Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Sunday, December 5, 2010

Daulah Islamiyah anugerah kepada umat Islam








  1. SHAH ALAM, 1 Dis: Tokoh Pemikir Dunia Islam Antarabangsa, Prof Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Bouti menegaskan, Daulah Islamiyah adalah anugerah kepada umat Islam setelah mereka berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah SWT dalam semua hal kehidupan dan meninggalkan larangan-Nya.
    Dr Said berkata, umat Islam wajar kembali melihat bagaimana manhaj dan pendekatan yang dilaksanakan oleh kalangan Sahabat di zaman Nabi dahulu kerana mereka melakukan segala ketundukan hanya semata-mata untuk mentaati Allah SWT, bukan untuk yang lain daripada itu.
    Menurutnya, hasil daripada melakukan segala kebaikan berpandukan arahan dan didikan Nabi Muhammad di sepanjang perjalanan kehidupan mereka, akhirnya Allah SWT. hadiahkan sebuah Negara Islam kepada mereka setelah berbelas tahun berjuang.
    "Wujudnya Negara Islam di Madinah adalah hadiah daripada Allah SWT. kepada sekumpulan sahabat besar yang sentiasa melaksanakan arahan dan mengikut perintah-Nya.
    "Pertama mereka melaksanakan wathifah yakni tugas yang wajib dilakukan serta meninggalkan segala larangan-Nya dan keduanya, baharulah mereka mendapat hadiah daripada Allah SWT.
    "Persoalannya kepada kita sekarang, kenapa Daulah Islamiyah pupus? Jawapannya adalah kerana terdapat sebahagian besar daripada umat Islam meninggalkan segala arahan dan melakukan larangan-Nya," tegasnya dalam satu ceramah di Masjid Negeri, dekat sini, kelmarin.
    Turut hadir dalam majlis itu adalah Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Utama Diraja, Mohamad Tamyez Abdul Wahid, Imam Besar Masjid Negeri, Syeikh Ahmad Mustafa Sidin, Presiden Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Ustaz Roslan Mohamed dan Timbalan Dekan Fakulti Syariah Universiti Damascus, Dr Tawfik Ramadhan Al-Bouti, Dr Said Ramadhan Al-Bouti merupakan Ketua Jabatan Tauhid dan Agama, Fakulti Undang-undang Islam di Universiti Damascus, Syria berada di Malaysia atas undangan Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pengucap Utama dalam Konferen Antarabangsa Pendidikan Islam (ICIEd2010) anjuran bersama KUIS dan Ilmuan bermula 29 November hingga 1 Disember.
    Menurutnya lagi, kini masalah yang sedang melanda umat Islam di mana mereka lebih mengutamakan tudung atau penutup daripada memikirkan bagaimana untuk mewujudkan sesuatu bekas itu terlebih dahulu.
    Beliau juga mengingatkan umat Islam agar jangan berasa gembira apabila kedapatan buah yang hanya diikat dengan benang lalu disambungkan di pokok dan isytiharkan 'inilah buah yang dihasilkan oleh pokok' berkenaan.
    Dalam pada itu dengan nada menasihatkan umat Islam agar semua pihak memberikan perhatian sepenuhnya kepada pendidikan dalam keluarga sendiri menuju kejayaan yang baginya, merupakan saliran-saliran sungai kecil akhirnya membentuk sebuah 'banjir besar' yang diibaratkan sebuah Daulah Islamiyah 

No comments:

Post a Comment