Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah
Ogos 25, 2010Dr Osman Nasir | |
Kita kini masuk kepada nisfu kedua bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun 1430H. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain. Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu. Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi. Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan. Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma. Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit. Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita. Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur. Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga. Solat fardu Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng. Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib. Solat tarawih Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak ‘slow’ sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal. Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain. Mengaji al-Quran Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan. Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, ‘MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK’ atau seperti komputer yang diberi isiannya. Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja. Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk. Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar. Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini. Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah. – mks. _ |
Adakah ayam kita makan disembelih ikut syarak
Ogos 24, 2010Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Peagawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.
Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.
Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis iniAyam ini kami dapat katBeringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;
Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.
Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.
Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses
Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)
Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam.
(KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.
Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum dimbelih.
Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.
TERSEDIA UNTUK DIPASARKAN
Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP
Kalau Takut Dipukul Badai…Usah Berumah Di Tepi Pantai…
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL
Ogos 24, 20101. Bangkit Dari Tidur dan Doanya
Seorang muslim itu sayugialah bangkit dari tidur malamnya pada waktu sahur, iaitu kira-kira sepertiga akhir malamnya dan terus membasuh muka serta bersugi giginya, lalu membaca :
الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي رَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وَعَافَانِيْ فِي جَسَدِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي خَلَقَ النَّوْمَ وَالْيَقَظَةَ , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي بَعَثَنِيْ سَالِمًا سَوِيًّا ، أَشْهَدُ أَنَّ اللهَ يُحْيِ الْمَوْتَى , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ، سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ , وَاللهُ اَكْبَرُ , وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ , سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِيْ , وَأَسْئَلُكَ رَحْمَتَكَ. رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِي بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي وَهَبْ لِي مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ.
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan aku mengingatinya.
Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan aku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Aku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang yang mati, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu bagiNya, yang empunya pemerintahan dan kepujian, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.
Maha suci Allah, dan segala puji itu bagi Allah, dan tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan Allah itu Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua, Maha Suci Engkau , Ya Allah ! Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku pohon rahmatMu ya Allah. Ya Allah ! Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaMu, dan janganlah condongkan hati aku dari kebenaran setelah Engkau kurniakan hidayah padaku, dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat dari sisi kemurahanMu, dan bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat banyak memberi.
2. Baca Sebelas Ayat Akhir dari Surah Ali Imran
Bila selesai membaca doa-doa yang tersebut di atas, pandanglah ke langit, atau jika di dalam rumah, pandanglah ke atas, dan sambil itu-jikalau tidak berhadas besar-bacalah ayat-ayat seratus sembilan puluh (190) hingga ayat dua ratus (200) dari surah Ali Imran , Iaitu :
(190) إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ َلآيَاتٍ ِلأُولِي الأَلْبَابِ
(191) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(192) رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
(193) رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
(194) رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(195) فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
(196) لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ
(197) مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
(198) لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ
(199) وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ .
(200) يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ .
Makna dan Maksud ayat-ayat :
190-Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
191-(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
192-Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
193-Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
194-Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.
195-Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.
196-Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
197-(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
198-Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
199-Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
200-Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
3. Ketika Pakai Pakai Kain
Ketika memakai kain bacalah doa ini :
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ . اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا هُوَلَهُ وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ .
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang memakaikan aku pakaian ini pada badanku dan memberinya akan aku tanpa upaya dan daya kekuatan dariku. Wahai Tuhan kami ! Aku pohon kepada Engkau kebaikan pakaian ini, dan kebaikan tujuannya, dan aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan kejahatan tujuannya.
4. Qadha Hajat
Kemudian daripada itu, jika ada rasa hendak Qadha hajat, maka pergilah ke tandas dengan memakai alas kaki dan tutup kepada. Sewaktu memasuki tandas hendaklah didahulukan langkah kaki kiri.
Ketika hendak masuk ke tandas-iaitu pada masa masih lagi berada di luarnya –bacalah :
بِسْمِ اللهِ . اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ . أَعُوْذُبِكَ مِنَ الرِّجْسِ النَّجَسِ الْخَبِيْثِ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ .
Maksudnya : Dengan Nama Allah. Hai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau dari kejahatan dan tipu daya syaitan. Hamba berlindung dengan Engkau dari kekotoran yang najis, yang keji lagi merosakkan, iaitu syaitan yang terkutuk.
Dan ketika keluar dari tandas hendaklah dengan mendahulukan kaki kanan. Sebaik-baik sahaja keluar darinya bacalah :
غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَذْهَبَ عَنِّي مَا يُؤَذِّيْنِيْ وَأَبْقَى عَلَيَّ مَا يَنْفَعَنِي
Maksudnya : Ya Allah ! Aku pohon keampunan Engkau. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghilangkan daripadaku akan apa yang menyakiti aku dan mengekalkan apa yang manafaat bagiku.
Selepas beristinjak bacalah pula :
اَللَّهُمَّ طَهِّر قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ الْفَوَاحِشِ
Maksudnya :Wahai Tuhanku sucikanlah hatiku daripada berpura-pura (Nifaq) dan peliharalah faraj (kemaluan) ku daripada segala yang keji.
Masa duduk Qadha hajat atau buang air di tempat terbuka, sayugialah jangan mengadap atau membelakangi ke arah kiblat, malah di dalam jamban atau tandas pun elok juga diamalkan begitu, jika boleh.
5. Bersuci di Rumah Lebih Afdhal
Kemudian daripada itu, jika ada kemudahan tempat bersuci atau bilik air di rumah, maka lebih baiklah (afdhal) bersuci-samada mandi atau berwudhu’- di rumah sendiri daripada melakukannya di Masjid atai lain-lain tempat awam. Dan di waktu bersuci hendaklah bersuci dengan cara yang paling sempurna , iaitu dengan berbuat segala sunat dan adab-adabnya.
Sesudah selesai bersuci bacalah :
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ , وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .
Maksudnya : Wahai Tuhanku !Jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah hamba ini dari kalangan orang-orang yang bersuci, dan jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang soleh. Maha suci Engkau , wahai Tuhanku ! Dan dengan kepujian Engkau aku mengakui tiada tuhan melainkan Engkau. Aku pohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau. Dan telah memberi rahmat oleh Allah di atas penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan telah memberi selamat sejahtera.
Selanjutnya bacalah pula surah Al-Qadr iaitu : Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr hingga akhirnya, dan kemudiannya berdoa dengan bacaan :
اللَّهُمَّ اغْفِِرْلِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِي فِيْ دَارِيْ وَبَارِكْ لِي فِيْ رِزْقِيْ وَلاَ تَفْتِنِّيْ بِمَا زَوَيْتَ عَنِّيْ .
Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Ampunilah bagiku akan dosaku, berilah keluasan bagiku pada rumahku, dan berkatilah bagiku pada rezekiku, dan janganlah Engkau memfitnahkan aku dengan apa yang Engkau telah ketepikan daripadaku.
6. Dua Rakaat Sunat Wudhu’
Berikutnya, sembahyangilah dua rakaat dengan berniatkan sembahyang sunat wudhu’. Dan jika kebetulan di dalam di Masjid maka disampingkannya berniat juga sunat tahiyat Al-masjid.
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama di dalam sembahyang ini bacalah :
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
(النساء : 64)
Maksudnya : Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Kemudian membaca (3 kali) : أستغفر الله ertinya : Aku pohon ampun daripada Allah.
Kemudiannya baca lagi surah Al-Kafirun. Iaitu : قل ياأيها الكافرونhingga akhirnya.
Selanjutnya selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah pula :
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
(النساء : 110)
Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
7. Wirid Lepas Sunat Wudhu’
Selepas memberi salam sunat wudhu’ ini, bacalah wirid berikut ini sebanyak sepuluh kali tiap-tiap satunya iaitu :
1) اللهُ أَكْبَرُ Allah Maha besar
2) اَلْحَمْدُ ِللهِ Segala puji itu bagi Allah
3) لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله Tiada Tuhan melainkan Allah
4) أَسْتَغْفِرُ الله Aku mohon ampun kepada Allah
5) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya
6) سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسُ Maha Suci Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan tertinggi, lagi Maha Quddus.
7) اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا وَضِيْقِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau daripada kesempitan hidup di dunia dan daripada kesempitan pada hari kiamat.
Peringatan
Selanjutnya bacalah : إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْض Iaitu ayat 190 hingga 200 surah Ali Imran jika masih belum dibaca selepas membaca doa bangkit daripada tidur tadi.
8. Sembahyang Witir
Apabila selesai segala-galanya dikerjakan dengan seelok-eloknya, maka mulalah mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. Manakala rakaat yang terakhir- iaitu rakaat sebelas- dengan satu rakaat satu salam.
Lafaz niatnya ialah :
أُصَلِّي سُنَّةَ مِنَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Bagi yang ke sebelas :
أُصَلِّي سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
9. Bacaan-bacaan Dalam Witir
Bacaan-bacaan dalam sembahyang sunat witir samalah seperti bacaan-bacaan di dalam lain-lain sembahyang juga, termasuklah doa iftitah, fatihah, tahiyat, tasbih dan lain-lainnya. Manakala bacaan ayat-ayat pula terserahlah kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing jua, tetapi yang sebaik-baiknya bagi yang hafal (hafaz) Quran hendaklah dibaca pada tiap-tiap rakaat itu dua atau tiga maqra’ atau lebih ataupun kurang, dimulai daripada awalnya hingga khatam Quran yang tiga puluh juzu’ itu dalam beberapa malam.
Yasin, Ad-Dukhan, Tabarakallazi atau lainnya. Dan jika tidak hafal surah yang panjang-panjang, bolehlah dibaca surah A-Ikhlas dengan diulang-ulang sebanyak sepuluh kali atau lebih ataupun kurang mengikut sekira-kira minat dan cergasnya jua.
Apa yang tersebut ini ialah mengenai lapan rakaat yang mula-mulanya. Adapun tiga rakaat yang terakhir, maka sayugialah dibaca apa yang warid jua, iaitu sayugialah pada rakaat yang kesembilan dibaca surah Al-A’la (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلأَعْلَى ) , pada rakaat yang kesepuluh surah Al-Kafirun (قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ) dan pada rakaat yang terakhir surah Al-Ikhlas (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ) dan juga المُعَوِّذَانِ iaitu kedua-dua قُلْ أَعُوْذُ.
10. Baca Qunut
Pada satu rakaat yang terakhir atau rakaat penyudahnya, iaitu rakaat “witir” itu elok dibaca qunut seperti sembahyang subuh. Ini adalah dikira elok serta diamalkan oleh satu kumpulan ulamak, manakala setengah ulamak lain pula mengatakan sunat dibaca qunut witir itu hanya pada malam-malam setengah yang akhir daripada bulan ramadhan sahaja.
11. Bacaan Sunat
Sebagaimana di dalam sembahyang-sembahyang fardhu , begitulah juga di dalam sembahyang sunat witir ini pun elok dan sayugia dihormati-jangan diabaikan- segala bacaan-bacaan sunat, termasuk bacaan-bacaan tambahyang pada hujung doa iftitah, tasbih, rukuk, sujud dan sebagainya. Di antaranya.
a) Bacaan dihujung doa iftitah –
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ , تَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ , اللَّهُمَّ بَاعِدْنِي بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَا كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ . الَلَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالْبَرَدِ .
b) Bacaan dalam rukuk selepas tiga kali membaca tasbihnya
اَللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ , وَلَكَ أَسْلَمْتُ , خَشَعَ لَكَ سَمْعِيْ وَبَصَرِي وَمُخِّي وَعَصَبِي وَشَعْرِي وَبَشَرِي وَمَا اسْتَقَلَّتْ بِهِ قَدَمِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي , سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ , سُبْحَانَ ذِيْ الْجَبَرُوْتِ وَالْمَلَكُوْتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ .
c) Bacaan dalam I’tidal
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ مِلْءَ السَّمٰوَاتِ وَمِلْءَ الأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ .
d) Bacaan dalam sujud kemudian daripada tasbihnya tiga kali
َاللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ , وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ , وَأَعُوْذُبِكَ مِنْكَ , لاَ أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ , أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهً وَجُلَّهُ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ سِرَّهُ وَعَلانِيَّتَه ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَنَّا َوَبِحَمْدِكَ , اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ.
e) Bacaan di Akhir Tasyahhud
َاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ . كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّم وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ . اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ . اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا كَبِيْرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ فَاغْفِرْلِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ , اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ .
Perhatian :
Di dalam sujud itu bolehlah bermohon kepada Allah dengan apa-apa permohonan yang diingini , lebih daripada yang tersebut di atas, kerana sehampir-hampir hamba Allah kepada Tuhannya ialah ketika ia sedang di dalam sujud.
Segala zikir yang tersebut di atas itu sayugialah seberapa bolehnya dibaca pada tempatnya masing-masing. Tetapi jika belum dihafal atau tidak mampu dibaca di dalam rukuk dan sujud kerana ada penyakit atau sebagainya, maka janganlah pula dijadikan alasan sampai tidak berwitir langsung, malah buatlah setakat yang termampu.
12. Bacaan Selepas Witir
Sebaik sahaja memberi salam rakaat yang terakhir dari sembahyang witir itu bacalah :
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسٌ (3 kali) سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ ، جَلَّلْتُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ بِالْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ , وَتَعَزَّزْتُ بِالْقُدْرَةِ ، وَقَهَرْتَ الْعِبَادَ بِالْمَوْتِ , اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ , وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ , لاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ .
Dan kemudian selepas itu bacalah lagi :
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين(empat pulut kali).
13. Jaminan Keampunan
Diantara itu banyakkanlah di dalam hati akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Allah Azzawajalla turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir, maka ia berfirman : sesiapa yang berdoa kepada Aku akan perkenankan, sesiapa yang meminta, akan Aku beri, sesiapa yang meminta ampun kepadaKu akan Aku ampunkannya”.
Sila lihat maksud hadis ini pada muka lima dalam risalah ini.
Seterusnya berdoalah dengan apa-apa doa, pohonlah akan apa-apa permohonan dan mintalah ampun akan apa-apa kesalahan, insyaAllah akan dikabulkan Tuhan.
Segala doa sayugialah dimulai dengan Alhamdulillah dan Selawat ke atas Rasulullah, demikian juga pada penutupannya.
Perhatian :
Segala amalan sunat tersebut itu – jika ada kemudahan di rumah- elok dan lebih akmal dikerjakan di rumah, kerana megerjakan segala nawafil atau sembahyang sunat tambahan di rumah itu adalah lebih afdhal kerana tertutup dari pandangan ramai dan lebih terjamin dari dilanda perasaan riya’ atau bangga diri. Bagaimana pun hal ini terserahlah kepada keadaan masing-masing jua. Kalau di Masjid juga terselamat, bolehlah di Masjid.
14. Keluar Masjid
Selepas itu kalau ada kemudahan Masjid, keluarlah dari rumah menuju ke Masjid dengan mendahulukan langkah kaki kiri, sambil membaca :
بِسْمِ اللهِ آمَنْتُ بِاللهِ وَتَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ . اللَّهُمَّ إني أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ أُجْهَلَ . اللَّهُمَّ بِحَقِّ السَّائِلِيْنَ وَبِحَقِّ الرَّاغِبِيْنَ إِلَيْكَ مَمْشَايَ هَذَا إِلَيْكَ , فَإِنِّيْ لَمْ أَخْرُجَ اَشَرًا وَلاَ بَطَرًا وَلاَ رِِيَاءً وَلاَ سُمْعَةً , بَلْ خَرَجْتُ اِتِقَّاءَ سَخَطِكَ وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ . أَسْأَلُكَ أَنْ تُعِيْذَنِي مِنَ النَّارِ وَتُدْخِلَنِيْ الْجَنَةَ.
Maksudnya :
Dengan nama Allah, telah aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah, dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu dari aku ini menjadi seorang yang sesat atau disesatkan, atau aku terpesong atau dipesongkan, atau aku menzalimi atau dizalimi, atau menjadi orang bodoh atau dibodohkan. Wahai Tuhanku ! Demi hak orang-orang yang memohon dan demi hak orang-orang yang meminati Engkau, perjalananku ini adalah menuju kepada Engkau. Sebenarnya aku keluar rumah ini bukanlah sebagai orang hilang pedoman, seorang tak mengenang budi, seorang yang bangga diri (riya’) dan bukan pula seorang yang mencari kemegahan, bahkan aku keluar kerana mengelak dari kemurkaanMu dan kerana menuntut keredhaanMu. Aku mohon semoga Engkau lindungi aku dari api neraka dan Engkau masukkan aku ke dalam syurga.
15. Doa Apabila Hendak Masuk ke Masjid
Apabila sampai di pintu Masjid maka baca pula :
أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. اَلْحَمْدُ ِللهِ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمْ ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَسَهِّلْ لِيْ أَبْوَابَ رِزْقِكَ.
Maksudnya :
“Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha Besar, dengan wajahNya yang Mulia dan dengan kesultananNya yang qadim daripada syaitan yang terkutuk. Segala puji itu bagi Allah. Wahai Tuhanku ! rahmatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad itu dan sejahterakanlah. Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagimu segala dosaku, dan bukalah bagiku segala pintu rahmatMu , dan mudahkanlah juga bagiku memasuki segala pintu rezekiMu !.
Kemudiannya sambil membaca Bismillah … masuk ke dalam masjid dengan langkah kaki kanan dahulu. Demikian juga apabila keluar daripada masjid pun dibaca bagaimana bacaan di atas juga , kecuali
أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Itu ditukar dengan
أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَأَعِذْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ وَجُنُوْدِهِ ,
Yang bererti : Bukakanlah bagiku segala pintu kelebihanMu dan lindungilah aku dari angkara syaitan dan bala tenteranya.
16. Niat I’tikaf dan sunat tahiyat Al-Masjid
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah berniat i’tikaf. Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, maka bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah diulangi lagi membaca :
أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ,
Kemudian langsung terus mengerjakan sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid dua rakaat sebelum lagi duduk.
17. Zikir Selepas Tahiyat Al-Masjid
Kemudian daripada selesai sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid itu bacalah :
رَبِّ اغْفِرْلِي ، وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ (100 kali).
Maksudnya : “Ya Tuhanku ! Ampunilah bagiku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau ialah Tuhan yang amat menerima taubat lagi amat mengasihani”.
Selepas itu bergiatlah lagi dengan lain-lain Istighfar atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan fajar atau bang subuh.
18. Menjawab Azan
Apabila mendengar azan subuh hendaklah menjawabnya dengan ucapan yang serupa seperti yang diucapkan oleh Muazzin (tukang bang) itu, melainkan pada katanya
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Maka bagi yang mendengarnya menjawab dengan kata
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
Begitu juga bila muazzin kata :
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata :
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
Adapun pada azan subuh, bila muazzin kata
الصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ
Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata
صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ
Manakala ucapan-ucapan yang lain , maka ikutlah betul-betul seperti ucapan muazzin itu, dengan suara perlahan sekadar didengar oleh diri sendiri dan oleh orang-orang di sebelah menyebelahinya sahaja.
19. Doa Selepas Azan
Selepas daripada selesai menjawab azan itu bacalah :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمْ . اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ . اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ . اَللَّهُمَّ هَذَا إِقْبَالُ نَهَارِكَ وَإِدْبَارُ لَيْلِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَائِكَ فَاغْفِرْلِي .
(البقرة :136)
20. Sembahyang Sunat Subuh
Kemudian daripada itu, sembahyanglah sunat subuh dua rakaat . Dibaca selepas fatihah rakaat yang pertama ayat :
قُولُوا ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Seterusnya bacalah اَلَمْ نَشْرَحْ hingga akhirnya dan قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ hingga akhirnya.
Dan kemudian daripada fatihah rakaat yang kedua dibaca pula :
قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
(آل عمران : 64)
Seterusnya dibaca pula اَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ hingga akhirnya danقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ hingga akhirnya.
Jika tidak hafal ayat-ayat yang tersebut, bolehlah dibaca قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ pada rakaat yang pertama dan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ pada rakaat yang kedua.
21. Zikir Selepas Sunat Subuh
Setelah sembahyang Sunat Subuh itu bacalah :
أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليك tiga kali
Dan jika hari itu hari jumaat, maka diulangi baca tiga kali lagi dengan ditambah
العظيم
Iaitu
أستغفر الله العظيم …
Hingga akhirnya dan kemudian baca
اَللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ وَإِسْرَافِيْلَ وَعِزْرَائِيْلَ وَرَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجِرْنِيْ مِنَ النَّارِ (3 kali) ,
Dan kemudiannya baca pula
شَهِدَ اللهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُولُوا الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ . لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ وَأَنَا أَشْهَدُ بِمَا شَهِدَ اللهُ بِهِ وَأَشْهَدُ عَلَى ذَلِكَ وَأَسْتَوْدِعُ اللهَ هَذِهِ الشَّهَادَةَ وَهِيَ لِيْ عِنْدَ اللهِ وَدِيْعَةٌ أَسْأَلُهُ حِفْظَهَا حَتَّى يَتَوَفَّانِي عَلَيْهَا .
Kemudiannya baca
يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ 40 kali
Dan kemudiannya lagi :
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 100 kali
Jika ada kesempatan sebelum mendengar iqamat (qamat) atau bersendirian di rumah, bacalah lagi zikir-zikir di bawah ini, tiap-tiap satunya sepuluh kali iaitu :
سُبْحَانَ الله
Maksudnya : Maha Suci Allah
لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله
Maksudnya : Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah
اَلْحَمْدُ ِلله
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah
أَسْتَغْفِرُ الله
Maksudnya : Aku pohon ampun kepada Allah
22. Menjawab Iqamat
Bila mendengar iqamat untuk mendirikan jemaah sembahyang fardhu subuh, maka jawablah iqamat itu dengan mengikut kata-kata yang diucapkan oleh juru iqamat seperti pada jawab azan juga, kecuali bila juru iqamat kata :
قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ
Maka yang mendengarnya menjawab :
أَقَامَهَا الله وَأَدَامَهَا
Dan kemudiannya membaca :
اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ , صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل مُحَمَّدٍ وَسَلِّم . وَآتِهِ سُؤْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ . رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْ رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَاءَ . رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ . اَللَّهُمَّ آتِنِيْ أَفْضَلَ مَا تُؤْتِىْ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
23. Bacaan-bacaan Sunat
Kemudiannya baca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاس hingga akhirnya. Dan seterusnya kerjakanlah sembahyang fardhu subuh dengan berniat mengikut Imam atau menjadi Imam atau bersendirian mengikut keadaannya. Segala bacaan-bacaan sunat- disamping bacaan-bacaan wajib –seperti doa iftitah, tasbih-tasbih rukuk dan sujud serta doa-doa hujungnya dan lain-lain zikir lagi hendaklah seberapa boleh dibaca kesemuanya.
24. Bacaan Selepas Sembahyang
Selepas memberi salam sembahyang fardhu subuh dan juga selepas memberi salam sembahyang fardhu maghrib khasnya, bacalah :
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ(10 kali)
اَللَّهُمَّ أَجْرْنِي مِنَ النَّارِ (7 kali)
أَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ (3 kali)
Dan seterusnya kemudian daripada sembahyang subuh dan maghrib , serta juga kemudia daripada lain-lain sembahyang fardhu, bacalah
أَسْتَغْفِرُالله (3 kali)
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ , تَبَارَكْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ .
اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَالْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ . اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ , وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ . سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَعْلَمُ قَدْرَهُ غَيْرُهُ وَلاَ يَبْلُغُ الْوَاصِفُوْنَ صِفَتَهُ . سُبْحَانَ رَبِّيْ الْعَلِّيِ الأَعْلَى الوَهَّابِ .
Dan kemudiannya
سُبْحَانَ اللهِ (33 kali)
اَلْحَمْدُ ِللهِ (33 kali)
اَللهُ أَكْبَر (33 kali)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ . لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ(100 kali)
Bagaimana pun , kalau ada sesuatu urusan yang perlu disegerakan ataupun uzur, maka bolehlah zikir yang tersebut ini dibuat secara ringkas. Iaitu dibaca:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَاللهُ أَكْبَر (sebanyak 11 kali sahaja)
Peringatan :
Berikutan dari wirid yang tersebut di atas, jika suka dan ada kelapangan, elok juga diteruskan dengan wirid-wirid yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang, iaitu yang bermula dengan وإلهكم hingga berakhir bertahlil itu.
25. Penutup
Selepas itu sebagai penutup, berdoalah kepada Allah dengan apa-apa doa yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang atau apa-apa doa jua bagi memohon apa-apa kehendak bagi kepentingan dunia dan akhirat. Dan jika mengikut imam, maka berwiridlah mengikut wirid imam dan mengaminkan doa yang dibaca oleh imam itu.
Sekian, Wallahua’alamPuasa latih kawal diri
Ogos 23, 2010BULAN karnival ibadat kembali lagi. Pasti ramai yang menanti dan merinduinya selepas sekian lama menghilang.
# Apa tidaknya, bulan yang sarat dengan tawaran istimewa yang tiada pada bulan lain. Di dalamnya ada keampunan, kasih sayang, kesihatan dan seribu rahmat lain akan dinikmati mereka yang memburunya. Kita sebenarnya perlu bersyukur dengan nikmat agama Islam yang mewajibkan puasa. Walaupun kita letih dan lapar, sangat banyak pengajaran dan hikmah yang kita pelajari daripada ibadat tertua ini. Rupanya, puasa menghantar satu isyarat bahawa kita ada potensi cukup kuat untuk menguasai diri.Apa dia kekuatan itu? Betulkah kita kuat? Ya! Kita memang ada kekuatan. Kalau nak tahu kekuatan menguasai diri, cuba fikirkan setiap hari kita berpuasa kita tidak makan berjam lamanya. Kita semua tahu makanan adalah keperluan asasi dalam kehidupan. Orang sanggup mati demi untuk makan. Orang sanggup berperang, gadai maruah, malah sanggup buat apa saja. Bayangkan dalam masa berbelas jam itu kita boleh menahan diri daripada mengambil makanan. Kita boleh sabar hingga masa berbuka. Ketika berlapar makanan depan mata, kalau kita nak makan kita boleh makan senyap-senyap, ketika berkumur kita boleh kalau nak teguk air, bukan ada orang tahu pun. Kalau orang lain teguk kita pun tak tahu. Tapi tak buat itu semua kerana membatalkan puasa kita.
Dua perkara kita belajar daripada apa yang dikemukakan di atas. Pertama, kalau kita sudah boleh menahan daripada makanan asasi dalam kehidupan sudah tentu perbuatan yang tidak asasi apa lagi yang memudaratkan kita. Mengumpat bukannya perkara asasi dalam kehidupan. Tidak pernah berlaku dalam hidup kita seseorang dimasukkan ke hospital sebab sudah dua minggu tidak mengumpat. Makanan yang sangat perlu dalam kehidupan boleh kita tinggalkan apa lagi merokok yang sangat membahayakan sudah tentu kita boleh ‘say good bye’ kepadanya. Elok tinggalkan saja. Memang kita boleh tinggalkan, apa tidaknya makanan asasi dalam kehidupan boleh ditinggalkan ini pula yang membahayakan nyawa. Pendek kata segala sifat kotor dan keji boleh dihindari dengan belajar daripada kekuatan puasa. Kedua, kita tidak berani hendak minum air ketika puasa sebab kita rasa Allah yang Maha Melihat memerhatikan kita. Manusia tidak mampu memerhatikan kita pada setiap tempat. Perasaan serupa sepatutnya membuatkan kita berasa sentiasa ‘diintip’ oleh kamera langit, menyebabkan kita takut diketahui dan dicatatkan, apa lagi nanti dibentangkan di Padang Mahsyar. Inilah antara benteng yang menghalang kita melanggar perintah Allah iaitu perasaan malu.
Dalam satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadan Allah akan mengharamkan tubuhnya daripada disentuh api neraka.” Sekiranya hendak lihat gembira yang betul menyambut Ramadan lihatlah cara kita melayani Ramadan. Cara kita melayani puasa, cara kita membaca al-Quran, cara kita bertarawih itulah kayu ukurnya. Kalau kata gembira sambut Ramadan tetapi puasa tidak cukup atau puasa yang tidak berkualiti, gembira itu tidak tepat. Puasa hanya hendak penuhkan perut. Siang hari separuh mati sebab terlalu lapar manakala malam, apabila berbuka separuh mati pula sebab terlalu kenyang. Ada pula puasa belum ke mana-mana tapi sudah hendak beraya. Perkara yang membatalkan puasa dijaga betul-betul tetapi yang membatalkan pahala puasa tidak dijaga. Itu puasa adat bukannya ibadat. Justeru, antara persiapan yang patut kita lakukan ialah; Berdoa kepada Allah supaya Ramadan kali ini kita sempat dan berazamlah untuk melakukannya dengan terbaik.
# Bacalah buku fekah mengenai hukum berpuasa sama ada mengenai sah dan batalnya, perkara makruh puasa. Baca juga cara Rasulullah berpuasa.
# Saling ucap tahniah melalui SMS pada teman, keluarga dan ibu bapa di kampung.
# Kepada mereka yang ada penyakit dan rutin memakan ubat perlu mendapatkan nasihat doktor.
# Ziarah kubur menimbulkan keinsafan, bertuahnya kita kerana masih ada peluang hidup dan mendorong untuk bersungguh-sungguh berpuasa berbanding dengan si mati yang kita ziarah.
FADHILAT BUAT JAMUAN BERBUKA
Ogos 23, 20101. Daripada Anas telah berkata: talah ditanya Wahai Rasulullah! apakah sedekah yang lebih afdhal? sabda S.A.W yang bermaksud :Sedekah pada bulan Ramadhan
- Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi -
2. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.
- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-
Pengajaran hadis
1. Memberitahu kita mengenai kelebihan bersedekah pada bulan Ramadhan.
2. Bagi mereka yang membuat jamuan berbuka maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa menjejaskan pahala orang yang berpuasa itu(tetamu).
3. Digalakkan agar kita membuat jamuan kepada orang yang berpuasa.
4. hadis juga menekankan berkenaan kelebihan bagi mereka yang menyiapkan segala kelengkapan bagi mereka yang keluar berperang iaitu dia akan mendapat pahala sebagaimana mereka yang keluar berperang.
5. Dalam mengadakan jamuan, kita dilarang membazir malah kita hendaklah melakukannya mengikut kemampuan yang ada.
Bibiografi
1. Fadhailul Awqat oleh imam Baihaqi
Masjid Ashab lambang toleransi agama
Ogos 22, 2010Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
BANDAR Quanzhou (sebut Quenchow) yang terletak dalam wilayah Fujian, tenggara China mungkin suatu kawasan yang kurang popular bagi kebanyakan pelancong ke negara itu.
Tarikannya tidak seberapa dan ia juga bukanlah destinasi membeli-belah yang popular. Atas faktor tersebut, bandar ini agak terpinggir dari segi kedatangan pelancong luar jika dibandingkan dengan lain-lain tempat di negara itu.
Bagaimanapun, kesempatan penulis mengunjungi bandar yang digelar Zaitun oleh pelayar terkenal Marco Polo memberi satu pengalaman dan iktibar yang bukan sedikit.
Suatu ketika dulu, Quanzhou merupakan titik mula Laluan Sutera (Silk Route) maritim yang sangat penting. Bandar itu dikenali sebagai antara pelabuhan terpenting dunia Timur ketika itu. Ia menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia terutama dari Asia Barat dan Eropah.
Kedatangan pedagang dari negara Arab bukan sahaja atas urusan perniagaan malah mereka turut menyebarkan agama suci Islam ke kawasan itu. Sejak beberapa abad lagi, penduduk Quanzhou yang berbilang kaum dan bangsa hidup aman serta bebas menganuti agama masing-masing. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan tujuh buah masjid sekitar daerah itu.
Satu daripadanya Masjid Ashab atau dipanggil Masjid Qinjing dalam bahasa Cina. Masjid itu dikenalpasti sebagai masjid kedua yang didirikan di China. Masjid Huaisheng yang terletak di Guangzhou dikatakan masjid yang pertama dibina pada Dinasti Tang (618-907 masehi).
Ashab bermaksud sahabat (Nabi). Nama masjid itu tertera pada pintu masuk utama masjid yang ditulis dalam bahasa Arab.
Terjemahan penuh ayat yang diukir pada batu granit tersebut adalah; “Ini merupakan masjid pertama untuk penduduk di tanah ini. Masjid bertuah ini dinamakan Masjid Tua dan Purba, juga dipanggil Masjid Jemaah dan Jalanan serta digelar Masjid Sahabat (Nabi).”
Masjid Ashab dibina pada tahun 400 selepas hijrah (1009 masehi). Tiga tahun selepas itu, seorang ulama Ahmad bin Muhammad Quds, melakukan pengubahsuaian dengan membina kubah besar, melebarkan pintu masuk serta menghias semula pintu dan tingkap. Kerja-kerja pengubahsuaian siap sepenuhnya pada 710 hijrah (Dinasti Yuan, 1310).
Binaan asal Masjid Ashab terdiri daripada kubah utama, dewan sembahyang dan dewan Mingshan. Kubah utama binaan batu granit bersambung dengan dewan sembahyang yang diri daripada dua tingkat. Dinding dalam ruang sembahyang juga dibuat daripada granit.
Dikatakan sebuah pagoda lima tingkat dibina dalam ruang masjid ketika Dinasti Ming (1368-1644), namun ia musnah akibat gempa bumi selepas itu.
Menara dan bumbung masjid itu telah lama musnah. Namun, pintu masuk dan tiang ruang utama serta dinding-dinding asal masih kekal. Hanya sebuah ruang kecil yang mampu menempatkan sekitar 60 orang jemaah yang tinggal kini dijadikan ruang sembahyang.
Tidak banyak beza dengan lain-lain masjid di China, seni bina dalaman masjid kecil itu banyak dipengaruhi unsur dari negara tersebut. Bumbung seakan pagoda, warna-warna terang menjadi pilihan untuk dinding, pintu dan loteng bangunan. Begitu juga dengan khat yang menghiasi dinding masjid, mempunyai pengaruh daripada kaligrafi Cina.
Berdekatan dengan pintu masuk, terdapat sebuah batu ukir besar yang digunakan untuk membakar colok bagi tujuan mewangikan ruang dalam masjid.
Sebuah perigi lama yang masih kukuh dan tidak pernah kering airnya juga terdapat berdekatan dengan dinding bangunan asal Masjid Ashab.
Pada satu ruang, dibina sebuah bilik khas menempatkan barang-barang tinggalan lama masjid itu. Walaubagaimanapun ia kurang dipelihara dan penerangannya juga tidak menarik. Apa yang ada hanyalah gambar-gambar beberapa pemimpin tersohor dari seluruh pelosok dunia yang pernah melawat ke situ. Antaranya bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan ramai lagi.
Melalui laman web seorang pengunjung yang telah melawat Masjid Ashab, beliau berjaya menterjemahkan tulisan pada batu dinding masjid itu iaitu ibarat perjanjian antara dua raja. Raja besar (pembesar tempatan) dikatakan menghargai usaha sahabat Nabi yang membawa pengetahuan Islam kepada mereka. Juga agama itu memberi banyak sumbangan terhadap kemajuan tempatan.
Raja kecil (menggambarkan wakil Islam) pula mematuhi dan menghormati Raja besar. Selagi perhubungan itu berlandaskan kepercayaan, persahabatan dan kemuliaan, raja besar tidak akan menyerang atau menyakiti raja kecil serta orang-orangnya.
Bersebelahan Masjid Ashab, juga terletak di jalan yang sama (Jalan Tumen) terdapat sebuah tokong Buddha. Dua institusi keagamaan itu jelas menunjukkan betapa toleransi agama telah lama diamalkan masyarakat Quanzhou sejak sekian lama.
Walaubagaimanapun, jelas Masjid Ashab kurang diimarahkan dan ia hanya digunakan untuk solat berjemaah utama. Selain semakin berkurangnya penganut Islam di kawasan tersebut, pengambil alihan urusan oleh Badan Pelancongan yang mungkin kurang arif dengan hal keagamaan menjadikan ia sedikit terabai.
Dinding dan tiang masih kukuh tetapi bumbung masjid runtuh akibat gempa bumi. |
BANDAR Quanzhou (sebut Quenchow) yang terletak dalam wilayah Fujian, tenggara China mungkin suatu kawasan yang kurang popular bagi kebanyakan pelancong ke negara itu.
Tarikannya tidak seberapa dan ia juga bukanlah destinasi membeli-belah yang popular. Atas faktor tersebut, bandar ini agak terpinggir dari segi kedatangan pelancong luar jika dibandingkan dengan lain-lain tempat di negara itu.
Bagaimanapun, kesempatan penulis mengunjungi bandar yang digelar Zaitun oleh pelayar terkenal Marco Polo memberi satu pengalaman dan iktibar yang bukan sedikit.
Suatu ketika dulu, Quanzhou merupakan titik mula Laluan Sutera (Silk Route) maritim yang sangat penting. Bandar itu dikenali sebagai antara pelabuhan terpenting dunia Timur ketika itu. Ia menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia terutama dari Asia Barat dan Eropah.
Kedatangan pedagang dari negara Arab bukan sahaja atas urusan perniagaan malah mereka turut menyebarkan agama suci Islam ke kawasan itu. Sejak beberapa abad lagi, penduduk Quanzhou yang berbilang kaum dan bangsa hidup aman serta bebas menganuti agama masing-masing. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan tujuh buah masjid sekitar daerah itu.
Satu daripadanya Masjid Ashab atau dipanggil Masjid Qinjing dalam bahasa Cina. Masjid itu dikenalpasti sebagai masjid kedua yang didirikan di China. Masjid Huaisheng yang terletak di Guangzhou dikatakan masjid yang pertama dibina pada Dinasti Tang (618-907 masehi).
Ashab bermaksud sahabat (Nabi). Nama masjid itu tertera pada pintu masuk utama masjid yang ditulis dalam bahasa Arab.
Terjemahan penuh ayat yang diukir pada batu granit tersebut adalah; “Ini merupakan masjid pertama untuk penduduk di tanah ini. Masjid bertuah ini dinamakan Masjid Tua dan Purba, juga dipanggil Masjid Jemaah dan Jalanan serta digelar Masjid Sahabat (Nabi).”
Masjid Ashab dibina pada tahun 400 selepas hijrah (1009 masehi). Tiga tahun selepas itu, seorang ulama Ahmad bin Muhammad Quds, melakukan pengubahsuaian dengan membina kubah besar, melebarkan pintu masuk serta menghias semula pintu dan tingkap. Kerja-kerja pengubahsuaian siap sepenuhnya pada 710 hijrah (Dinasti Yuan, 1310).
Binaan asal Masjid Ashab terdiri daripada kubah utama, dewan sembahyang dan dewan Mingshan. Kubah utama binaan batu granit bersambung dengan dewan sembahyang yang diri daripada dua tingkat. Dinding dalam ruang sembahyang juga dibuat daripada granit.
Dikatakan sebuah pagoda lima tingkat dibina dalam ruang masjid ketika Dinasti Ming (1368-1644), namun ia musnah akibat gempa bumi selepas itu.
Menara dan bumbung masjid itu telah lama musnah. Namun, pintu masuk dan tiang ruang utama serta dinding-dinding asal masih kekal. Hanya sebuah ruang kecil yang mampu menempatkan sekitar 60 orang jemaah yang tinggal kini dijadikan ruang sembahyang.
Tidak banyak beza dengan lain-lain masjid di China, seni bina dalaman masjid kecil itu banyak dipengaruhi unsur dari negara tersebut. Bumbung seakan pagoda, warna-warna terang menjadi pilihan untuk dinding, pintu dan loteng bangunan. Begitu juga dengan khat yang menghiasi dinding masjid, mempunyai pengaruh daripada kaligrafi Cina.
Berdekatan dengan pintu masuk, terdapat sebuah batu ukir besar yang digunakan untuk membakar colok bagi tujuan mewangikan ruang dalam masjid.
Sebuah perigi lama yang masih kukuh dan tidak pernah kering airnya juga terdapat berdekatan dengan dinding bangunan asal Masjid Ashab.
Pada satu ruang, dibina sebuah bilik khas menempatkan barang-barang tinggalan lama masjid itu. Walaubagaimanapun ia kurang dipelihara dan penerangannya juga tidak menarik. Apa yang ada hanyalah gambar-gambar beberapa pemimpin tersohor dari seluruh pelosok dunia yang pernah melawat ke situ. Antaranya bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan ramai lagi.
Melalui laman web seorang pengunjung yang telah melawat Masjid Ashab, beliau berjaya menterjemahkan tulisan pada batu dinding masjid itu iaitu ibarat perjanjian antara dua raja. Raja besar (pembesar tempatan) dikatakan menghargai usaha sahabat Nabi yang membawa pengetahuan Islam kepada mereka. Juga agama itu memberi banyak sumbangan terhadap kemajuan tempatan.
Raja kecil (menggambarkan wakil Islam) pula mematuhi dan menghormati Raja besar. Selagi perhubungan itu berlandaskan kepercayaan, persahabatan dan kemuliaan, raja besar tidak akan menyerang atau menyakiti raja kecil serta orang-orangnya.
Bersebelahan Masjid Ashab, juga terletak di jalan yang sama (Jalan Tumen) terdapat sebuah tokong Buddha. Dua institusi keagamaan itu jelas menunjukkan betapa toleransi agama telah lama diamalkan masyarakat Quanzhou sejak sekian lama.
Walaubagaimanapun, jelas Masjid Ashab kurang diimarahkan dan ia hanya digunakan untuk solat berjemaah utama. Selain semakin berkurangnya penganut Islam di kawasan tersebut, pengambil alihan urusan oleh Badan Pelancongan yang mungkin kurang arif dengan hal keagamaan menjadikan ia sedikit terabai.
Al-Quran ubah Dobson
Ogos 21, 2010Susunan SITI AINIZA KAMSARI
PERISTIWA serangan 11 September 2001 terhadap bangunan-bangunan utama di Amerika Syarikat (AS), secara tidak langsung telah mengubah wajah agama Islam dan kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia.
Di sebalik ramai yang membenci Islam ekroan tragedi itu, tetapi tidak kurang ramai juga yang memilih jalan Islam termasuk mereka di bumi Inggeris.
Malah dikatakan sejak kejadian itu sehingga kini terdapat 14,000 penduduk kulit putih di negara itu memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri.
Bertambah menarik, Islam dianuti tanpa mengira latar belakang malah para pemimpin, tokoh-tokoh pelbagai bidang, artis selebriti, ahli sukan dan ramai lagi.
Salah seorang daripada mereka yang agak mencetuskan sedikit kejutan ialah anak lelaki kepada mantan Menteri Kesihatan Britain, Frank Dobson, 35, yang memeluk Islam pada 1998 dan menukar nama kepada Joe Ahmad Dobson.
Meskipun dilahirkan dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga penganut Kristian yang taat, namun memasuki usia remaja Dobson lebih senang untuk tidak terikat dengan mana-mana agama.
Namun pemikiran seperti itu mula berubah apabila seorang rakannya menghadiahkan senaskhah al-Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris.
“Sekalipun sekadar terjemahan, namun membaca terjemahan itu sahaja bagaikan saya mendapat wahyu. Persepsi saya selama ini mengenai Islam berubah kerana antara ajarannya yang terbaik apabila Islam membenarkan lelaki mahupun perempuan menuntut ilmu selama mereka masih hidup.
“Ini kerana semakin tinggi seseorang itu menuntut ilmu maka semakin merendah dirinya terhadap tuhan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh telegraph.co.uk.
Namun yang lebih menarik perhatian Dobson, dia mendapati al-Quran memberikan jawapan atas semua jenis pertanyaan, iaitu jawapan yang tidak akan mampu diberikan oleh mana-mana kitab agama sebelum ini.
“Islam mampu menjawab pertanyaan ‘mengapa’, seperti mengapa kita mesti menganggap setiap orang adalah seperti saudara, mengapa kita mesti menghormati dan menghargai kaum wanita kita, mengapa mesti kita melakukan hanya perkara-perkara yang terbaik untuk diri dan mereka yang disekeliling kita, sesama manusia.
“Apa juga aspek dalam kehidupan termasuk ekonomi, segala-galanya terjawab dalam al-Quran dan saya sangat mengagumi kata-kata Allah itu, kerana Dia yang menciptakan manusia dan Dia jugalah yang tahu apa yang dikehendaki oleh manusia dalam hidup ini,” katanya.
Namun pengalamannya berada lama di Indonesia pada 1992 memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak muda itu.
Walaupun ada senario jelik dan tidak enak dilihat seperti soal kemiskinan dan sebagainya namun negara itu sebenarnya mampu memberikan pemandangan yang unik dan terbaik mengenai Islam.
Pemerhatian dan berinteraksi secara langsung dengan umat Islam di sana menjadikan Dobson semakin tertarik dan mengagumi Islam.
“Seringkali saya terkesima melihatkan cara beribadat dalam Islam, bersih daripada sebarang unsur pemujaan yang berlebihan.
“Tidak ada ukiran patung atau manusia yang diangkat sebagai orang tengah antara penganut dengan tuhan. Umat Islam bebas untuk terus ‘berbicara’ langsung dengan tuhannya,” katanya.
Segala pengalaman di Indonesia itu menjadikan Dobson semakin ghairah untuk mendalami Islam malah semua itu menjadi sebahagian daripada rutinnya ketika menyambung pengajian di Universiti Manchester. Ini apabila Dobson mengambil peluang sepenuhnya berkawan dengan rakan sekuliah yang terdiri dari kalangan Muslim.
“Daripada mereka saya sering bertanyakan pelbagai persoalan mengenai Islam. Malah tanpa saya bertanya saya belajar pula daripada cara kehidupan mereka yang begitu mematuhi ajaran Islam.
“Tidak cukup itu saya sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di perpustakaan universiti, kerana di situ terdapat banyak bahan bacaan mengenai Islam dan saya setiap kali membacanya, saya menjadi begitu bermotivasi.
“Saya tidak sekadar membaca untuk memberikan pengetahuan tetapi saya mengambil pengajaran secara langsung untuk diterapkan dalam kehidupan.” katanya.
Akhirnya, Dobson ingin merasai sendiri kemanisan beriman dan beribadat kepada Allah. Maka pada Januari 1998, tanpa sebarang paksaan malah penuh kerelaan dalam hatinya, dia mengucapkan syahadah, di hadapan jemaah di sebuah masjid di utara Kota London.
Rasmilah kini Dobson yang ingin mengikat iktikadnya kepada Islam walaupun ia bakal mengundang pelbagai perubahan yang besar dan juga risiko itu sendiri.
Lebih-lebih bapanya sedang menjawat jawatan penting dalam kerajaan British lalu tindakan si anak akan menyebabkan beban terhadap si ayah, di saat kalangan warga Barat masih tidak selesa dengan kehadiran dan perkembangan Islam yang pesat itu.
“Mungkin adalah tidak adil meletakkan beban pengislaman saya untuk ditanggung oleh ayah kerana masyarakat Barat masih mempunyai prejudis yang kuat dan tidak bersikap terbuka terhadap Islam.
“Berita saya masuk Islam dengan mudah akan membuatkan kedudukan ayah saya tergugat.
“Akhirnya saya memutuskan untuk tidak memberitahu kepada sesiapa terutama keluarga saya sendiri sehinggalah masing-masing bersedia untuk menerima hakikat penukaran agama itu walaupun pahit, mungkin apa yang diperlukan adalah sedikit masa,” katanya yang memiliki sarjana dalam bidang Pengurusan dan Polisi Awam dari Universiti Metropolitan London.
Joe Ahmad Dobson bersama isteri tercinta. |
PERISTIWA serangan 11 September 2001 terhadap bangunan-bangunan utama di Amerika Syarikat (AS), secara tidak langsung telah mengubah wajah agama Islam dan kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia.
Di sebalik ramai yang membenci Islam ekroan tragedi itu, tetapi tidak kurang ramai juga yang memilih jalan Islam termasuk mereka di bumi Inggeris.
Malah dikatakan sejak kejadian itu sehingga kini terdapat 14,000 penduduk kulit putih di negara itu memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri.
Bertambah menarik, Islam dianuti tanpa mengira latar belakang malah para pemimpin, tokoh-tokoh pelbagai bidang, artis selebriti, ahli sukan dan ramai lagi.
Salah seorang daripada mereka yang agak mencetuskan sedikit kejutan ialah anak lelaki kepada mantan Menteri Kesihatan Britain, Frank Dobson, 35, yang memeluk Islam pada 1998 dan menukar nama kepada Joe Ahmad Dobson.
Meskipun dilahirkan dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga penganut Kristian yang taat, namun memasuki usia remaja Dobson lebih senang untuk tidak terikat dengan mana-mana agama.
Namun pemikiran seperti itu mula berubah apabila seorang rakannya menghadiahkan senaskhah al-Quran terjemahan dalam bahasa Inggeris.
“Sekalipun sekadar terjemahan, namun membaca terjemahan itu sahaja bagaikan saya mendapat wahyu. Persepsi saya selama ini mengenai Islam berubah kerana antara ajarannya yang terbaik apabila Islam membenarkan lelaki mahupun perempuan menuntut ilmu selama mereka masih hidup.
“Ini kerana semakin tinggi seseorang itu menuntut ilmu maka semakin merendah dirinya terhadap tuhan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh telegraph.co.uk.
Namun yang lebih menarik perhatian Dobson, dia mendapati al-Quran memberikan jawapan atas semua jenis pertanyaan, iaitu jawapan yang tidak akan mampu diberikan oleh mana-mana kitab agama sebelum ini.
“Islam mampu menjawab pertanyaan ‘mengapa’, seperti mengapa kita mesti menganggap setiap orang adalah seperti saudara, mengapa kita mesti menghormati dan menghargai kaum wanita kita, mengapa mesti kita melakukan hanya perkara-perkara yang terbaik untuk diri dan mereka yang disekeliling kita, sesama manusia.
“Apa juga aspek dalam kehidupan termasuk ekonomi, segala-galanya terjawab dalam al-Quran dan saya sangat mengagumi kata-kata Allah itu, kerana Dia yang menciptakan manusia dan Dia jugalah yang tahu apa yang dikehendaki oleh manusia dalam hidup ini,” katanya.
Namun pengalamannya berada lama di Indonesia pada 1992 memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak muda itu.
Walaupun ada senario jelik dan tidak enak dilihat seperti soal kemiskinan dan sebagainya namun negara itu sebenarnya mampu memberikan pemandangan yang unik dan terbaik mengenai Islam.
Pemerhatian dan berinteraksi secara langsung dengan umat Islam di sana menjadikan Dobson semakin tertarik dan mengagumi Islam.
“Seringkali saya terkesima melihatkan cara beribadat dalam Islam, bersih daripada sebarang unsur pemujaan yang berlebihan.
“Tidak ada ukiran patung atau manusia yang diangkat sebagai orang tengah antara penganut dengan tuhan. Umat Islam bebas untuk terus ‘berbicara’ langsung dengan tuhannya,” katanya.
Segala pengalaman di Indonesia itu menjadikan Dobson semakin ghairah untuk mendalami Islam malah semua itu menjadi sebahagian daripada rutinnya ketika menyambung pengajian di Universiti Manchester. Ini apabila Dobson mengambil peluang sepenuhnya berkawan dengan rakan sekuliah yang terdiri dari kalangan Muslim.
“Daripada mereka saya sering bertanyakan pelbagai persoalan mengenai Islam. Malah tanpa saya bertanya saya belajar pula daripada cara kehidupan mereka yang begitu mematuhi ajaran Islam.
“Tidak cukup itu saya sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di perpustakaan universiti, kerana di situ terdapat banyak bahan bacaan mengenai Islam dan saya setiap kali membacanya, saya menjadi begitu bermotivasi.
“Saya tidak sekadar membaca untuk memberikan pengetahuan tetapi saya mengambil pengajaran secara langsung untuk diterapkan dalam kehidupan.” katanya.
Akhirnya, Dobson ingin merasai sendiri kemanisan beriman dan beribadat kepada Allah. Maka pada Januari 1998, tanpa sebarang paksaan malah penuh kerelaan dalam hatinya, dia mengucapkan syahadah, di hadapan jemaah di sebuah masjid di utara Kota London.
Rasmilah kini Dobson yang ingin mengikat iktikadnya kepada Islam walaupun ia bakal mengundang pelbagai perubahan yang besar dan juga risiko itu sendiri.
Lebih-lebih bapanya sedang menjawat jawatan penting dalam kerajaan British lalu tindakan si anak akan menyebabkan beban terhadap si ayah, di saat kalangan warga Barat masih tidak selesa dengan kehadiran dan perkembangan Islam yang pesat itu.
“Mungkin adalah tidak adil meletakkan beban pengislaman saya untuk ditanggung oleh ayah kerana masyarakat Barat masih mempunyai prejudis yang kuat dan tidak bersikap terbuka terhadap Islam.
“Berita saya masuk Islam dengan mudah akan membuatkan kedudukan ayah saya tergugat.
“Akhirnya saya memutuskan untuk tidak memberitahu kepada sesiapa terutama keluarga saya sendiri sehinggalah masing-masing bersedia untuk menerima hakikat penukaran agama itu walaupun pahit, mungkin apa yang diperlukan adalah sedikit masa,” katanya yang memiliki sarjana dalam bidang Pengurusan dan Polisi Awam dari Universiti Metropolitan London.
Qard dan muamalat Islam
Ogos 20, 2010Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN
Adalah lebih afdal jika mereka yang ditimpa kecelakaan diberi tangguh daripada membayar hutang mereka. – gambar hiasan |
SECARA asasnya, Islam tidak menggalakkan kita berhutang. Namun, kita tidak boleh menolak kemungkinan untuk berhutang bagi memenuhi keperluan hidup.
Justeru, seorang muslim tidak digalakkan berhutang kecuali ketika berhadapan situasi yang memerlukannya berbuat demikian.
Qard dari sudut bahasa bermaksud al-qat’ (potong). Harta yang diserahkan kepada orang yang berhutang dinamakan qard sebab ia adalah potongan daripada harta orang yang memberi hutang.
Daripada segi istilah, qard menurut ulama Hanafi adalah pemberian harta mithliy oleh seseorang kepada seseorang yang lain yang perlu dibayar semula. Atau dengan ungkapan lain, ia satu kontrak yang khusus mengenai penyerahan harta mithliy kepada seseorang supaya orang itu memulangkan kembali harta yang sama sepertinya (rujuk Al-Durr Mukhtar, jil. IV, ms 179).
Barang mithliy adalah barang yang mempunyai unit yang serupa di pasaran seperti bangunan, rumah, tanah, kereta dan sebagainya.
Namun begitu, ulama mazhab Syafie mengharuskan pinjaman semua barang sama ada yang boleh ditentukan jenis kuantiti atau kualitinya termasuklah barang jenis mithliy atau qimiy.
Kalimah qard biasanya digandingkan dengan hasan bagi menunjukkan bahawa pinjaman dalam Islam hanyalah untuk membantu pihak yang meminjam, bukannya untuk mendapatkan keuntungan.
Islam melarang umatnya mendapatkan sebarang manfaat melebihi jumlah pinjaman yang diberikan kepada peminjam. Walaupun Islam tidak menggalakkan kita untuk berhutang, tetapi sekiranya ada pihak yang mahu mendapatkan bantuan pinjaman, maka kita digalakkan untuk memberikannya sekadar yang termampu.
Bahkan, Allah SWT memuliakan mereka yang sanggup berkorban untuk memberikan pinjaman kepada saudaranya kerana belas kasihan, bukannya untuk mengeksploitasi kesulitannya itu.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesuatu yang dipinjamkan oleh seseorang Muslim kepada Muslim yang lain sebanyak dua kali seperti bersedekah sekali (riwayat Ibn Hibban).”
Daripada Anas bin Malik r.a berkata Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat di malam aku diisrakkan ke langit tertulis di pintu syurga, digandakan sedekah dengan sepuluh gandaan dan digandakan al-qarddengan 18 gandaan, lalu aku bertanya kepada Jibril, adakah al-qard lebih afdal dari sedekah? Jibril berkata: peminta akan meminta walaupun ketika dia memiliki (sesuatu barangan) dan peminjam tidak akan meminjam kecuali kerana keperluan. (riwayat Ibn Majah, 2/812)
Kedua-dua hadis di atas menunjukkan Allah SWT akan memberi ganjaran pahala bagi mereka yang memberi pinjaman untuk membantu dan bagi menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
Sebaliknya, Allah SWT memurkai mereka yang cuba mengambil kesempatan bagi memperolehi keuntungan sama ada sedikit atau banyak melalui kontrak qard.
Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman tidak sesekali boleh dijadikan alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan dalam Islam.
Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam qard tercapai, Islam meletakkan kewajipan bagi setiap pinjaman wang (contoh: RM5,000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau dipersetujui.
Sekiranya terdapat sebarang tambahan (contoh 3 peratus daripada jumlah RM5,000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ia termasuk dalam kategori riba an-nasiah yang disepakati haramnya. (rujuk Al-Jami’ fi Usul al-Riba, hlm 217).
Ia berdasarkan hadis yang bermaksud: “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjam maka ia adalah riba”. (rujuk Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232).
Namun, jika ia diberikan sebagai penghargaan kepada pemberi pinjaman tanpa disyaratkan, maka ia dibolehkan. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang pernah berhutang unta betina dan baginda memulangkan dengan unta raba’iyyan.
Baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling baik menjelaskan hutangnya. (riwayat Muslim, Ahmad dan Ashab al-Sunan al-Arba’ah.)
3 TINGKATAN ORANG BERPUASA
Ogos 19, 2010Imam al-Ghazali telah menukil di dalam kitabnya ” Ihya’ Ulumiddin” di mana bagi orang berpuasa ada 3 tingkatannya yang menggambarkan tentang keadaan puasa dan kedudukannya iaitu :
Pertama : Puasa Umum
Ia ditunaikan orang orang awam setakat berpuasa dalam menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi nafsu syahwat sedangkan anggotanya yang lain tidak dikawal sebaiknya daripada melakukan maksiat terhadap Allah
Kedua : Puasa Khusus
Ia ditunaikan dengan turut mengawal pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota lain daripada melakukan maksiat terhadap Allah tetapi hatinya masih belum dapat sepenuhnya daripada niat yang melalaikan diri dalam mengingati Allah.
Ketiga : Puasa khusus al-Khusus
Ia adalah puasa yang paling sempurna dan mesti diusahakan dalam mencapainya di mana pada tahap ini maka hati turut dikawal daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain Allah secara mutlak. Malah kedudukan puasa pada tahap ini terbatal dengan memikirkan sesuatu perkara selain Allah dan akhirat serta memikirkan urusan dunia yang bukan bertujuan agama. Tahap puasa ini dinikmati oleh para nabi, siddiqin, muqarrabin di mana ia sukar digambarkan melalui perkataan tetapi boleh dilaksanakan dengan amalan.
Pertama : Puasa Umum
Ia ditunaikan orang orang awam setakat berpuasa dalam menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi nafsu syahwat sedangkan anggotanya yang lain tidak dikawal sebaiknya daripada melakukan maksiat terhadap Allah
Kedua : Puasa Khusus
Ia ditunaikan dengan turut mengawal pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota lain daripada melakukan maksiat terhadap Allah tetapi hatinya masih belum dapat sepenuhnya daripada niat yang melalaikan diri dalam mengingati Allah.
Ketiga : Puasa khusus al-Khusus
Ia adalah puasa yang paling sempurna dan mesti diusahakan dalam mencapainya di mana pada tahap ini maka hati turut dikawal daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain Allah secara mutlak. Malah kedudukan puasa pada tahap ini terbatal dengan memikirkan sesuatu perkara selain Allah dan akhirat serta memikirkan urusan dunia yang bukan bertujuan agama. Tahap puasa ini dinikmati oleh para nabi, siddiqin, muqarrabin di mana ia sukar digambarkan melalui perkataan tetapi boleh dilaksanakan dengan amalan.
© Hakcipta AKI 2004
Mencapai KPI puasa
Ogos 19, 2010Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Lebih seminggu umat Islam seluruh dunia merasai sesuatu yang sangat indah. Sebagaimana indahnya sinaran neon lampu-lampu yang lazimnya menerangi masjid.Tetapi pada malam Ramadhan dilihat lebih indah, lebih cantik dan yang lebih mengusik perasaan apabila suara sang bilal yang mula mengajak seluruh jemaah mengerjakan Solat Terawih!
Tanda bermulanya bulan Ramadan yang bakal menyaksikan seluruh umat Islam akan berpuasa esok hari!
Ramadan datang lagi! Tetapi mungkinkah tidak lagi selepas ini? Ini kerana kita tidak tahu selama bila hayat dikandung badan, entah tahun hadapan dapat bertemu lagi.
Satu-satunya bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan dijanjikan ganjaran yang melimpah ruah daripada Allah, sayang jika ia dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Atau sekadar kita berpuasa menahan lapar dan dahaga sedangkan puasa itu hanya satu cabang atau juzuk utama ibadat dalam bulan Ramadan. Ibadat-ibadat yang lain juga adalah satu kemestian untuk kita lakukan.
Lalu Ramadan yang datang kali ini, mengapa tidak kita ‘raya’kan dengan penuh kemeriahan beribadat, melakukan lebih banyak amal yang menyebabkan di penghujungnya pemergian bulan ini kita tangisi, sedih kerana tidak mahu berpisah dengan bulan yang menjanjikan ‘bonus’ yang tidak terperi banyaknya.
Kecuali jika anda boleh melakukan solat Terawih misalnya di bulan-bulan lain, tetapi adakah?
“Lantas umpama setiap kali kita melakukan solat, anggaplah mungkin ini adalah solat terakhir yang kita dirikan. Maka solat itu adalah yang terbaik yang kita dirikan.
“Begitu juga setiap kali dengan hadirnya bulan Ramadan, mungkin lepas ini kita tidak berpeluang menemuinya lagi, maka hendaklah kita lakukan hanya yang terbaik untuk menyambut bulan tersebut.
“Oleh itu kita mesti selalu menganggap bahawa mungkin ini adalah Ramadan terakhir dan lazimnya apa juga peluang yang ditawarkan kita tidak akan lepaskan,” kata Mohd. Meeftah Anuar, Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau sebelum ini merupakan Penolong Pengarah (Khidmat Sosial) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya berkata, puasa atau dari aspek lughah Arabnya disebut As-siam itu bermakna meninggalkan atau istilah syarak pengertian puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dan daripada segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Yang kesemua itu adalah sebagaimana yang dilakukan oleh umat terdahulu, yang dengan ibadat berpuasa itu menyebabkan mereka menjadi umat yang bertakwa terhadap Allah.
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 183: Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa.
Dimaksudkan takwa di sini lazimnya perasaan takut dan kehambaan kita terhadap Allah maka pada bulan puasa ini, bagaimana takwa itu dapat ditingkatkan?
Menurut Mohd. Meeftah di bulan puasa, umat Islam akan menghadapi lebih banyak ujian apabila perut dalam keadaan lapar dan tekak begitu kehausan.
“Berbeza ujian di saat kita kenyang dan tidak dahaga, kita mampu bersabar tetapi hanya kerana lapar dan dahaga yang tidak seberapa itu akhirnya kita kalah.
“Walaupun tiada sesiapa yang mengetahui apa yang kita telah lakukan seperti curi-curi makan atau minum bahkan Allah itu umpamanya Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV), Allah sentiasa memerhatikan kita,” katanya.
Jika itu yang kita pegang tegas Mohd. Meeftah, takutkan Allah adalah melebihi segala-galanya berbanding takutkan kepada manusia maka Ramadan mampu menjadi guru terbaik untuk mendidik umat Islam agar sentiasa takutkan Allah, kerana Allah akan memerhati apa juga yang kita lakukan.
Begitu juga apabila kalangan umat Islam yang mampu berpuasa, malah dilihat seperti berpuasa tetapi yang sangat dikesalkan mereka tidak melakukan solat.
Tidak sahaja kerana tiadanya ketakwaan terhadap Allah tetapi kata Mohd. Meeftah, perkara itu tidak menghairankan kerana berpuasa itu mudah untuk dilakukan oleh mana-mana umat Islam.
“Semua orang boleh berpuasa kerana bagi mereka ia sekadar meninggalkan makan minum, tidak ada masalah, kita tidak memerlukan sebarang ilmu yang khusus.
“Tetapi jika melibatkan soal solat, ia melibatkan soal ilmu untuk pergerakan-pergerakan yang khusus dan bacaan-bacaan tertentu dan apabila kita tidak mempelajarinya bagaimana kita dapat mengamalkannya menyebabkan ibadat solat tidak dianggap sama penting seperti berpuasa itu sendiri setiap kali tibanya Ramadan,” katanya.
Ini membawakan kita kepada banyak perkara dan isu-isu yang perlu dibereskan setiap kali tiba bulan Ramadan ini.
Ibadat Solat Terawih misalnya, beliau sangat berharap selain berpuasa pada hari siang pada sebelah malamnya, ia menjadi satu-satunya juga ibadat yang mendapat tumpuan oleh umat Islam.
“Kita tidak mahu surau-surau dan masjid-masjid dipenuhi oleh para jemaah solat Terawih pada awal-awal Ramadan sahaja, tetapi sehingga dihujung-hujungnya, rumah-rumah ibadat kita itu kembali sepi, kurang meriahnya.
“Alasan, sebab semua balik kampung?
“Tetapi masjid-masjid di kampung-kampung pun lengang juga, tidak ramai pun jemaah yang ingin berterawih,” katanya.
Baginya tidak ada alasan bagi seseorang itu tidak berterawih sepanjang bulan Ramadan.
“Isunya mengenai soal rakaat sama ada hendak buat lapan rakaat atau 20 rakaat. Kita tak habis-habis gaduh mengenai itu. Ada yang kata Terawih itu mesti lapan rakat dan ada yang kata mesti 20 rakaat, termasuk ada yang kata 20 rakaat bidaah tetapi kalau lapan pula, dikaitkan dengan soal malas.
“Sedangkan semua itu ada dalil dan nasnya masing-masing. Akhirnya yang untung siapa? Mereka yang langsung tidak pernah berterawih!” katanya.
Sedangkan solat terawih itu, kata Mohd. Meeftah lagi boleh dilakukan secara berselang antara perkara lain yang kita perlu lakukan.
“Lepas Isyak kita buat empat rakaat, nanti kalau bangun untuk bangun sahur kita sambung lagi buat empat rakaat Terawih, tidak salah.
“Jadi jika seorang pengawal keselamatan misalnya mengadu tidak berkesempatan hendak berterawih atas alasan on duty, sedangkan masih ada banyak masa lain untuk dia beribadat.
“Sekalipun lapan rakaat secara berselang tetapi hakikatnya dia berjaya juga mendirikan solat terawih itu,” katanya.
Ibadat ini didirikan juga bukan kerana kita hendak terlalu mengejarkan pelbagai ganjaran menarik yang menanti pada setiap malam.
Ini termasuklah jika solat Terawih pada ke lima misalnya, pahala atau ganjarannya seperti kita mengerjakan ibadat di tiga buah masjid paling suci iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis.
“Semua pelbagai ganjaran dan pahala yang kononnya dari malam pertama sehingga ke malam terakhir itu tidak lebih dari merupakan hadis-hadis yang daif sebagai faktor galakan.
“Tetapi ganjaran yang besar pasti ada kerana itu kita tidak jumpa ibadat solat terawih ini pada bulan-bulan lain,” kata Mohd. Meeftah.
Namun menjadi harapan Mohd. Meeftah agar setiap masjid di negara ini digalakkan untuk mengadakan Malam Iktikaf Masjid terutama untuk 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
“Ini semata-mata untuk kita mengejar Malam Lailatul Qadar yang kita semua tahu mengandungi terlalu banyak ganjaran yang Allah limpahkan buat hamba-hambanya yang beribadat pada malam tersebut.
“Pada malam-malam itu tidak sahaja didirikan solat terawih tetapi pihak masjid menyediakan imam yang baik untuk mengajak dan membimbing para jemaah untuk qiamullail (mendirikan solat malam), berzikir, berselawat dan lain-lain ibadat semata-mata dan sebagai satu daya tarikan pihak masjid juga boleh menyediakan makan sahur kepada para jemaah.
“Sama ada kita akan menemui atau tidak Malam Lailatul Qadar itu, hanya kita sendiri yang tahu tetapi yang kita mahukan sepanjang malam Ramadan, masjid menjadi rumah-rumah Allah yang gemerlapan cahayanya serta imarah dan meriah suasananya bagi menambahkan keimanan dan kecintaan umat terhadap agamanya,” katanya
No comments:
Post a Comment