1. Hendaklah memulakan dengan membaca Bismillah pada mula menyuap makanan, dan bila selesai makan, dia mengucapkan dengan Alhamdulillah pula. Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersama-samanya.
2. Hendaklah ia menggunakan tangan kanan.
3. Hendaklah sedaya upaya, ia memperkecilkan suapannya.
4. Hendaklah ia mengunyah makanan yang dimakan itu baik-baik dan selagi makanan itu belum di telan, janganlah pula ia mengambil yang lain. Kerana yang demikian itu dikira gelojoh.
5. Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sebarang makanan yang dihidangkan kepadanya, tetapi jika suka dimakannya; kalau tidak ditinggalkannya saja.
6. Hendaklah ia memakan makanan yang ada berhampiran dengannya saja, kecuali jika makanan itu merupakan buah-buahan maka bolehlah ia menghulurkan tangannya.
7. Jangan letak piring atau sebagainya di atas roti atau lain-lain makanan, melainkan jika barang-barang itu memang mahu digunakan untuk memakan.
8. Jangan mengesat tangannya dengan roti atau dengan makanan yang lain. Jangan meniup makanan yang masih panas, tetapi hendaklah ia bersabar, sehingga makanan itu sejuk dan mudah untuk dimakan.
9. Kalau memakan kurma, jangan diletakkan bijinya dengan kurma itu dalam satu bekas, ataupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji yang dikeluarkan dari mulutnya itu diletakkan di belakang tapak tangannya lalu dibuang. Demikian pula caranya dibuat pada buah-buahan yang lain yang berbiji atau berkulit.
10. Janganlah dibiarkan makanan yang sudah basi bercampur dengan makanan yang baik, atau diletakkan bersam dalam satu piring, tetapi hendaklah mengasingkannya pada bekas yang lain, supaya tidak mengelirukan orang lain yang ingin memakannya.
11. Jangan terlalu banyak minum ketika makan, kecuali kalau tercekik oleh makanan itu, ataupun jika ia memang betul-betul dahaga.
Adapun ada orang yang minum, di antaranya lain ialah:
1. Hendaklah ia mengambil tempat air atau gelas dengan tangan kanan, kemudia membaca Bismillah bila mahu meminum.
2. Bila minum, jangan meneguk sekaligus tetapi meneguknya seteguk demi seteguk
3. Bila minum berdiri ataupun berbaring
4. Sebelum minum, sebaiknya diperhatikan dulu gelas atau bekas air.
5. Jangan bersendawa atau bernafas di dalam gelas tetapi jauhkan sedikit gelas itu dari mulut. Apabila habis saja meminum, bacalah Alhamdulillah. Tetapi jika mahu minum lagi, bacalah pula Bismillah lagi.
6. Bila menyampaikan gelas atau bekas air kepada orang ramai, hendaklah dimulakan dari kanan. Pernah Rasulullah s.a.w. minum susu sedangkan Abu Bakar r.a. berada di sebelah kirinya dan seorang dusun di sebelah kanannya. Sesudah minum baginda menghulurkan bekas air itu kepada orang dusun itu terlebih dulu seraya berkata: Yang kanan dulu, kemudian yang kanan darinya pula.
7. Sebaik-baik minum dengan tiga nafas dimulakan dengan membaca Bismillah dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah.
Petikan Kitab Bimbingan Mukmin

No comments:
Post a Comment