Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Sunday, December 5, 2010

Kenali Pusat Pembangunan Pondok Berhad ( PPPB )



Pengenalan PPPB

Kenali Pusat Pembangunan Pondok Berhad ( PPPB )

Pusat Pembangunan Pondok Berhad atau singkatan namanya PPPB merupakan suatu perbadanan yang telah ditubuhkan pada 2 April 1995 atas inisiatif tuan-tuan guru pondok dan profesional yang berminat

Tujuan utama PPPB adalah untuk membantu pentadbiran pondok-pondok, para tenaga pengajar dan pelajar, membantu membangunkan infrastruktur pondok serta membangunkan sumber ekonomi pondok. Di samping itu juga, PPPB bertanggungjawab menubuhkan Jabhah Pondok, Kulliyyah Pondok Darul Naim dan juga mencari sumber kewangan

Setakat ini, PPPB telah pun mempunyai beberapa buah pondok yang bernaung di bawahnya dan pondok tersebut telah pun menikmati banyak faedah di atas naungan tersebut.

Diharapkan dalam masa terdekat, institusi pondok akan berjaya mengatasi cabaran-cabaran daripada institusi pendidikan yang lain seterusnya berterusan untuk melahirkan bakal-bakal ulama’ dan umara’ demi melihat Islam terus dijulang

Aktiviti PPPB

1. Pembangunan Pondok

Memberi bantuan pentadbiran bulanan kepada pondok naungan

Memberi bantuan infrastruktur kepada pondok naungan

Membangunkan ekonomi pondok

2. Jabhah Pondok Kelantan

Ahli terdiri daripada semua pentadbir pondok naungan

Mengadakan pertemuan 2 bulan sekali

Menyatukan pendapat tuan-tuan guru pondok

Menyelesaikan masalah pentadbiran dan pembangunan pondok naungan

Menjadi saluran untuk menyampaikan pandangan kepada masyarakat umum samada berbentuk dakwah dan sebagainya

3. Kulliyyah Pondok Darul Naim

Menjadi pusat pengajian lanjutan kepada pelajar pondok dan lain-lain

Membuka peluang kepada pelajar pondok untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah samada dalam atau luar negara

No comments:

Post a Comment