Assalamualaikum wbt..
"facebook, facebook..."
Hari ini teknologi memperlihatkan perkembangan dari masa ke semasa. fasilitas yang disediakan amat jauh lbih pantas dari fikiran kita sehingga kita tidak mampu untuk mengawalnya dan akhirnya...
..KITA SENDIRI YANG MENJADI HAMBANYA..
Ye, memang kita yakin yang kita tidak berbuat kemungkaran di facebook. tapi,
Adakah kita cukup yakin yang kita tidak terlibat dengan fitnah dunia hari ini??
Adakah kita sedar mengenai fitnah akhir zaman yang semakin menular dalam diri kita setiap hari tanpa kita sedari. kerana apa?
KERANA bila KATA ULAMA tidak didengar, maka inilah jadinya..
Hari ini dunia memperkenalkan kepada masyarakat dunia tentang rangkaian2 yang boleh menghubungkan -orang yang jauh bertambah dekat-.. tapi adakah kita pasti, itu sahaja agenda mengapa laman SOSIAL seperti myspace, friendster & FACEBOOKdiperkenalkan kepada kita??
Mengapa saya besarkan perkataan facebook, walhal ia sama sahaja dengan myspace & friendster?? YA!! itulah jawapannya.. Mari kita lihat pula pada perkataan lain yang saya besarkan juga sebelum perkataan facebook,
.......SOSIAL........ atau so sial? *asif jiddan,gurauan semata2..
Baik, hari ini kita memang perlu bersosial, betul? sy pasti anda semua setuju dengannya. tapi apakah selama ini kita bersosial di landasan yang benar??
Persoalan yang timbul,, eh bukan.. saya rasa, fitnah yang timbul mungkin tidak dijangka2. Adakah kita HIPOKRIT??
Ada pengguna facebook baru2 ini mnyoal saya & dia baru lagi "menceburi bidang facebook" ini. cuma yang bezanya, KITA SENIOR DIA JUNIOR yang mana lbih kurang begini soalannya:
"MENGAPA SAYA BARU NAK MENGGUNAKAN FACEBOOK, TAPI RAMAI PULA YANG MEMANDANG SERONG TERHADAP SAYA??"
lepas tu saya tanya, "dah berapa lama guna facebook?",
"BARU JE.."
...emm..jawapan kepada persoalan die saya jawab panjang dengan beberapa kemungkinan. yang pasti, jika anda seorang perempuan, maka, formula yang dapat dibuat adalah:
PEREMPUAN + FACEBOOK = TIMBULNYA FITNAH!!
formula ni hanya andaian saya semata2 dan terbukti ia benar berdasarkan peringatan2 yang telah didatangkan kepada kita dalam bentuk video dan penulisan seperti link di bawah ini:
http://www.facebook.com/video/video.php?v=144235305611247&ref=mf
**Kenapa perempuan pula? nape miftah tak nak cakap pasal fitnah laki??**
La... saya bukan nak salahkan perempuan. saya tiada niat pn ingin menimbulkan isu perkauman di dalam penulisan saya ni. CUMA, saya nak buat sedikit perbincangan kepada persoalan seseorang tadi kepada saya. jadi kepada kaum hawa, jangan pandang saya sebegitu kerana mungkin lepas ni adanya peluang2 dan ruang2 untuk enti semua menilai balik, DIMANA SILAPNYA PENGGUNAAN FACEBOOK INI...
sahabat2 facebook yang saya hormati,
KUNCI kepada persoalan dia tulah yang menyebabkan saya letakkan perkataan HIPOKRIT di dalam penulisan saya ni kerana MANUSIA ITU ADA MACAM2 KEADAAN; BAIK & TIDAK BAIK..
risolusi kepada perbincangan ni timbulnya beberapa ayat2 seperti di bawah:
1) "weh, aku tgk ko ni pendiam je kat luar, tapi kat DALAM FACEBOOK, macam2 yang ko buat kan.."
2) "weh, aku tgk ko borak2 dgn mamat tu bukan main mesra betul. klu kat luar malu2..tak sangka aku.."
3) "weh, aku tgk ko ni semua dah cantik, bertudung labuh pula tu, tapi kat dalam facebook bukan main mesra aku tgk gambar ko dgn BALAK tu.."
4) "weh, aku tgk setiap hari dia cuit ko dan ko cuit dia balik. hari2 mcm tu. sampai bila nak habis mencuit? sampai kiamat??"
5) "weh, ko chatting dengan siapa tu?? ko kenal ke dia?? amboi mesranya korang. siap bergelak2 seribu kali (hahaha1000x) sampai pecah perut dibuatnya.."
Apa yang saya datangkan kat atas ni hanya ayat saya semata2 yang mana inilah yang menyebabKan seseorang tu dipandang serong. ha, jangan tergelak dengan ayat2 tersebut. walaupun ia hanya rekaan saya semata2, saya pasti ayat2 ini ade bermain2 di dalam fikiran KITA semua. cuba lihat pada ayat di bawah pula..
"la..aku bukannya jumpa & bborak2 depan2 die. kitowang chating dalam facebook je. itupn ko nak kata benda tu pergaulan bebas juga..."
emm..mmg kita rase benda ni biase2 je kan tapi benda & pemikiran yang beginilah yang berada dalam keadaan kritikal. yang perlu dirawat bukan sahaja dari segi hardwarenya, malah softwarenya juga kita perlu rawat. kerana apa?? pemikiran yang beginilah yang akan menyebabkan ZINA itu berlaku dimana2 sahaja.
Ye sahabat facebook sekalian, kalau kita nak cakap pasal zina ni, saya takut anda semua fed-up nak bace penulisan saya nanti. sebab nak cakap pasal zina belum tentu esok dah boleh habis. panjang sangat perbincangannya. cuma apa yang saya nak bagitahu di sini adalah:
<pergaulan bebas boleh berlaku dengan hanya menggunakan facebook>
**miftah,miftah..dari tadi asyik nak salahkan facebook je.kesian facebook tu..**
emm..saya bukan nak salahkan facebook sebab fakta yang tepat dan boleh diterima adalah:
JANGAN SALAHKAN FASILITAS, SALAHKAN PENGGUNA YANG MENGGUNAKANNYA SEHINGGA MENYEBABKAN FASILITAS ITU MEMPENGARUHI DIRINYA..
ok, kita sambung balik tentang pergaulan bebas tadi. ye sahabat2 facebookku sekalian, kita tahu sesungguhnya Allah swt telah melarang untuk kita mendekati zina. itu kita sedia maklum. maka, sedar atau tidak sedar, pergaulan seperti di facebook ni termasuk dalam pergaulan bebas secara tidak langsung yang mana ia juga boleh membawa kepada berlakunya perkara2 yang kurang baik.
**nama pn laman sosial miftah, mestilah pergaulan terbuka secara tidak langsung tu berlaku. tapi kitowang borak dengan sesama jantina je..**
Alhamdulillah.. lega hati bile dengar statement macam tu. tapi bagaimana pula dengan mereka yang berborak berlainan jantina?? apa yang saya harapkan, jangan sampai OVER bile berbual tu. kerana kita masih ade agama. Ibu saya cakap, orang yang ada agama dan tahu kenapa agama itu ada dalam diri dia, dia takkan menzalimi diri dia dan orang lain untuk melakukan perkara yang tidak baik..
KATA-KATA AKHIR:
waahh.. seronok betul ye kalian semua bila perkataan KATA-KATA AKHIR dah terkeluar. sebagai penutup kepada penulisan saya ni, saya datangkan ayat dari ibu saya, "dibagi kemudahan jangan disalah guna, jangan leka. bila masuk waktu solat, terus solat.".. dan saya pasti ibu2 anda semua ada mengatakan perkara yang sama juga..
NAK ON9 FACEBOOK??
TIDAK SALAH selagi mana penggunaan kita berada di landasan yang benar. saya harap video sebentar tadi memberikan kita gambaran supaya selepas ini kita lebih jelas apa langkah seterusnya yang harus kita lakukan untuk memastikan tiada perkara2 yang boleh membawa kepada pertambahan dosa kita.jadikan facebook ni satu medium dakwah untuk kita bersama2 bangkit menuju kehidupan yang lebih baik.
Saya minta maaf kerana penulisan saya kali ni tidak didatangkan bersama2 dengan ayat quran atau hadis nabi. mungkin anda ingat penulisan saya ini hanya "celoteh" saya semata2. ye, saya ni hamba yang hina, tapi apa yang saya harapkan selepas anda semua baca penulisan saya ni, saya mahu anda tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran saya tentang facebook samada baiknya ia dan buruknya ia kepada kehidupan kita..
Kata ustaz ___________ yang mengajar kami, "orang syariah ni tahunya hukum oraanngg je" dalam nada beliau yang sedang berjenaka. huhu (^_______________________^).. adenya syariat islam untuk memberi garis panduan kepada umat2nya supaya berada dalam keadaan yang baik2 belaka, jauh dari ruang2 yang boleh membawa kepada kemungkaran. kita sebagai umatnya WAJIB menerima syariat islam & MENGHARGAINYA dengan mengamalkannya dalam kehidupan kita. BARULAH KITA SERONOK NAK ONLINE FACEBOOK..
*tengah dengar lagu mestica -kembali gemilang- ..tu yang yang bersemangat menulis tu..huhu*
Siapa lagi yang akan memperjuangkan DAKWAH, memperjuangkan SYARIAT ISLAM kalau bukan kita?
Orang kata umat islam hari ni tenat disebabkan mereka lemah,, BETUL KAH?
AYUH sahabat2 sekalian, peganglah kata2 nabi, Sampai2kanlah apa2 yang datang dari nabi walaupun sepotong ayat!!
No comments:
Post a Comment