Kawalan moral longgar punca maksiat berleluasa
Pendekatan Islam jalan terbaik menyelesaikan isu berkaitan masalah sosial yang kian meruncing
PADA sekitar 2005 dan 2006 hangat diperkatakan mengenai undang-undang moral. Ramai menyuarakan pandangan agar moral manusia tidak boleh dikawal oleh undang-undang. Moral hak individu yang tidak boleh dikongkong oleh undang-undang. Terpulanglah kepada individu itu untuk memilih jalannya sendiri walaupun jalan itu melanggar batasan moral masyarakat.
Golongan ini melihat undang-undang semata-mata dari kaca mata Barat dan tidak diadunkan dengan budaya masyarakat tempatan yang disulami dengan jahitan agama. Mereka menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu, menentang penggunaan undang-undang bagi memaksa mengikuti nilai tertentu. Mereka mengatakan undang-undang tidak boleh mengawal salah laku moral, jika seseorang itu berdosa hanya Tuhan saja yang layak menghukum mereka. Ia pekerjaan Tuhan dan manusia tidak harus mencampuri urusan berkenaan.
Oleh yang demikian undang-undang dikatakan tidak boleh menghalang perbuatan bersekedudukan antara lelaki dan wanita, berzina ataupun melakukan maksiat. Ia adalah hak individu itu sendiri dan tidak boleh dipertikaikan.
Sejak dari itu kawalan moral masyarakat begitu longgar kerana tentangan terhadap undang-undang kawalan moral. Natijahnya, kita dapat lihat saban hari muda-mudi sudah tidak segan silu melakukan maksiat walaupun di khalayak umum.
Yang lebih membimbangkan gejala pembuangan bayi begitu menjadi-jadi dewasa ini. Ia bukan berlaku sekali saja tetapi tidak putus-putus diulangi. Tanpa naluri kemanusiaan bayi yang dilahirkan dan baru saja melihat dunia dibunuh dengan kejam semata-mata bagi menutup dosa yang dilakukan oleh ibu bapa bayi berkenaan. Bayi yang tidak berdosa itu menjadi mangsa dan hak mereka untuk hidup di dunia telah dihakis oleh ibu bapa yang tidak berperi kemanusiaan itu. Mungkin di dunia ini mereka boleh terlepas daripada hukuman kerana pihak berkuasa tidak dapat mengesan orang yang membunuh bayi ini namun sudah pasti di akhirat kelak perbuatan mereka ini akan dibalas dengan azab seksaan Allah. Di akhirat nanti kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman Allah walau sekecil zarah.
Gejala membunuh bayi ini begitu berleluasa kerana masyarakat tidak lagi memandang aspek akhlak dan moral sebagai suatu yang perlu dipertahankan. Sudah tidak ada perasaan malu lagi berdua-duaan ataupun melakukan perkara sumbang dalam kalangan masyarakat. Sering kita lihat muda-mudi terkinja-kinja di dalam parti dan disko tanpa segan silu, meminum arak dan berpelukan sudah menjadi norma di sesetengah tempat.
Malah orang yang menegur pula dikatakan sebagai ketinggalan zaman, ekstrem dan fanatik agama. Sebarang tindakan yang diambil dianggap melanggar hak asasi dan privasi seseorang. Walaupun salah satu Rukun Negara adalah Kesopanan dan kesusilaan, namun permasalahan moral ini sering kali diketepikan dalam konteks Rukun Negara ini juga. Keruntuhan akhlak inilah yang dihadapi pada hari ini.
Akhlak manusia tidak terdidik tanpa panduan undang-undang. Pada masa ini, perundangan yang adapun akhlak masyarakat amat menyedihkan, dan apa akan jadi jika kesemua perundangan ini dihapuskan.
Selagi seseorang itu beragama Islam, ia berada di dalam suatu sistem yang lengkap. Islam tidak sekadar rutin ritual harian, tetapi suatu cara hidup merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah kawalan moral ataupun akhlak Islamiah.
Jika diteliti dengan mendalam gejala pembuangan bayi ini, ia isyarat jelas dari Allah kepada orang yang menentang agama-Nya. Musibah yang melanda negara ini perlu difikirkan dengan fikiran yang terbuka dan penuh keinsafan. Petanda ini seharusnya kita akur dan bertindak segera sebelum negara menjadi hancur musnah dengan muda-mudi yang tidak keruan dan menyimpang daripada ajaran agama.
Sudah terbukti kesan daripada melonggarkan kawalan moral ini mengakibatkan gejala menyedihkan berlaku saban hari. Peliknya pula di mana perginya pejuang hak asasi apabila bayi tidak berdosa itu di bunuh, dibakar, mayatnya dijinjing anjing dan sebagainya? Sepatutnya mereka perlu menggarap formula berkesan bagi menangani gejala berleluasa ini dengan segera. Namun apa yang berlaku sehingga hari ini jalan penyelesaian gagal dicari bagi menangani gejala sosial ini.
Pada pendapat saya, jalan penyelesaiannya sudah lama wujud cuma sengaja dipinggirkan. Berbaliklah kepada agama Islam bagi menemui jalan penyelesaian. Kawalan moral perlu diperketatkan bagi membanteras gejala sosial ini dan dengan sendirinya akan melahirkan generasi yang mantap berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara dengan kualiti itu.
Saya hairan kenapa masih ramai tidak melihat Islam sebagai jalan penyelesaiannya walaupun telah dibuktikan dalam banyak keadaan pendekatan Islam jalan terbaik dalam menyelesaikan banyak isu berkaitan masalah sosial yang semakin meruncing akhir-akhir ini.
Sementara masa masih lagi menyebelahi kita, kita harus segera bertindak menyelesaikan kemelut sosial ini mengikut lunas Islam. Apabila sudah terlambat tiada gunanya mencari penyelesaian itu. Bahang masalah sosial ini amat dirasai ketika ini, penyelesaian dicari bukan bersifat sementara tetapi kekal bagi membentuk generasi gemilang dan mempunyai kemampuan bersaing pada peringkat global.

No comments:
Post a Comment