Tinta Perjuangan

BUat PeNgUnJunG

Tuesday, August 17, 2010

Kisah Tauladan

Aku Tinggalkan Bikini Kerana Islam

Sara Bokker, dahulunya adalah seorang aktres, model, pelatihfitness dan seorang aktivis. Kini beliau adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasasGlobal Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery.
Sebelum memeluk Islam, beliau juga seperti gadis-gadis lain di Barat yang berpakaian mendedahkan aurat, hidup bebas walaupun sering mengalami konflik jiwa. Setelah disapa hidayah dan memeluk Islam, beliau terus berubah sehingga tidak berkesanggupan lagi menanggalkan pakaian sempurna yang menutup aurat. Kehidupannya masa lalu adalah kehidupan penuh hina dan keaiban. Cahaya Islam yang menyelebungi hidupnya kini menyebabkan beliau benar-benar kenal diri, kenalPenciptanya dan tahu batasan-batasan dalam hidup seperti yang digariskan dalam Islam untuk dipatuhi.
Lebih jauh dari itu, beliau sendiri pula yang turut berjuang dalam hidup untuk menyedarkan para wanita lain agar berpakaian menutup aurat, memerangi dakyah jahat musuh-musuh Islam dalam hal berpakaian terhadap wanita, tingkah laku sebenar kaum wanita yang perlu dijaga selalu supaya tidak diperbodohkan sebarang pihak agar beroleh kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Ikutilah pengakuan ikhlas beliau sendiri seperti yang disiarkan dalam web www.marchforjustice.com.
Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lainnya dan terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai selatan Miami, di sebuah tempat popular bagi pencari kehidupan glamour.
Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang selalu dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya memerhatikan penampilan fizikal dan daya tarikanku, mengukur nilai reputasiku dan banyaknya perhatian orang lain padaku.
Aku berolahraga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut dan menjadi pengunjung setia pantai yang suka mempamerkan tubuhserta Berjaya mecapai taraf kehidupan yang penuh bergaya dan berkelas.
Tahun-tahun yang lalu kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tingginya aku menggunakan daya tarikan kewanitaanku. Ketika itu, aku sesungguhnya menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Aku sesungguhnya telah menjadi tawanan kerana kehendakku sendiri.
Di celah-celah kekosongan antara kepuasan diri dan gaya hidup makin melebar maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Akumengambil arak dan pesta-pesta, dengan mengikuti meditasi,menjadi aktivis, dan belajar kepercayaan-kepercayaan alternatifdengan tujuan agar celah-celah kekosonganku itu terisi dengan berbagai aktiviti.
Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu hanya sepertiubat pelali sahaja yang sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.
Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas kejadian serangan berterusan pada Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam dan adanya pengisytiharan negatif mengenaiAktivis Salib Baru, aku terpanggil untuk mulai memperhatikan suatu ajaran bernama Islam.
Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti khemahtukang pukul isteriharem dandunia pengganas.
Sebagai aktivis pembebasan wanita dan sebagai orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pandang bulu.
Kemudian aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.
Sekarang, kegiatan harianku sudah sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara berpilih, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifatuniversal.
Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya makna semua yang dicipta Allah adalah setaraf. Tetapi yang sangat penting aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dalam penciptaan.
Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat,al-Quran dan kemudian minatku terbangkit lebih dalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antaraPencipta dan penciptaan itu sendiri.
Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan danpengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.
Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebutIslam, yang membawa aku hidup damai sebagai Muslimyang memberi manfaat.
Aku membeli sebuah gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian Muslimah dan dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendekbikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.
Walaupun masyarakat, wajah dan mall semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya aku berasa suatukedamaian yang sangat berlainan berbanding dahulu.
Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar bebas sebebas-bebasnya. Sangat menyenangkan kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.
Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja membeli kosmetik, ke salon danmelatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.
Dari semua tempat itu, aku menemui Islamku tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai pusat skandal di bumi, bagaimanapun membuat semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.
Walaupun bahagia dengan Hijab, aku menjadi ingin tahu mengenaiNiqab (penutup muka), kerana melihat ramaiMuslimah yang mengenakannya. Aku bertanya kepada suamiku yang juga seorang Muslim, yang bernikah denganku setelah aku menjadi Muslimah, apakah aku boleh mengenakanNiqabatau cukup dengan Hijabku yang sekarang yang kukenakan?
Dengan selamba suamiku mengatakan bahawa dia percaya bahawaHijab adalah sebuah kewajipan, namun tidak denganNiqab. Ketika itu, Hijabku terdiri daripada penutup kepala yang menutupi seluruh rambutkukecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar yang disebut sebagaiAbayayang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.
Satu setengah tahun berlalu, aku mengatakan kepada suamiku bahawa aku ingin mengenakan Niqab. Alasanku kali ini bahawa aku berasa lebihmenyenangkan
Allah Yang Maha Pencipta, dan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.
Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli Isdaal, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan Niqab yangmenutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.
Tidak lama media mulai memberitakan tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang Hijab, apalagi Niqab, yang bagi orang lain tampaksebagai bentuk yang sangat kejam terhadap wanita, juga dianggap gangguan dalam pergaulan. Baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai tanda-tanda kemunduran.
Aku menganggap kemunafikan besar sedang berlaku apabila beberapa pemerintah Barat dan juga kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak-hak wanita. Seketika beberapa pemerintah negara lainnya memaksa penggunaan peraturan berpakaian yang tertentu untuk wanita.
Sekalipun begituPejuang Kebebasan melihat sisi lainnya ketika wanita kehilangan hak-haknya, tidak dapat bekerja,belajar, hanya kerana memilih untuk menggunakan haknya untuk mengenakan Niqab atau Hijab.
Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan Hijab atau Niqab untuk keluar bekerja dan mendapat pendidikan di sekolah atau universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morokko dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.
Ketika ini, aku masih tetap menjadi aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis wanita Muslim yang menyeru para Muslimahuntuk mengambil tanggung jawab mereka memberi dokongan semampunya kepada suami agar menjadi Muslim yang baik,membesarkan anak-anak mereka agar menjadiMuslim yangjujur dan bertanggung jawab sehingga mungkin nanti dapat menjadi cahaya untuk kemanusiaan.
Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patutmemperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakanNiqabatau Hijab demi menyenangkan Yang Maha Pencipta, apapun yang kita pilih.
Juga penting, untuk membahagi pengalaman memakai NiqabatauHijab kepada rakan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakanNiqab atau Hijab bagi kita dan alasan-alasan kita sehingga dengan penuh cinta, kita memeluknya.
Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan Niqabadalahmuallaf Barat, sebahagian dari mereka bahkan belum berkahwin. Yang lain mengenakan Niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.
Apa yang umumnya kita miliki adalah bahawa semua itu adalah pilihanperibadi setiap orang atau pilihan masing-masing, yang tidak satupun dari kita yang ingin untuk menyerahnya.
Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gayaberpakaian minima sehinggalah tanpa pakaian langsungsecara virtual dalam setiap bentuk komunikasi dimanapun di dunia ini.
Sebagai seorang bekas non-Muslim, aku tetap menuntu hak-hak wanita yang sama-sama mengetahui mengenai Hijab,kebaikan-kebaikannya dan kedamaian serta kebahagianyang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi kepadaku.
Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang sesungguhnya membebaskanku dari kepercayaan-kepercayaanku dan sebagai manusia biasa.
Tiada apa lagi yang lebih menggembirakanku kerana telahmenanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptakudan menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu adalah alasanku untuk memilih mengenakan Niqab dan bersedia mati membela hakku yang tak mungkin dicabut untuk mengenakannya.
Hari ini, Niqab adalah simbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.
Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai Hijab, aku boleh berkata, “Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri…”
Kepada penguasa peradaban yang rasuah dan sentiasa didalam keadaan rugi, juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata, “Teruskanlah



Perempuan Dalam Pandangan Saidina Ali Karamallahu Wajhah


Artikel Ini dipetik daripada Akhbar Siasah – Rencana


Perempuan pada dasarnya memiliki fizikal yang lemah dan lembut, namun ia memiliki perasaan dan naluri yang kuat yang diciptakanAllah Subhanahu Wa Taala untuk memikul peranan dalam membawa manusia kearah kesempurnaan.
Allah Subnahu Wa Taala menciptakan perempuan yang merupakan manifestasi keindahan Ilahi yang juga menjadi tempat bagi kaum lelaki memperoleh ketenangan dan ketenteraman dalam rangka menghiasi rumah dan keluarga dengan pancaran kasih sayang dan kelemah lembutannya. Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah berkata : Perempuan adalah bagaikan sekuntum bunga yang menebarkan keharuman.
Berdasarkan kenyataan Sayyidina Ali Karromallahu Wajhahini,perempuan adalah seperti bunga yang harus dijaga dan dipelihara agar tetap segar dan bugar sehingga lembaga keluarga akan terhiasi oleh keindahannya dan tersirami oleh kesegarannya.
Oleh kerana nilai dan kedudukan perempuan yang diberikan oleh Islam, maka banyak sekali perintah yang menekankan pemuliaan, penghormatan dan pengcintaan kepadaperempuan.
Agama Islam memberikan penghormatan kepada perempuandari kedudukannya sebagai perempuan. Dalam masalah ini,Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menukil dari Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wasallam mengatakan :
Seseorang tidak akan menghormati kaum perempuan kecuali jika orang tersebut berjiwa besar dan mulia. Dan seseorang tidak akan merendahkan kaum perempuan kecuali jika orang itu berjiwa rendah dan hina.”
Berkenaan dengan ibu yang tidak lain adalah seorang perempuan,beliau berkata :
Betapapun seorang anak berbakti kepada ibunya, ia tidak mampu menebus satu hari saja dari masa kehamilannya.”
Di tengah masyarakat Arab sebelum Islam, kaum lelaki sama sekali tidak menghargai kaum perempuan. Jika isteri melahirkan seorang anak perempuan maka si suami akan menguburkannya hidup-hidup.
Akan tetapi, setelah kedatangan Islam dan dengan perjuanganRasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam terjadilah perubahan terbesar berkenaan kedudukan kaum perempuandan muncullah pandangan baru di tengah masyarakat yang sangat menghormati dan memuliakan perempuan.
Rasulullahi Shollahhu Alaihi Wasallam sendiri selalu memberikan contoh yang nyata dengan perbuatan baginda, samada terhadap isteri-isteri baginda, terutamanya Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah terlebih lagi puteri baginda
Sayyidah Fatimah Az-Zahrah.
Semua orang mengetahui bahawa Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam sangat mencintai dan menghormati puteribaginda ini.
Setiap kali baginda tengah duduk di dalam rumah bagindalaluSayyidah Fatimah Az-Zahrah datang, maka bagindaakan berdiri menyambut kedatangan sang puteri, memeluk dan menciumnya kemudian baginda mempersilakan Fatimah Az-Zahrah untuk duduk di tempat duduk baginda sementarabaginda sendiri berpindah ke tempat duduk lain.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullahi Shollallahu Alaih Wasallam terhadap Sayyidah Fatimah Az-Zahrahbegitu jugalah yang dilakukan oleh Sayyidah Fatimah kepadabaginda.
Pada dasarnya penghormatan terhadap kedudukan perempuandapat disaksikan dengan jelas didalam perilaku dan ucapan Ahli BaitRasulullahi Shollahu Alaihi Wasallam. Sayyidina Ali Karromallohu Wajhah berkata :
Anak perempuan adalah kebaikan sedangkan anak lelaki merupakan nikmat. Kebaikan mendatangkan pahala sedangkan nikmat mendatangkan hisab.”
Maksudnya ialah bahawa seseorang yang mendapat nikmat akan dihisab dan diminta dipertanggung jawabkan atas nikmatnya itu.
Di tempat lain Sayyidina Ali Karromallohu Wajhah berkata :
Seseorang yang memiliki anak perempuan maka pertolongan berkat dan ampunan Allah akan meliputinya.”
Salah satu masalah yang menjadi perhatian para pembesar Islam ialah menghindarkan kaum perempuan dari berbagai ancaman dan gangguan jiwa dan jasmani.
Di masa kita saat ini, ketidakpedulian terhadap masalah ini membuat sejumlah besar perempuan menjadi korban keruntuhan moral dan penyimpangan seksual.
Anthony Geadenz seorang pakar sosiologi barat mengatakan bahawa gangguan seksual terhadap perempuan adalah sebuah fenomena yang lumrah di barat.
Menurutnya, perbuatan mengganggu terhadap perempuansudah sedemikian parahnya di dunia barat, membuatkan kaumperempuanterutamanya mereka yang bekerja di luar rumah tidak lagi memiliki ketenangan hidup.
Berkenaan dengan kekerasan terhadap kaum perempuan di Amerika Syarikat, Yohan Readley wartawan perempuanInggeris mengatakan :
Setiap hari sejumlah perempuan menjadi mangsa penganiyaah suami mereka atau teman-teman mereka dan tidak sedikit yang berakhir dengan kematian. Jumlah mangsa ini mengalami peningkatan setelah peristiwa 11 September. Di tengah masyarakat seperti AS mungkin akan dianggap aneh akan tetapi realiti mengatakan bahawa kaum perempuan selalu menjadi sasaran kekerasan, diseret kepada kerosakan moral dan dipaksa untuk disalahgunakan dengan berbagai cara.”
Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menyentuh beberapa perkara bertujuan melindungi perempuan dari berbagai gangguan jasmani dan rohani. Dalam pandangan beliau perempuandapat ikut aktif di tengah masyarakatnya, ekonominya, politiknya, sosialnya dengan tetap mempertahankan kemuliaan dan kesuciannya dan berusaha mencegah sebab-sebab yang boleh membuatkan gangguan lelaki terhadapnya.
Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menasihatkan kepada kaumperempuan jika mereka hadir di tengah masyarakat dan tempat-tempat umum hendaklah mereka tetap menjaga pakaian dan penampilan mereka agar sesuai dengan syariat Islam.
Dengan demikian, maka dalam pergaulannya di tengah masyarakat luas ia akan dapat layanan yang baik dan terjaga dari hal-hal yang tidak diingini.
Sifat pemalu dan kebersihan diri adalah baik dan perlu bagi setiap orang. Akan tetapi ia lebih sesuai dan lebih tepat bagiperempuan.
Untuk itu kita lihat bahawa Sayyidina Ali Karromallahu Wajhahdalam salah satu khutbahnya dalam kitab Nahjul Balaghahmengatakan :
Pahala bagi seorang pejuang yang gugur syahid di atas jalanAllahadalah tidak dapat menandingi daripada pahala seorang yang menjaga kebersihan dirinya dari dosa-dosa padahal ia memiliki kemampuan untuk menghindari dosa-dosa tersebut. Seorang manusia yang bersih adalah seorang malaikat dari malaikat-malaikatAllah Subhanahu Wa Taala.”
Dewasa ini banyak sekali kaum manusia di berbagai negara menghormati dan memuliakan kedudukan perempuan.
Nadia adalah seorang gadis sulung dari sebuah keluarga campuran Inggeris-Asia yang tengah belajar di fakulti kedoktoran. Dia memilih busana muslimah sebagai pakaian sehari-harinya dan mengatakan :
Sebagai seorang perempuan,saya sangat menjaga perasaan malu dan kebersihan diri. Mengenakan hijab membuatkan saya merasa diri terjaga dari berbagai ancaman yang saya mungkin hadapi di tengah masyarakat. Saya merasa bangga bahawa model kehidupan saya ialah Fatimah Az-Zahrah.”
Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah memandang tiga sifat : Kewibawaan, berhati-hati, dan cermat sebagai ciri-ciri penting seorang muslimah.
Daripada ucapan beliau ini, dapat disimpulkan bahawa dalam pergaulan di tengah masyarakat seorang perempuan wajib menjaga kewibawaan dan ketegasannya.
Hal ini untuk menjauhkan kejahatan lelaki-lelaki yang berpenyakit di dalam hatinya. Demikian pula Sayyidina Ali Karromallahu Wajhahmenegaskan bahawa perempuan harus selalu bersikap berhati-hati dan cerdas hinggakan dapat menghindarkannya dari ketamakan dan penyalah gunaan kaum lelaki dan agar masyarakat tidak memandangnya sebagai barang komoditi yang dapat dipermainkan sekehendak mereka.
Ciri-ciri lain seorang perempuan muslimah ialah perhitungan dan sikap cermat serta teliti sebagaimana yang telah disebut olehSayyidina Ali Karromallahu Wajhah.
Sikap seperti ini akan membuat seorang perempuan
selalu cermat dan berhati-hati dalam membelanjakan wang dan kekayaan suaminya serta menjaga kehormatan sang suami dalam masalah ini.
Dengan demikian jika seorang perempuan memiliki tiga sifat mulia tersebut maka ia akan dapat mengambil bahagian dalam pergaulan sosial dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment