Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Sunday, December 5, 2010

GAMBARAN KENIKMATAN HIDUP DI SYURGA



Tersebutlah didalam kitab “ KASYFUL-GHOIBIAH” yang ditulis oleh Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani menerangkan tentang keadaan syurga dan penduduknya kelak, berkata Ibnu Abbas: “ Bahawa syurga itu mempunyai 8 buah pintu gerbang iaitu:



1. Pintu masuk untuk para nabi, syuhada, orang-orang dermawan, orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah. Di atas pintu tersebut tertulis dua kalimah syahadah yang indah.

2. Pintu masuk bagi orang yang sangat rapih, memenuhi syarat dan rukun serta meneliti fardhu dan sunnahnya dalam solat.

3. Pintu masuk bagi mereka yang suka mengeluarkan zakat dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah.

4. Pintu masuk orang-orang yang suka menyeru dan mengajak kepada kebaikan.

5. Pintu masuk bagi orang-orang yang dapat mengekang nafsunya dari melakukan perbuatan yang diharamkan dalam islam.

6. Pintu masuk bagi orang yang melakukan rukun islam yang kelima iaitu melakukan haji dan umrah yang mabrur.

7. Pintu masuk bagi orang-orang yang membela dan berjuang di jalan Allah.

8. Pintu masuk bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, keluarganya serta sanak saudaranya.



Demikian keterangan yang dinyatakan dalam hadis dimana syurga-syurga itu telah disediakan oleh Allah dengan beberapa tingkatan yang akan diberikan kepada hambaNYA sesuai dengan amal perbuatan masing-masing.



Kononnya diceritakan, ketika semua para hamba Allah telah dihisab dan telah menerima buku catatan amalnya yang diterima dengan tangan kanan mereka, pada waktu itu semua manusia merasa gembira yang tidak terkira, sehingga mereka yakin Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. Manakala mereka akan memasuki gedung yang indah itu, mereka akan disambut oleh “wildan” atau “pelayan muda” yang memang sudah sekian lama menanti kehadiran orang yang akan mengisi gedung tersebut (syurga).



Demikianlah keadaan gedung-gedung itu yang sangat indah bentuknya sedangkan lantainya dihampar dengan permaiadni yang indah pula dan di dalamnya mengalir air sungai yang ditumbuhi oleh pohon-pohon yang sangat rendang dan buahnya yang manis dan lazat. Tentang keindahan syurga ini Allah berulang-ulang terangkan di dalam Al Quran surah Al-Baqarah ayat 25:

“ Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai”





Juga firman Allah dalam surah Ad-Dhar:11

“ Allah selamatkan dari huru-hara pada hari qiamat dan Allah kurniakan kepada mereka kesegaran dan kegembiraan.”



Dan ayat 12,

“ Dan Allah membalas kepada mereka kerana kesabaran mereka didunia dengan kemegahan syurga dan pakaiannya dari syurga.”



Mereka orang-orang yang beriman dapat menikmati pemandangan yang indah dari tempat duduk mereka sambil menikmati lagu-lagu merdu memuji kebesaran Allah yang dinyanyikan oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik bermata elok dengan suaranya yang merdu bak buluh perindu. Tegasnya semua makanan dan minuman yang ada di syurga bukan dibuat di kilang makanan atau minuman di dunia tetapi semuanya diciptakan Allah SWT.



Meraka yang tinggal di syurga bagai seorang raja bermahligai yang besar dan indah dihiasi dengan tanaman yang tumbuh indah dan pohon-pohon dengan buahnya yang beraneka ragam dan manis buahnya.



Di dalam syurga akan hidup senang, bahagia juga akan tetap segar dan tegar, para penghuni syurga akan tetap dalam usia muda tidak akan mengalami tua untuk selama-lamanya, badannya akan tetap tegar, segar dan tidak akan merasakan sakit, sekalipun mereka jarang tidur, berjalan-jalan yang tiada hentinya.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment