Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Sunday, December 5, 2010

Memilih Calon Suami Dan Isteri

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa, dan kebahagian didalam rumah tanga.

Tahukah bagaimana untuk mencapainya dan apakah cirri-ciri yang perlu ada didalam sebuah rumah tanga yang bahagia?
...
PEREMPUAN YANG PATUT DIJADIKAN ISTERI

Sunat bagi mereka yan hendak mendirikan rumah tangga memilih calun isteri yang mempunyi ciri-ciri berikut:

• Perempuan yang beragama lagi soleha kerana sabda Nabi
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau.

Biar perempuan itu miskin atau tidak cantik, yang penting dia beragama, kerana perempuan yang beragama dapat menjaga dirinya dari melakukan pekara yang dibenci oleh suami.

• Perempuan yang sempurna akal, sekalipun cantik tapi akal yang tidak sempurna boleh merosakkan hubungan suami isteri. Mereka yang kurang akal tidak dapat menilai kebaikan yang suami telah beri kepadanya. Kebanyakan orang yang kurang akal adalah mereka yang tiada pendidikan agama.

• Anak dara kerana sabda Nabi
عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ

Nikah lah dengan yang dara-dara kerana mereka itu manis percakapannya, suci rahimnya dan reda dengan yang sedikit.

• Perempuan yang baligh

• Perempuan yang banyak anak diketahui demikian itu dengan segala kerabatnya.

LELAKI YANG PATUT DIJADIKAN SUAMI

Sunat bagi wali perempuan memilih suami anaknya yang mempunyai ciri-ciri berikut

• lelaki yang beragama.

• Bujang (belum pernah berkahwin) • Yang eluk rupanya.

• Yang kuasa mendirikan hak (nafkah dan lainnya)

No comments:

Post a Comment