Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Tuesday, December 7, 2010

Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?


Sering kita dengar dan tahu (malah ada yang pernah merasainya) tentang perpisahan. Perpisahan mungkin menyakitkan tapi seperti yang saya telah katakan “BERSABARLAH”..Saya akan cuba rungkaikan tajuk “perpisahan” semampu mungkin..

Erti Cinta~Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?

Perpisahan memang menyakitkan. Ayat di atas dimaksudkan ketika berlakunya perpisahan di antara pasangan “kekasih” (benarkah?). Tidak kiralah zaman sekolah kah, zaman universiti kah atau di zaman mana-mana sahaja jika kita perhatikan sering berlaku “cinta monyet” yang menyebabkan berlakunya putus asa ke atas seseorang yang di minta putus. Samada sedih atau tidak pasti salah seorang akan terseksa “jiwa dan raga”. Sehingga ada yang kata “Aku tidak boleh lupakan dia” malah ada yang berkata “Aku tidak boleh hidup tanpa dia”.

Seperti nukilan dan garapan bab sebelum ini, ternyata ramai yang hilang kesabaran dan lupa tentang diri bila berlaku perpisahan. Bagi yang meminta putus pula persoalan sering timbul di ruang hati apakah niat sebenar belakunya perpisahan. Adakah kerana timbul kesedaran untuk tidak bercinta sebelum berkahwin, ingin menganiaya, tiada rasa cinta, kecewa dengan sikap si dia dll.

Walau apa jua alasan dan sebab, perpisahan pasti akan berlaku sebenarnya. Bukankah telah dinyatakan oleh firman ALLAH bahawa setiap manusia akan mati. Jadi sebelum memulakan hubungan fikirlah panjang dan sebenar-benar kerana ALLAH adakah kita mampu menghadapi perpisahan samada sementara atau selama-lamanya. Sememangnya sebagai insan yang beriman jangan lah kita terlalu mengharap cinta manusia (terutamanya sebelum bernikah-cukuplah berkenal-kenalan atau taaruf dengan cara sebenar) kerana CINTA manusia tidak kan kekal, hanya CINTA ALLAH akan kekal selama-lamanya.

Fiman Allah subhanallahu Taala

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Al Anbia’ 35

Harapkan dan berusahalah diserapkan sematkan dalam hati sanubari kita bahawa CINTA ALLAH lah yang terutama bagi diriku. Itulah yang sebenar-benarnya untuk selama-lamanya.

Mengapa berlaku kata-kata yang dimaksudkan tadi “Aku tidak boleh lupakan dia”? Jawapan: Ia berlaku kerana terlalu mengharapkan pada si dia dan cinta dipenuhi dengan cinta si dia bukan CINTA yang benar-benar satu iaitu ALLAH. Bila ini berlaku ramai yang terlupa dan leka untuk kembali kepada diriNya.

Fenomena ini menjadi satu realiti pada masa kini. Lihatlah betapa ramai yang tersesat dan tersimpang jauh dari landasan sebenar iaitu landasan syariah. Malah kita lihat berlakunya kes bunuh diri kerana putus cinta. Astaghfirullah hal azim. Janganlah kita merasa putus asa sehinggakan mengikut telunjuk syaitan tanpa memikirkan rahmat dari ALLAH. Semaikanlah kekuatan dalam dirimu dengan mengingati ALLAH. “Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang”.

Fiman Allah subhanallahu Taala

…..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Yusuf : 87

Sekali lagi, doakanlah kekuatan untuk diri kita sendiri untuk sentiasa bersama rahmat ALLAH dan petunjukNYa. Selalulah mengucap syukur terhadap apa yang berlaku kepada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Carilah hikmah itu sehingga menjumpainya. InsyaAllah kita akan merasa sangat-sangat bersyukur. Thank You ALLAH. Banyak lagi rahsia ALLAH yang kita tidak tahu di muka bumi ini. Kesyukuran yang dipanjatkan pasti disenangi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNYA yang taat lagi bersyukur.


Fiman Allah subhanallahu Taala

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).AnNisa’147

Sedarilah, kamu pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia. Pasti tersembunyi perasaan untuk mendapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita. InsyaAllah, selamilah hati anda disertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH. Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan. Pasti ada seseorang untuk di jadikan teman hidup. Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman. Sedangkan Adam alaihis salam juga kesunyian dan perlukan seorang teman. Lalu di ambil lambung rusuk kiri nya untuk di jadikan pasangan hidupnya iaitu Hawa.

Cintailah sebenar-benarnya sepenuhnya suami mu atau isterimu,sahabat2mu dan kedua ibubapamu..pimpinlah mereka ke syurga bersama-samamu, Lunaskanlah tanggungjawab dalam hidup berumahtangga,Lunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak,seorang sahabat... Tetapi tetaplah hati mu pada yang SATU iaitu ALLAH subhanallahu Taala. Itulah hak yang sebenarnya. Ketaatan dan ingatanmu di mulakan dengan ingatan niat kerana ALLAH.

Beginilah, definisi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula. Bila di amati, setiap insan pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal. Sudah pati ia tidak dapat di elak dan di tangguh. Persoalan: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama-lamanya? Jawapan: Tepuk dada tanya IMAN. Pastikan kamu bersedia. Bagi yang hidup teruskanlah hidupmu dengan mencari keredhaan kepada ALLAH.

Jangan kerana berpisah dengan manusia yang kita sayang sehinggakan kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH. ALLAH lebih berhak untuk diingati dan menangislah keranaNYA dan jangan lupakan ALLAH.


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


No comments:

Post a Comment