- Kita bersyukur kepada ALLAH subhanahu wa ta’ala kerana dihidangkan dengan hidangan ‘ilmu dan ma’rifah.
- Seseorang wali Allah, kekasih Allah itu, dia mendapat perhatian, kasih sayang Allah terlebih dahulu sebelum dia dapat mengasihi Allah.
- Sebaik-baik orang yang beradab ialah orang yang mengikuti perjalanan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Adab paling pertama adalah terhadap Allah, kedua terhadap Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam, ketiga terhadap para ‘ulama yang ber’amal dengan ‘ilmunya, dan keempat terhadap para wali Allah.
-Berkata Al-Imam Abdullah Al-Haddad, hampir begini:
“Pertama-tama sekali untuk orang yang suluk kepada Allah (berjalan kepada Allah) adalah beradab dengan Allah, beradab terhadap sifat Allah sebagaimana yang disifatkan-Nya, dan kemudian dengan sifat sebagaimana yang disifatkan Baginda Shollallahu a’laihi wa sallam.
Kesucian dan keagungan Allah tiada tandingan-Nya baik di langit mahupun di bumi. Hendaklah kalian mensucikan Allah, Pencipta alam ini, Pentadbir alam ini. Hendaklah kalian membersihkan Allah.”
-Dalam ‘ibadah solat kita, mengikut sunnah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam, ketika bertasbih, kemudian bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Ketika mendahului mensucikan Allah, kemudian baru memuji dan membesarkan-Nya.
-Sahabat bertanya kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam mengenai makna subhanallah. Baginda menjawab subhanallah ialah “tanzihullah min kulli suu” (mensucikan, membersihkan, dan membebaskan Allah daripada segala perkara yang buruk).
-Antara perkara yang buruk bagi Allah ialah sifat manusia. Allah menyatakan bahawa manusia diciptakan dalam keadaan lemah.
-Antara perkara yang buruk bagi Allah adalah dengan kita menyatakan Allah duduk di atas kursi, bersandar padanya, menunjukkan Allah berhajat sebagaimana berhajatnya manusia.
-’Aqidah Al-Imam Abdullah Al-Haddad adalah membersihkan Allah daripada penyerupaan dengan sebarang makhluk sama ada di langit mahupun di bumi.
Doa kita bersama:
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami ‘ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada ‘ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.
Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment