancarkan serangan secara besar-besaran di persisiran pantai berhampiran dengan Tasik Tiberias di Palestin di bawah pimpinan panglima Salahuddin Al-Ayubi. Manakala tentera musuh yang terdiri dari tentera Salib pula berkumpul di sebelah Barat Tasik Tiberias dan terus berada di sana pada malam tersebut. Pasukan tentera perisik dari angkatan tentera Islam telah berjaya mengikuti perjalanan tentera dan tempat-tempat perkhemahan musuh. Lalu angkatan tentera Salahuddin membuat kepungan terhadap tentera Salib pada waktu malam sehinggalah terbit cahaya pagi di mana pada pagi tersebut memang ternyata berlakunya peperangan yang sangat besar berhampiran dengan kampung Hittin di sebelah barat Tasik Tiberias dan di sebelah timur bandar Akko dan Haifa. Pada masa tersebut tentera Salib yang begitu ramai berjaya ditumpaskan kesemuanya di mana tentera Salib yang tinggal hanyalah seramai 150 orang sahaja di mana mereka kemudiannya dijadikan tawanan termasuk pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin mereka. Peperangan Hittin adalah merupakan mercu tanda kemenangan Islam yang sangat gemilang sejak zaman berzaman yang membawa kepada pembebasan Masjid Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada cengkaman tentera Salib. Semoga kejayaan ini dapat berulang kembali dalam menghentikan darah umat Islam Palestin daripada terus dihirup oleh zionis yahudi serta bangsa pengganas yahudi yang banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini dapat dihancurkan segera. Jika yahudi terus berada di bumi Palestin maka bukan sahaja kedudukan Qiblat pertama umat Islam iaitu Baitul Maqdis terus terancam malah Masjid Nabawi di Madinah serta Ka’abah di Mekah turut tergugat terutama bangsa yahudi pengganas ini telah beberapa kali mencadangkan agar Ka’abah dibom. Takutlah kepada Allah nescaya manusia akan hormat kepada kita. Sebaliknya jika kita tidak takut kepada Allah maka semestinya kita akan takut kepada manusia.
Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah
لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم  .  فإن تولوا فقل حسبي الله لاإله إلا هو  عليه توكلت وهو رب العرش العظيم  .
Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

No comments:

Post a Comment