Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Friday, March 25, 2011

.: MaTi YaNg PaSti :.

.: MaTi YaNg PaSti :.


Mati itu pasti
Benarlah manusia itu
Lidah mudah katakan ini dan itu
Cuma hati yang tidak mahu
Lebih rela mengikut nafsu
Yang sesatnya sudah tentu

peraturan itu bukan menyekat
Hukum itu bukan menghalang
Dicipta untuk melindungi
Diberitahu untuk difahami
Difahami dan dituruti!!
Kerana diri hanya HAMBA HINA
Tersangat HINA di sisiNya
Jika terus diselubungi dosa
Jika terus keras hati dan keras kepala
Jika terus dengan sombong berkata
Kau tidak faham kerana ini hidup aku dan hanya aku yang melaluinya!!

Tetapi kau lupa wahai diri
Hidupnya dirimu kerana SIAPA?
Hidupnya dirimu daripada MANA?
Hidupnya dirimu sampai BILA?
Aku memberitahu bukan kerana aku terbaik
Aku menegur bukan kerana aku sempurna
Aku juga hambaNya yang hina
Kerana kita semua sama disisiNya
Kecuali mereka yang beriman dan bertaqwa
Tingkatan Iman dan Taqwa itu
Ya!
Tingkatan itu yang membezakan kita

Jadi kau mendakwa dirimu hebat dan lebih tinggi tingkat Iman dan Taqwamu berbanding diriku??
Kerana itu kau berani menempelak dan menghukumku kerana aku dilihat seperti tidak beragama??

Tidak!
Aku tidak hebat
Aku bukan menghukum
Aku juga bukan menempelak
Tetapi aku hanya hamba
Hamba Tuan Punya Dunia
Yang dikurniakan kudrat
Nikmat anggota, nikmat rasa,
Aku hanya menyampaikan
Buat mereka yang mahu mendengar
Aku hanya memberitahu
Buat mereka yang mahu memahami
Aku hanya meluahkan rasa
Buat mereka yang mahu berkongsi sama
Kerana hidayah itu milik Allah
Aku juga pendamba hidayah Allah
Kerana kau dan aku hamba
Kerana kita sama!!

Tetapi anggaplah Allah yang menegurmu melaluiku
Anggaplah Allah yang ingin menempelakmu melaluiku
Anggaplah Allah yang ingin menyedarkanmu melaluiku
Kerana setiap kita dibawah pengawasanNya
Dan pasti,

AKU BUKAN TERBAIK
tetapi sekadar berusaha menjadi hambaNya yang baik

No comments:

Post a Comment