Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Sunday, December 5, 2010

DEDAH TAPI RAJIN IBADAH

Orang yang melakukan sembahyang tetapi pada masa yang sama melakukan dosa pula. Itu menunjukkan sembahyang  yang dilakukan itu tidak diterima oleh ALLAH. Sembahyang yang berkesan akan membentuk peribadi mulia dan patuh kepada semua perintah ALLAH.

Tujuan berpakaian dalam ISLAM ada dua:

i)menutup aurat
ii) berhias

Inilah keistimewaan yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. kepada manusia.Sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-A’raf ayat 26 yang bermaksud;

“Hai anak Adam,sesungguhnya Kami telah menurunkan untuk kamu pakaian  yang dapat menutup
aurat dan untuk perhiasan”.

ALLAH S.W.T.  melarang keras pendedahan aurat samaada di khalayak ramai atau duduk terpencil.

Walaupun tidak berniat hendak  menunjuk-nunjuk, pakaian yang mendedahkan aurat tetap haram  walaupun dia dikatakan seorang yang taat. Membuka aurat adalah melanggar perintah ALLAH, maka  melakukan demikian itu tidaklah boleh dianggap dia seorang yang taat. Sekiranya dia taat pasti dia tidak akan melakukan hal-hal yang diharamkan oleh ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment