
Umno percaya Umno adalah melayu dan melayu itu adalah Umno. Pada ketika itu Sultan dianggap simbol ‘Ketuanan Melayu’. Tetapi pada masa sekarang Umno tidak lagi menggangap Sultan sebagai simbol: Ketuanan Melayu, tetapi mahu Umno menjadi ‘Ketuanan Melayu’ supaya boleh di anggap hero dan lebih releven untuk membela orang melayu.
Pada era zaman Mahathir tidak hairanlah di sebabkan gila kuasa, Umno sanggup mengkhianati Raja-raja dengan menghapuskan kekebalan kuasa raja-raja melayu itu sendiri.
Umno sebenarnya hanya sebuah parti yang hanya pandai mengambil kesempatan menjadi hero segera memerdekakan negara tanpa mengangkat senjata dan menumpahkan darah. UMNO dan Utusan Melayu ketika itu mengambil kesempatan meniup api perkauman dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan memujuk semua bangsa melayu di tanah melayu menyokong mereka bersatu menentang Malayan Union yang di perkenalkan oleh Inggeris.

Penentangan turut timbul daripada Malayan Democratic Union (MDU), iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh kaum cina professional. MDU menentang Malayan Union kerana penubuhannya tidak demokratik dan tidak menyertakan Singapura dalam gagasan itu.

Sungguh menghairankan dan pelik apabila Tuanku Abdul Rahman wakil Parti Perikatan dalam Perjanjian London terus di angkat dan di julang sebagai Hero dan di beri gelaran Bapa kemerdekaan Negara.

Kerja Tuanku di lihat paling mudah, hanya perlu naik kapal terbang pergi ke London utk berunding sahaja dengan pihak Inggeris jika dibandingkan dengan pejuang kemerdekaan yang lain yang sanggup menumpahkan darah dan nyawa mereka sendiri untuk membela rakyat menentang pihak penjajah. Sungguh mudah Perjanjian London termetrai, Apakah Umno sebuah parti agen Inggeris ??
Akibat ketamakan kuasa untuk memerintah, Konspirasi pengkhianatan Umno terhadap parti orang melayu bermula apabila Umno meminta pertolongan dari British untuk melenyapkan dan menghapuskan parti-parti melayu berhaluan kiri yang tidak mengamalkan dasar perkauman. UMNO iri hati dan mahu orang melayu melihat mereka lebih releven dari parti melayu yang lain.
Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan beberapa pemimpin KMM yang lain dipenjarakan oleh British pada hujung tahun 1941 dan mereka di bebaskan semula oleh pihak Jepun Pada tahun 1942. Manakala Samsiah Fakeh terpaksa lari masuk ke hutan dan mengangkat senjata bersama PKM untuk terus berjuang menentang Inggeris. Antara orang melayu yang memimpin PKM ketika itu seperti Abdullah CD, Rashid Maidin, Salleh Majid, Abu samah dan ramai lagi.
Umno pada usia 63 tahun ini sudah nyanyuk dimamah usia, Dasar-dasar Umno semakin lama semakin mengarut sudahlan tulisan jawi tidak terbela, terbaru perlaksanaa PPSMI, pula di lihat sebagai permulaan penghapusan bahasa Melayu secara terancang. Pengkhianatan UMNO terhadap bahasa ibunda sukar di maafkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Baru-baru ini Parti Demokratik Jepun (DPJ) mencipta sejarah apabila memenangi pilihan raya umum Jepun menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang memerintah Jepun hampir terus-menerus selama lima dekat.
Di Asia sejarah sama turut tercipta bebebrapa kali, kekalahan Parti Kongres kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pada 1998 di India. Kekalahan Parti Kuomintang kepada Democratic Progressive Party di Taiwan pada 2000, kekalahan berikutnya Grand National Party kepada Millenium Democratic party di Korea Selatan pada tahun 1997 dan kekalahan Golkar di Indonesia pada 1999.
Di harap wabak kekalahan ini akan terus berjangkit ke Malaysia pada PRU 13 yang akan datang. Kita kurierkan terus UMNO Barisan Nasional masuk ke Muzium dan Arkib Negara sebagai bahan tinggalan sejarah.
No comments:
Post a Comment