Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Monday, March 7, 2011

10 amalan sia-sia

Abu Sufian Ats-Tsauri, seorang Ulamak Hadis terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu :
1. Lelaki atau Wanita berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dipohonkannya doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum muslimin.
2. Orang yang membaca Al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat sehari.
3. Lelaki yang masuk ke masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melawat tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa megerjakan solat Jumaat berjamaah.
6. Lelaki atau Wanita tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulamak, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan masing-masing, dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

No comments:

Post a Comment