Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Sunday, December 5, 2010

Menyorot pemikiran politik Syeikh Dr. Ramadan al-Buti

29.11.2010 bertempat di Masjid Shah Alam, satu wacana ilmiah telah disampaikan oleh al-fadil Dr. Ramadan al-Buti, seorang ulama berpengaruh daripada Syiria dan pengarang kitab Fiqh al-Sirah yang terkenal. Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia. Malam itu al-Buti telah memperkatakan tentang isu negara Islam dan politik ummah. Di bawah saya catatkan beberapa fakta yang saya kira menarik untuk direnungkan:

1. AL-Buti berkata negara Islam telah ditegakkan pada zaman Rasulullah saw dan Baginda sendiri menjadi pemimpin negara Islam Madinah. Kemudian negara Islam terus dipimpin oleh khulafa al-Rasyidin setelah wafat Baginda. Namun jika ditanya kepada Abu Bakar contohnya adakah beliau memang mahu menjadi pemimpin negara? Tentu jawapannya tidak. Ini kerana, menjadi pemimpin negara bukan tujuan mereka sebaliknya tujuan mereka yang sebenarnya ialah untuk tahqiq reda Allah.

2. Syeikh Ramadan Al-Buti seterusnya menekankan, sebelum menegakkan negara Islam dalam tanahair adalah mustahak ditegakkan terlebih dahulu negara Islam pada diri, keluarga dan rumahtangga. Ini kerana perkara tersebut akan dipersoalkan oleh Allah pada hari kiamat kelak.

3. Syeikh Ramadan Al-Buti turut memperingatkan tentang wujudnya orang yang sibuk bekerja untuk menegakkan negara Islam tetapi pada masa yang sama dia gagal memastikan anak, isteri dan keluarganya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Maka bolehkah ditegakkan negara Islam seperti itu?

4. Beliau menyambung dengan katanya: Untuk menegakkan negara Islam dengan cara menyusun strategi dan perancangan tentangnya tidaklah susah. Namun yang susahnya adalah untuk membangunkan roh dan pengertian (madmun) negara Islam itu ketengah-tengah ummah.

5. Bagi beliau apa yang penting sekarang di saat umat Islam sedang berpecah belah menghadapi pelbagai masalah dan cabaran ialah melaksanakan agenda dakwah dan menyeru manusia menghayati hakikat ubudiyyah.
Itulah sedikit catatan yang dapat saya nukilkan di sini. Cuba kita renung-renungkan wasiat al-Buti yang tersebut

No comments:

Post a Comment