Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Sunday, December 5, 2010

Muhasabah Diri



Pernahkan kita menangis?
Mengapa kita menangis?
Mari muhasabah diri kita...

Kita mungkin juga menangis.
Tetapi kebanyakan tangisan kita tangisan murahan.
Orang yang ditinggalkan kekasihnya menangis.
Orang yang kehilangan hartanya menangis.
Orang yang gagal dalam peperiksaan menangis.
Namun tangisan itu tidak berharga.
Tangisan itu kerana dunia.

Tangisan yang berharga adalah kerana Allah..

Dosa-dosa yang kita lakukan, sudahkah terampuni.
Amal-amal yang kita lakukan, apakah diterima?
Bayangkan kita tidak layak masuk ke syurga kerana sikitnya amal kita.
Bayangkan bagaimana ngerinya jika kita digiring ke neraka?

Na'uzubillah. Ikhwahfillah, menangislah tatkala membaca Al-Quran.
Menangislah, kerana itu sunnah!

Abu Hurairah RA meriwayatkan,

Ketika turun ayat “afamin haadzal hadiitsi ta’jabuun”
Ahli Shuffah berkata: “innaa lillah wainnaa ilaihi raji’un”.
Kemudian mereka menangis hingga pipi mereka penuh dengan air mata.
Ketika Rasulullah mendengar tangisan mereka, beliau pun menangis bersama mereka, maka akupun menangis.

Maka Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan masuk neraka orang yang menangis karena takut kepada Allah dan tidak akan masuk syurga orang terus menerus maksiat kepada Allah. Sekiranya kamu tidak berdosa pasti Allah akan mewafatkanmu dan Dia akan mendatangkan satu kaum yang berdosa kemudian mengampuni dan menyayangi mereka. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang"

No comments:

Post a Comment