Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Tuesday, August 17, 2010

Rawatan Barah, Kanser, Kayap dan Ruam

Rawatan Barah, Kanser, Kayap dan Ruam
Oleh : Ustaz Haji Abdul Malek b Ladzim Al-Azhari

Doa asas untuk penyakit barah yang membengkak adalah seperti berikut :

  1. Selawat 3 kali (seeloknya Selawat Fatih, Syifak) diikuti dengan perkataan "ghaat" غات (matikan)
  2. Al-Fatihah 3 kali diikuti dengan perkataan "ghaat" غات (matikan)
  3. Ayat Kursi 3 kali diikuti dengan perkataan "ghaat" غات (matikan)
  4. Surah Al-Kautsar 3 kali diikuti dengan perkataan "ghaat" غات(matikan)
  5. Surah Al-Qolam : Ayat 1-2
1. Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis,
2. Engkau (Wahai Muhammad) - Dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan Engkau adalah seorang Yang bijaksana).

  1. Baca doa :
"Ya Allah, Tuhan yang mengecilkan sesuatu yang besar dan Tuhan yang membesarkan sesuatu yang kecil, kecilkanlah barah yang ada pada (sebut nama pesakit dan ibunya)."

Bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat kanser.

  1. 3 botol air (sebaik-baiknya air zamzam)
  2. Bedak sejuk dan pokok keman air atau milang tanah. Di sapu pada tempat yang sakit.
  3. Sirih dan pinang. Disembur pada kepala, leher, dan perut pesakit. Jika kayap, hendaklah disembur pada tempat yang berkenaan.
Jika sel kanser sudah merebak melalui darah, maka bacalah doa di bawah ini pada air mutlak (sebaik-baiknya air zamzam) sebanyak 12 botol air 1.5 liter.

  1. Al-Fatihah 7 kali dengan 7 kali ludah.
  2. Surah Al-Mukminun : Ayat 115-118 sebanyak 7 kali 

115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"116. maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.117. dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan Berjaya.118. dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!"
Pesakit hendaklah mandi dan minum air yang telah didoakan.

No comments:

Post a Comment