Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Wednesday, October 20, 2010

Pemberitahuan

Assalamualaikum...
kepada pengujung blog ana yang dikasihi sekalian...buat sementara ni ana hentikan penulisan blog kerana perlu pulang ke pondok untuk meneruskan pengajian...insyallah cuti 2 mggu raye haji nti ana akan menulis kembali kalau diizinkan allah...doakan ana smoga berjaya dalam menuntut ilmu dan juga berjaya didunia dan akhirat....

Tuesday, October 19, 2010

Majlis Haul Imam Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad

Pada 16 Oktober 2010, hari sabtu yang lalu telah diadakan majlis haul Imam Habib Abdullah al-Haddad bertempat di Masjid Shah Alam. Majlis yang dihadiri oleh ribuan ahli tarekat dan peminat tasawuf itu telah menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh tarekat sufi dari dalam dan luar negara. Antara tokoh besar yang hadir pada majlis tersebut ialah Habib Umar dari Yaman, Syeikh Syed Ahmad Semait, mufti Singapura dan beberapa tokoh dari Indonesia. Majlis yang dimulai selepas asar itu dimulai dengan qasidah-qasidah dan diselang seli dengan tazkirah. Selepas maghrib bacaan ratib al-Haddad dikumandangkan dan diakhiri dengan ucapan perdana oleh Habib Umar. Sepanjang majlis diadakan, masjid Syah Alam bagaikan berpesta. Suasana nyaring jamaah berzikir dan beratib menjadikan pusat bandar Syah Alam bergema. Bagi yang hadir, malam itu sangat indah ditambah dengan tausiah dan doa Habib Umar di penghujung majlis yang sungguh sangat mengesankan.
Di bawah saya catatkan sedikit kisah hidup Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad yang saya nukilkan daripada buku cenderamata yang diedarkan pada malam itu. Semoga pembaca mendapat menfaat daripadanya:


SEKELUMIT RIWAYAT HIDUP HABIB ABDULLAH AL-HADDAD









Al-Allamah Al-Imam As-Sayyid Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Al-Alawi Al-Husaini (atau yang lebih akrab dan lebih popular dikenali sebagai Habib Abdullah Al-Haddad) adalah seorang ahli dakwah, pengarang, sufi, mursyid dan imam zamannya yang selalu berjuang memberikan bimbingan keagamaan dengan lidah dan penanya, sehingga menjadi pemimpin dan tempat rujukan (marja') bagi masyarakat Muslim dalam menuntut ilmu pengetahuan keagamaan.

Beliau dilahirkan di Subair, sebuah desa kecil di negeri Hadramaut (bahagian selatan Yaman) pada malam Khamis 5 Safar 1044 H dan dibesarkan di kota Tarim, yang dikenal pada masa itu hingga sekarang sebagai salah satu pusat intelektual "kaum Ba Alawi"; sebutan bagi keturunan Al-Husain bin Ali r.a., cucu Rasullalah s.a.w. - (dari pasangan suami isteri Ali Bin Abi Thalib dan Fatimah Az-Azhra’ Binti Muhammad s.a.w.). Leluhur kaum Ba Alawi yang pertama kali berhijrah pada tahun 317 H. dari Iraq ke Hadramaut adalah al-Imam Ahmad al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali al-Uraidhi bin Jaafar as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib (radhiallahu anhum).

Habib Abdullah Al-Haddad dibesarkan dibawah pengawasan ketat ayahandanya, Sayyid Alwi Bin Muhammad Al-Haddad, lebih-lebih lagi setelah berusia empat tahun, kedua matanya menjadi buta akibat penyakit cacar yang menimpanya. Berkat perhatian khusus dan kasih sayang yang dicurahkan ayahandanya, disamping bakat dan kecerdasan serta kecemerlangan otaknya yang melampaui rata-rata anak-anak yang sebaya dengannya, ia tumbuh menjadi seorang pemuda yang dikagumi oleh setiap orang yang mengenalnya. Allah s.w.t. telah menggantikan penglihatan zahiriahnya dengan penglihatan batiniah disamping kemampuan menghafal yang sangat kuat. Pada usianya yang sangat muda, ia berhasil menghafal seluruh Al-Quran Al-Karim. Juga mempelajari dan menguasai buku karangan Imam Al-Ghazali r.a. yang memang sangat digemari di kalangan masyarakat di sana. Pengaruh dari buku-buku inilah yang membawanya ke lingkungan hidup yang didominasi prinsip-prinsip tasawwuf yang kuat.

Kecenderungan seperti ini pada mulanya tidak berkenan dihati ayahnya, yang segera mengarahkannya agar mempelajari 'ilmu-ilmu syariat' sebelum apa yang digelar kalangan sufi sebagai 'ilmu-ilmu hakikat'. Maka mulailah ia mempelajari ilmu-ilmu tafsir, hadis, fiqih, sejarah dan sebagainya dibawah bimbingan sejumlah guru-guru alimin di zamannya; yang menurut pengakuannya sendiri berjumlah tidak kurang dari seratus ulama'.

Pada masa mudanya itu, seperti diceritakan orang-orang yang mengenalnya, ia lebih cenderung menjauhkan diri dari cara hidup para remaja seusianya. Pada waktu-waktu tertentu, ia sering menyendiri di tempat-tempat sunyi, di lembah-lembah dan bukit-bukit sekitar kota Tarim, untuk bertafakur dan beribadat. Walaupun kebiasaanya itu tidak mengurangi ketekunannya dalam menuntut ilmu, dari satu masjid ke masjid lainnya, dari satu kota ke kota lainnya. Mendengarkan dengan saksama dan menimba ilmu dari sejumlah guru yang masing-masing memiliki kepakaran di bidangnya. Di sela-sela itu, tak kurang pula ketekunannya dalam beribadat. Setiap hari, selepas mengikuti pelajaran, ia bersolat sunnah di masjid tak kurang dari seratus rakaat seharinya.

Adalah pemandangan yang biasa bagi orang-orang yang melakukan perjalanan antara Tarim dan Seiwun menyaksikan seorang pemuda buta berjalan sendirian di malam-malam yang sepi, antara lain untuk berziarah ke makam al-Imam Ahmad Al-Muhajir di desa Husaisah. Selesai berziarah, ia menimba air untuk mengisi kolam-kolam di sebuah masjid dekat dengan makam itu. Setelah itu, ia pulang ke Tarim dengan hati yang puas dan jiwa yang telah dipenuhi bekal ruhani.

Dalam pada itu, ia tak pernah beristirehat dalam bersuluk demi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Suluk itu sendiri adalah, seperti ditulisnya kemudian sebagai jawapan atas pertanyaan yang diajukan kepadanya, "...perjalanan hati menuju pelurusan dan pengamalan akhlak keimanan, serta pentahkikan peringkat-peringkat keyakinan. Perjalanan hati itu haruslah dengan mendaki dari satu maqam (peringkat) yang telah dicapai ke maqam yang lebih tinggi, terus-menerus tanpa henti dari awal sampai akhir. Itulah perjalanan batin di atas lintasan batin pula”

Akhirnya perjuangan tak kenal lelah yang dilakukannya selama puluhan tahun dalam menuntut ilmu dan mensucikan jiwa dari segala perilaku tercela seraya mengisinya dengan akhlak nabawiyyah telah menghantarkannya k eke puncak kesempurnaan insani. Sehingga dikatakan oleh para ulama di zamannya bahawa ia berhak disebut sebagai mujtahid mutlak dalam ilmu syariat dan al-Qutb al-Ghaus dalam ilmu hakikat.

Murid-muridnya berdatangan dari segenap pelosok, banyak pula dari luar negeri Hadramaut. Dan ketika pada tahun 1080H (yakni ketika mencapai 36 tahun) ia berangkat menuju al-Haramain untuk menunaikan ibadah haji, tidak sedikit di antara tokoh-tokoh ulama di sana yang meminta ijazah darinya (yakni pengukuhan dan izin untuk mengajarkan ilmu yang telah dikuasai seseorang) sebagai pengakuan atas kedudukan Habib Abdullah Al-Haddad yang tinggi, walaupun pada mulanya ia sendiri bermaksud memintanya dari mereka.


Demikianlah, dalam kesibukannya yang terus-menerus, Habib Abdullah Al-Haddad melewati tahun demi tahun dalam usianya yang penuh berkat dan kebaikan, jihad dan mujahadah, sampai saatnya ia memenuhi panggilan Tuhannya. Maka wafatlah beliau dengan tenang pada malam Selasa 7 Zulkaedah 1132H pada usia 88 tahun; dan dimakamkan di Zanbal, tempat pemakaman keluarga dan para leluhurnya, di pinggiran kota Tarim.

Semoga Allah s.w.t. melipatgandakan pahala baginya, demikian pula atas kita semua bersama-sama. Amin, ya Rabbal-'Alamin!

Wanita meminang lelaki??? | Bolehkah berkapel sebelum kahwin??? |




| Antara Displin Islam Dalam Pertunangan  |

Sumber : Zaharuddin.net

Soalan.

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat. Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama.

Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.

Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ;

Juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : "Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW"  (Sohih Al-Bukhari, 7/17).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki (Fath al-Bari, 9/175)

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput si pemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari.

Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : " Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)"  (Riwayat Muslim)

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua"  (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani)

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, (Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan.

Nabi SAW menyatakan : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH "  (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. (Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat.

Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara " verbal " lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu (semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.  

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.  

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. (sms, phone, chat, mesengger)  

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.  

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.  

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.  

g. Awas daripada bertukar gambar.  

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Wallahu'alam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

SUMBER : (Artikal Asal)

==> http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/212-antara-displin-islam-dalam-pertunangan.html

>> DIIZINKAN SHARE <<


 

Salah satu lagi agenda yahudi untuk menyebarkan dakyah mereka...



berikut adalah salah sebuah buku yang menyatakan pasa yesus...salah satu agenda yahudi untuk menyebarkan dajyah mereka untuk menyesatkan aqidah umat islam dinegara kita ini....apabila kita hendak membeli buku sama ada untuk diri sendiri atau untuk anak-anak,rakan atau sebagainya hendaklah kita teliti dahulu isi kandungannya....ia boleh menyebabkan aqidah seseorang itu terpesong akibat daripada kelalaian kita sendiri....berhati-hatilah ketika hendak membeli bahan bacaan....

Berhati-hati bile membeli minuman atau makanan....

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini. Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS??? Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!! Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg <span>haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini. Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Sunday, October 10, 2010

Al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Saggaf

BIODATA RINGKAS PENDAKWAH DARI TARIM




Nama : al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Saggaf
kelahiran : di Tarim , Hadramaut , Yaman . Tahun 1960

menghafaz al-Quran dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada Para Masyayih dan para Habayib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Maryam[1] , di Ribath Tarim[2] .

Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para Ulama di Ribath al-Baidha’ , Bandar al-Baidha’, Yaman.

Apabila pulang ke Tarim , diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .

Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]

sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .

Beliau sering dijemput ke luar Negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya ksering ke Jerman , UK, Amerika , Norway dan lain-lain Negara di Benua Eropah , Afrika, termasuklah ke Asia Tenggara ini khususnya ke negara ini.

Tidak ketinggalan juga , banyak mengarangkan kitab-kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .
-------------------------------------------------
[1] Abi Maryam : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dsbg) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khasna di kalangan para Ulama.

[2] Didirikan pada tahun 1304h (1886m). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan ramai para Ulama termasuk daripada rantau nusantara ini .

[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut


Biodata Habib Ali Jufri



Habib Ali Al-Jufri lahir di kota Jeddah, Arab Saudi, menjelang fajar, pada hari Jum’at 16 April 1971 (20 Shafar 1391 H). Ayahnya adalah Habib Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Alwi Al-Jufri, sedangkan ibundanya Syarifah Marumah binti Hasan bin Alwi binti Hasan bin Alwi bin Ali Al-Jufri.menimba ilmu dari para tokoh besar. Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf adalah salah seorang guru utamanya. Kepadanya ia membaca dan mendengarkan pembacaan kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, Tajrid Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, dan kitab-kitab penting lainnya. Cukup lama Habib Ali belajar kepadanya, sejak usia 10 tahun hingga berusia 21 tahun.juga berguru kepada Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad, ulama terkemuka dan penulis karya-karya terkenal. Di antara kitab yang dibacanya kepadanya adalah Idhah Asrar `Ulum Al-Muqarrabin. Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki juga salah seorang gurunya. Kepadanya ia mempelajari kitab-kitab musthalah hadits, ushul, dan sirah. Sedangkan kepada Habib Hamid bin Alwi bin Thahir Al-Haddad, ia membaca Al-Mukhtashar Al-Lathif dan Bidayah Al-Hidayah.Ia pun selama lebih dari empat tahun menimba ilmu kepada Habib Abu Bakar Al-`Adni bin Ali Al-Masyhur, dengan membaca dan mendengarkan kitab Sunan Ibnu Majah, Ar-Risalah Al-Jami`ah, Bidayah Al-Hidayah, Al-Muqaddimah Al-Hadhramiyyah, Tafsir Al-Jalalain, Tanwir Al-Aghlas, Lathaif Al-Isyarat, Tafsir Ayat Al-Ahkam, dan Tafsir Al-Baghawi.


Pada tahun 1412 H (1991 M) Habib Ali mengikuti kuliah di Fakultas Dirasat Islamiyyah Universitas Shan`a, Yaman, hingga tahun 1414 H (1993 M).
Kemudian ia menetap di Tarim, Hadhramaut. Di sini ia belajar dan juga mendampingi Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz sejak tahun 1993 hingga 2003. Kepadanya, Habib Ali membaca dan menghadiri pembacaan kitab-kitab Shahih Al-Bukhari, Ihya’ Ulumiddin, Adab Suluk Al-Murid, Risalah Al-Mu`awanah, Minhaj Al-`Abidin, Al-`Iqd An-Nabawi, Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah, Al-Hikam, dan sebagainya.

Selain kepada mereka, ia pun menimba ilmu kepada para tokoh ulama lainnya, seperti Syaikh Umar bin Husain Al-Khathib, Syaikh Sayyid Mutawalli Asy-Sya`rawi, Syaikh Ismail bin Shadiq Al-Adawi di Al-Jami` Al-Husaini dan di Al-Azhar Asy-Syarif, Mesir, juga Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim. Di samping itu, Habib Ali juga mengambil ijazah dari 300-an orang syaikh dalam berbagai cabang ilmu

Pemberitahuan

Jadual Pogram Ulama turun Kedah : Allamah Imam Al-Muhaddis Sayyid Muhamad Ibrahim Al-Kattani

الامام العلامة المحدث الشيخ محمد ابراهيم عبد الباعث الحسينى الكتانى


 

Majlis Sama' Ahadis Kutub Sittah sempena pembukaan MAAHAD DARUL HADIS

مجلس سماع احاديث الكتب الستة

8 Oktober 2010 (Jumaat)
2.00 ptg : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di KLIA
8.45 mlm : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di Alor Setar Airport


9 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Ramah mesra Ahbab Al-Kattani & Lembaga Tadbir Darul Hadis
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 1 di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman.

10 Oktober 2010 (Ahad)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 2 di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani.

11 Oktober 2010 (Isnin)
9.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 3 di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 4 di MPI Kodiang (Pondok Syeikh Badarudin).


12 Oktober 2010 (Selasa)
2.30 ptg : Muhadhoroh di Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.
Ziarah Maqam Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj. Ahmad (Pengasas Darul Hadis)
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 5 di Masjid Jamiul Makmur, Kulim.

13 Oktober 2010 (Rabu)
10.00 pg : Muhadhoroh di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 6 di Maahad Imam Nawawi, Tmn. Jali, Kangar, Perlis.

14 Oktober 2010 (Khamis)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 7 di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.
Ziarah Maqam Us. Fadhil Mohd Nor (Pengasas Darul Ulum)
4.00 ptg : Pengijazahan Aurad Al-Kattani di Masjid Sg. Daun Tengah, Smpg 3 Sg. Limau.
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 8 di Kompleks Al-Bukhari, Alor Malai.

15 Oktober 2010 (Jumaat)
8.30 pg : Kuliah Hadis PAKSI di Dewan Sri Mentaloon (Kediaman MB Kedah)
& Pelancaran Pengajian Maahad DARUL HADIS Bersama :
- Allamah Imam Al-Muhaddis Sayyid Muhamad Ibrahim Al-Kattani &
- Syeikh Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki
8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 9 di Masjid Bertam, Kepala Batas, P.Pinang.

16 Oktober 2010 (Sabtu)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 10 di Maktab Perguruan Tunku Bainun, B.Mertajam.
4.30 ptg : Majlis Sama' Ahadis 11 di Pusat Islam USM.
8.00 mlm : Ceramah di Pusat Islam USM P.Pinang
Tajuk : Manhaj Aqidah Ahlus sunnah wal Jamaah & Soal Jawab

17 Oktober 2010 (Ahad)
10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 12 di Kompleks Tabung Haji P.Pinang (PAKSI).
4.30 ptg : Wida' di Airport Bayan Lepas, P.Pinang

MAJLIS MEMPERINGATI IMAM ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD

ATURCARA MAJLIS MEMPERINGATI IMAM ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD

Tarikh   :   12hb. Okteber 2010 / 4hb. Zulqaedah 1431

Hari       :  Selasa

Masa     :  5.30 ptg -  11.00 mlm

Tempat  :  Masjid Bandar Pasir Mas



Aturcara :-


5.30 ptg     :        Ucapan Pengerusi & Bacaan Quran

6.00 ptg     :       Bacaan Wirdul Latiif

6.20 ptg     :         Qasidah

6.30 ptg     :         Ceramah 1
                             Habib Quraish Baharun (Jawa Barat)

7.00 mlm   :        Solat Maghrib

7.30 mlm   :        Pengenalan Tokoh Imam Abdullah AlHaddad

                   :        Qasidah

:        Ceramah 2
                             Habib Munzir Al-Musawwa (Jakarta)

                   :         Qasidah

                   :        Ceramah 3
                             Habib Zein Bin Ibrahim Bensmith (Madinah)

                   :        Doa Penutup

10.30 mlm :        Solat Isyak

                             Jamuan Makan Malam

Letak komputer riba atas paha boleh membakar kulit

Bahana letak komputer riba atas paha



GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.



 

CHICAGO – Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia meny
iapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.


GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.



Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. – AP

Tutup pintu zina elak Sekolah Harapan cambah seperti cendawan

Semua pihak mesti bertanggungjawab pastikan generasi muda jauhi aktiviti tidak bermoral

Layanan berbeza cacatkan amalan ziarah

Pertahan al-Quran satu kewajipan

 
Umat Islam menjulang-julang al-Quran membantah tindakan Paderi Terry Jones memperkenalkan Hari Membakar al-Quran setiap kali tibanya tarikh 11 September.



SAAT paderi tua, Terry Jones mengumumkan untuk membakar beratus-ratus kitab suci al-Quran di Dove Otreach Center, Florida Amerika Syarikat (AS) sebagai memperingati tahun kesembilan kejadian serangan 11 Sept 2001, umat Islam tidak boleh sekadar berdiam diri membiarkan ia berlaku.

Ekoran tindakan Jones itu, umat Islam telah tampil menemui paderi tersebut dengan tawaran untuk membeli kitab-kitab al-Quran tersebut bagi mengelakkannya dibakar.

“Tuan Jones, daripada al-Quran itu dibakar, adalah lebih baik jika kitab itu tuan jualkan sahaja kepada saya. Berapa pun harganya saya sanggup bayar, malah ia memberikan untung yang besar kepada Tuan dengan hanya menjual kitab-kitab yang tidak memberikan faedah kepada tuan ini!”

Dialog itu sebenarnya mengingatkan kita kepada bagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq menyelamatkan hamba abdi, Bilal bin Rabah daripada terus diseksa oleh majikannya, Umaiyyah bin Khalaf yang begitu marah apabila hambanya itu memeluk Islam.

Abu Bakar menawarkan harga yang jauh berlipat kali ganda tinggi untuk membeli Bilal dan majikannya itu pasti beroleh untung luar biasa jika menjualkan sahaja Bilal itu kepada Abu Bakar.

“Saya mungkin tidak dapat apa-apa untung pun dengan membeli Bilal. Malah sangat rugi kerana pastinya hamba ini akan mati tidak lama lagi. lihatlah betapa teruknya kamu menyeksa dia,” kata Abu Bakar yang akhirnya berjaya membeli dan menyelamatkan Bilal.

Malangnya peristiwa bagaimana Bilal diselamatkan itu tiada ulangannya, hanya tersimpan cantik dalam sejarah.

Hari Membakar al-Quran itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan ekoran bantahan, termasuk daripada pihak pentadbiran Rumah Putih. Namun rancangan jahat Jones untuk membakar al-Quran itu wajar mendapat perhatian serius daripada seluruh umat Islam.

Lebih-lebih lagi ada pihak mengambil baton daripada Jones untuk membakar al-Quran, iaitu ketika AS mengadakan sambutan majlis memperingati hampir 3,000 mangsa yang maut dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC). Sekurang-kurangnya tiga insiden mengoyak dan membakar al-Quran dilapor berlaku di negara itu.

Dalam satu kejadian, seorang lelaki yang membantah rancangan pembinaan masjid berhampiran Ground Zero, mengoyakkan al-Quran sebelum membakarnya.

Pada insiden lain, seorang lelaki mengoyak dan menghina kitab suci Islam itu.

Di Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan Danny Allen menggunakan minyak pemetik api dan membakar sekurang-kurangnya dua naskah al-Quran di halaman rumahnya sambil Old menyifatkan Islam sebagai agama palsu.

“Jelas sekali daripada semua peristiwa-peristiwa ini, al-Quran perlu dipertahankan sepanjang masa. Umat Islam tidak mempunyai alasan untuk tidak berbuat demikian” kata Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mohd. Meeftah Anuar.

Tidak ada yang peliknya di sebalik perbuatan membakar al-Quran itu kerana kata Mohd. Meeftah semenjak Islam diturunkan, al-Quran sentiasa dimusuhi.

Semua itu tidak akan dapat memadamkan bukti-bukti pengkhianatan musuh-musuh terhadap Islam yang berlanjutan sehingga hari ini.

“Di zaman yang semakin canggih yang kononnya telah mencapai ketamadunan yang tinggi, musuh-musuh Islam hanya bertukar nama watak sahaja. Perwatakan tetap sama, sekadar penjenamaan semula.

“Sejak dari zaman Amr bin Hisham (Abu Jahal), Utbah bin Rabiah, Musailamah Al Kazzab adalah watak-watak antagonis yang kini menjelma kembali dengan muka-muka baru untuk lebih dahsyat lagi menghina dan memfitnah al-Quran.

“Gerakan yang sentiasa berlegar-legar sama ada kita menyedarinya mahupun tidak,” kata Mohd. Meeftah.
Sedangkan mereka sendiri mengakui kebenaran mengenai segala isi kandungan al-Quran, persoalannya mengapa musuh-musuh Islam ini begitu paranoid sehingga sanggup membakar dan menghina al-Quran?

“Mereka menjadi paranoid apabila al-Quran itu boleh menjadi sumber kekuatan kepada sesiapa yang mempercayai dan mengimani kitab suci itu.

“Lalu supaya umat Islam tidak menjadi kuat disebabkan adanya al-Quran, maka kitab itu hendak dibakar supaya kononnya umat itu akan menjadi lemah,” kata Mohd. Meeftah.

Kata Mohd. Meeftah, tindakan mereka itu bukan disebabkan kononnya al-Quran mendalangi keganasan sebagaimana yang mereka tuduh. Tetapi kerana al-Quran telah menyebabkan umat Islam tidak dapat dikuasai atau tunduk di bawah telunjuk mereka.

Tetapi pihak musuh begitu berani menghina al-Quran ekoran perpecahan dan kelemahan umat Islam masa kini.

“Pihak musuh mengambil pelbagai kesempatan kala umat Islam berpecah. Mereka mengambil kesempatan di saat umat Islam tidak mampu untuk membebaskan bumi Palestin dengan membakar masjid dan al-Quran.

“Benar, ayat-ayat al-Quran akan tetap terpelihara sehingga ke akhirat walaupun ia dibakar, direndam atau diperlakukan apa sahaja.

“Tetapi jangan kita salah konsep apabila dikatakan al-Quran tetap kekal terpelihara maka kita tidak perlu melakukan apa-apa, lebih-lebih lagi apabila al-Quran dipijak-pijak dan lain-lain penghinaan.

“Ini samalah apabila kita yakin bahawa rezeki itu daripada Allah, maka adakah itu bermakna kita tidak perlu keluar untuk bekerja? Begitu juga dengan al-Quran.

“Mempertahankannya daripada dihina, daripada dimalukan, daripada difitnah adalah menjadi satu kewajipan kepada umat Islam. Hatta dengan nyawa kita sendiri, sebagaimana kita wajib mempertahankan maruah diri, keluarga dan umat Islam yang lain,” katanya.

5 Petua lahir anak soleh

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
//
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.
Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”
Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.
Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”
Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya

Monday, October 4, 2010

Desak siasat klip video paderi hina Islam di Sarawak

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Seorang penulis blog menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
Zainol Abideen yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) berkata, paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.
“Apakah yang ditunggu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri sehingga paderi berkenaan masih lagi tidak dikenakan tindakan?
“Adakah pihak berkuasa perlu menunggu umat Islam hilang kesabaran dan bertindak sendiri sebelum mengambil tindakan?” katanya dalam blog http://mahaguru58.blogspot.com di sini.
Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia terhadap salah satu klip video selama 10 minit itu, mendapati Benjamin menyampaikan ceramah dalam bahasa Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai ajaran pelik dan bodoh oleh Nabi Muhammad.
Antaranya, dia mendakwa, Rasulullah sebagai orang tua yang bernafsu terhadap kanak-kanak apabila salah seorang daripada 23 isteri baginda berusia enam tahun.
Dia yang mendakwa dilahirkan sebagai orang Melayu berkata, kaum itu dilarang membela anjing kerana menurut Islam malaikat amat takut dan tidak akan melawat rumah yang penghuninya membela haiwan berkenaan.
Dakwaan lain, adalah dosa umat Islam akan diampunkan jika mereka dapat mengucup batu Hajarul Aswad yang berbentuk seperti alat kelamin wanita.

Mas kahwin wajib, hak mutlak isteri

Pernikahan tanpa mahar sah tetapi suami mesti beri bayaran sepadan
SETIAP perkahwinan yang sah adalah berdasarkan rukun nikah terkandung dalam hukum syarak iaitu pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali, saksi, ijab dan kabul. Mas kahwin pula antara syarat dikenakan sebagai mahar diberi atau dijanjikan kepada pengantin perempuan.
Definisi mas kahwin berasal daripada perkataan Arab dan dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-aqd. Menurut istilah syarak, mahar ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Memberi mas kahwin kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah dan mazhab Syafie, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin dianggap sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Ia juga mencerminkan kasih sayang, kesediaan hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga tanda penghormatan suami terhadap isteri. Namun, mas kahwin tidak termasuk rukun nikah atau syarat sah pernikahan. Jika pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan itu tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan).
Mengikut hukum syarak mas kahwin perlu dibayar suami kepada isteri pada masa akad nikah, sama ada wang atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.
Dalil mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah bermaksud: Dan berikanlah kepada perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian (yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian itu sebagai nikmat yang baik lagi lazat. (Surah al-Nisa, ayat 4)
Firman Allah bermaksud: Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (selepas dia menjadi isteri kamu) maka berikan mereka maharnya (ajr) sebagai satu ketetapan yang difardu (diwajibkan oleh Allah Taala). (Surah al-Nisa, ayat 24)
Pada zaman Rasulullah SAW, berlaku kisah seorang perempuan berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama (melakukan persetubuhan), lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan itu diberi mahar misil untuknya.
Ini bermakna, Rasulullah SAW sudah menetapkan mahar atau mas kahwin berdasarkan kemampuan suami. Islam tidak menetapkan kadar serta had maksimum dan minimum mahar bagi wanita.
Ia bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa, suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Namun, Islam menganjurkan kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah SAW menggalakkan kita mempermudahkan mahar dalam sabda bermaksud: Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar). (Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)
Berdasarkan peruntukkan enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, mas kahwin ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hukum syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan. Mas kahwin hak mutlak isteri dan boleh dianggap sebagai hutang jika suami gagal memberikan mas kahwin itu.
Justeru, isteri boleh menuntut mas kahwin di mahkamah jika tidak dibayar sebagai hutang. Keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 4 Tahun 2003 pada 22-24 Ogos 2003 di Shah Alam, Selangor, bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung penambahan dan pindaan kod kes seperti diluluskan Mesyuarat Ketua Hakim Syarie ke-25 dengan meletakkan tambahan Kod Kes Mal di mana mas kahwin diletakkan suatu kod bagi tuntutan baru.
Setiap negeri memberi panduan kadar minimum mas kahwin yang berbeza. Contohnya, Majlis Agama Kedah tidak menetapkan jumlah minimum mas kahwin. Di Selangor, mas kahwin minimum RM300.
Timbul kekeliruan sama ada wang hantaran adalah mas kahwin. Sebenarnya wang hantaran adalah adat Melayu iaitu hadiah daripada suami kepada isteri dan tanda setuju dengan perkahwinan itu.
Hantaran tidak wajib kerana lebih kepada adat dan hukumnya harus. Wang hantaran adalah pemberian ikhlas pengantin lelaki kepada perempuan sebagai mem-bantu menampung perbelanjaan kenduri. Jika bakal suami mahu memberi mas kahwin dan hantaran sekali gus, tidak ada salahnya
Kesimpulannya, mas kahwin wajib kepada suami untuk menunjukkan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap isteri. Ia juga bertujuan menggembirakan dan menyenangkan isteri. Walaupun mas kahwin dijadikan hutang, isteri boleh menuntutnya.

Wanita lamar lelaki amalan terpuji

Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran. 
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.
Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

IKAT PERTUNANGAN...tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya.
IKAT PERTUNANGAN…tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya.
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Makanan McDonalds tidak boleh reput?

 
SACRAMENTO – Satu eksperimen yang membuktikan makanan di restoran McDonald’s tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung di dalamnya.
Seorang jurufoto dari New York membiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang goreng di atas rak di rumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari.
Bagaimanapun sehingga hari ke-137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu.
Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.
Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak akan reput.
Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.

Pemberitahuan

Assalamualaikum...kepada pegunjung yang dikasihi sekalian...ana terpaksa berhenti sementara update blog ni kerana ana kena kembali ke pondok semula...insyallah apabila ana pulang cuti kelak ana akan update semula blog ini...kepada pengunjung setia terima kasih keran terus berkunjung dan terus memberikan semangat...insyallah ana akan cube untuk tulis artikel sendiri pulak selepas ini...buat permulaan ini ana banyak ambil artikel daripada sahabat2 yang rapat...kalau ade salah dan silap harap maafkan lah diri ana yang serba kekurangan ini....assalamualaikum

Friday, October 1, 2010

Berita baik buat para muhibbin habaib



Arif Billah al-Faqih al-Muhaqqiq al-Habib Zain Bin Ibrahim Bin Sumait


Arif Billah al-Musnid al-Habib Umar bin Muhammad Bin Salim bin Hafidz Bin Syeikh Abi Bakar

Pemberitahuan Majlis-majlis Haul al-Qutb Imam al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam



.




Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)
09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis
12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu
14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
Zon Sentral
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)
18 Oktober 2010
Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka
20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan
Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)
22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

Sila pantau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net atau website alhawihttp://www.alhawi.net/